Sabtu, 20 Februari 2010

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Saya bukan kaum majoriti kat Malaysia. Tapi saya bangga jadi rakyat Malaysia.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun ada beribu masalah melanda negaraku yang tercinta. Masalah-masalah yang timbul ini membuatkan negara lebih matang dalam menanganinya, walaupun perlahan tapi sekurang-kurangnya ada perubahan.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun ada pelbagai pergolakan politik. Dah namanya politik dan sudah namanya demokrasi memang akan jadi macam-macam.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun traffic jam teruk. Saya peduli apa...boleh layan hot.fm dalam keta, menyanyi melalak. Pada yang bekerja, boleh bagi alasan traffik jam tiap hari. Alasan yang kuno dan kolot tapi masih boleh pakai.

Saya bangga jadi rakyat malaysia sebab ada banyak bangsa dan kaum tapi tak de masalah diskriminasi kaum dan agama yang merundum. Jiran sebelah saya cina, jiran depan saya India. Tiap kali kuar lumah, bertembung kami senyum.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia sebab ada banyak kemudahan. Walaupun tak seperfect "australia" tapi Malaysia tetap saya banggakan. Sekurang-kurangnya rakyat tak kebulur. Ada tempat untuk orang cacat, ada tempat untuk belajar. Ada tempat bersukan. Ada tempat untuk anak yatim. Shopping complex pun bagus. KLCC, KL Tower, KLIA....semuanya buat saya bangga.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia kerana walaupun saya kaum minoriti, tapi kami tidak pernah diabaikan. Kami tetap mendapat faedah sebagaimana kaum-kaum yang lain.

Walaupun sekarang ni timbul banyak isu kat Malaysia, tapi saya tetap bangga jadi rakyat Malaysia. Negara mana tak ditimpa masalah? Negara mana yang aman selalu? Negara mana yang tak de kelemahan?

Malaysia tetap jadi pilihan! Ada banyak sebab saya bangga jadi rakyat Malaysia. Tapi tak larat nak menaip kerana terlalu bangga...

I LOVE MALAYSIA!!


5 ulasan:

shandye. berkata...

saya bangga jadi rakyat malaysia kerana hanya perlu bayar rm1.60 untuk teh tarik sedangkan kakak saudara saya cakap harga teh tarik di uk adalah rm16.

ok. mungkin dia tipu kerana hendak membesar-besarkan fakta ciput, tetapi apa2pun saya tetap bangga. hehehe...

faeznaem berkata...

saye bangga ade MYKAD.. sekian..

SuRayA^i. berkata...

sy bgge sy ank mesia! =D

miss keroppi berkata...

yeye!! saya bangga jugak walaupun saya memang kaum majoriti Malaysia!!!

fiza Mastar berkata...

aku pun bangga jadi rakyat malaysia sebab...ntah..aku pun tk pasti tp aku bangga laa..haha :)