Aku baru saja jenguk website Nuffnang dan membaca ruangan "Top 10 Helpdesk Questions". Aku harus memberikan pujian kepada Nuffnang kerana rajin menjawab persoalan yang dikemukakan. Antara persoalan yang aku tertanya-tanya minggu ni dan tak sempat nak cari jawapannya lagi ialah, kenapa iklan nuffang selalunya muncul di malam hari dan jarang-jarang muncul waktu siang. Ternyata persoalan itu terjawab kat "Top 10 Helpdesk Questions". Bagi yang tak tahu lagi, maka aku teringin berkongsi. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku yakin ramai budak yang baru yang tertanya-tanya seperti aku jugak.
So..back to the question Mengapa iklan Nuffang saya 'tidur' di siang hari dan hanya 'bangun' pada malam hari? Berikut adalah jawapannya :-
- Pengiklan selalunya membeli kempen untuk berjalan selama jangka waktu tertentu.
- Sebagai contoh, jika pengiklan membeli satu kempen mCPM yang akan menjangkau hingga 700 pengunjung unik ke blog anda selama 7 hari, iaitu setiap hari, maka unit iklan anda akan menampilkan iklan dari pemasang iklan kepada 100 pengunjung unik terawal ke blog anda . (700 bahagi 7 hari sama dengan 100)
- Kerana hari baru bermula pada 12:00a.m iaitu 12 tengah malam, maka iklan akan dipaparkan mulai dari saat itu hingga kuota hariannya sebanyak 100 pengunjung unik telah penuh/diisi, Bila dah habis kuota 100 pengunjung ni, iklan tersebut akan berhenti ditayangkan untuk hari tersebut. (merujuk kepada contoh diatas)
- Rutin ini akan berulang apabila tiba pukul 12 tengah malam berikutnya. (ngeh ngeh...macam cite hantu pulak).
- Begitu juga dengan kempen CPC.
- Contohnya , jika pengiklan membeli 700 klik untuk kempen berlangsung selama 14 hari, 50 klik akan dibahagikan untuk semua blog dalam rangkaian Nuffnang setiap hari. (700 bahagi 14 sama dengan 50)
- Setiap hari iklan CPC akan dipaparkan pada semua blog yang tidak melayani kempen mCPM apapun saat itu, dan apabila 50 klik telah dilakukan pada iklan tersebut untuk hari itu, maka iklan tidak akan dipaparkan lagi sampai hari yang baru bermula lagi pukul iaitu pada pukul 12.00 tengah malam. (merujuk kepada contoh diatas)
- Kesimpulannya, iklan Nuffnang tidak 'tidur' dan 'bangun' dan bermimpi tapi ianya berjalan berdasarkan peruntukan kempen dan perilaku pengunjung ke blog.
Harap maaf kalau terkeliru dengan terjemahan aku ni. Kalau confuse, sila la jenguk website Nuffnang for clearer view. Mekaseh....
13 ulasan:
thanx!!
siang penat keje, mlm bru free. sb tu jd mcmni. hehe
woooooo~~ gitu... hikhik maseh~
oho, baru paham.. patutla, if blogwalking tgh2 mlm, smue nuffy ni mangun jek.. if siang, sepi jek.. hehe
tanx 4 sharing =)
maksudnya .. ramai orang tak tido lagi after kul 12 malam!
Owh...mcm tu kisahnya, ingatkat dia suka suki jer nak kluar mlm atau siang (^_^). Thanks for the info ☺☺☺
o... penah dgr gak, ade org cite cmnih...
helo rina! tq 4 da info. mel pon x berapa tahu sgt -_-
sharing is sexy:)
hehehe
thankz..nice share..
tengss
patotlah nuff evaa tido nyenyakk
:P
ooo..gitu ek.thanks for the info
Catat Ulasan