Jumaat, 19 Februari 2010

Oprah oh Oprah...

Saya sangat suka Oprah! Bukan Oprahnye aje...talkshow nye pun saya suka. Walaupun kat hallmark tu selalu tayang talkshownye yang dah basi tetapi jugak saya suka. Sebab isunya jarang-jarang basi. Boleh digunakan bila-bila masa saja.

Oprah tak lawa. Oprah biasa-biasa saja. Siapa kata orang lawa je boleh jadi hebat? Tengoklah Snoop Dogg. Oprah hanya insan yang banyak idea. Sekarang Oprah dah banyak duit. Idea dan duit yang banyak memberikan kelebihan pada Oprah. Tapi kita jangan lupa, Oprah juga bermula dari bawah. Kita pun banyak idea, tapi tak berani bersuara. Oprah bawa orang-orang besar ke talkshownya untuk dijadikan contoh, membuka mata penonton.

Selalu juga terfikir, kenapa tak de talkshow yang best macam Oprah kat Malaysia ni. Yang boleh bagi motivation, yang boleh buat terharu, yang buat diri rasa ingin berubah menjadi lebih baik. Jangan marah saya! Saya tau rancangan Tanyalah Ustaz sangat bagus. Sangat menjawab persoalan bab-bab agama. Tapi kita manusia juga mahu meneroka bab-bab yang lain dalam hidup. Soal kerjaya, soal kewangan. Biar seimbang.

Aku hanya mampu mencemburui...menginginkan dan bermimpi. Kenapa? Sebab aku manusia yang tak punya keberanian. Aku insan yang hanya berani bersembunyi di balik lappy ku. Sampai bila nak jadi begini. Mahu berjaya tapi takut. Satu saja ayat kritikan pasti akan buat aku kecut perut. Bagaimana nak berdiri di depan ribuan mata memandang?

5 ulasan:

akihiko berkata...

love oprah talkshow too
tp nak download semua talkshow dia tak larat la
=D

akihiko

Johari sulaiman berkata...

cantik anagat blog nie.. pinky! oprah tue biaselah.. die kan dah lame dalam bidang motivasi nie

shahrinabd berkata...

@akihiko boleh download dengan subtitle ke? aku yang tak berapa paham bahasa inggeris. hehe

@johari sulaiman cantik ke? biasa2 je. Yup..oprah dah lama dlm bidang motivasi. tapi suatu masa dulu dia juga orang baru. Betul tak?

armie::parc::udinc berkata...

ehh di msia kan ade talk show ala2 oprah ni...yg anita sarawak buat dulu..tp skang dah xde dah..
xlaku kot...hee..

shahrinabd berkata...

@armie anita sarawak? hehe...i know i should support malaysia brand. tapi diva melebih je...huhu