Selasa, 16 Februari 2010

Semua Salahku


Pernahkah terfikir?

Ingin sekali menjadi orang lain. Bukan diri sendiri.

Pernahkah rasa cemburu?

Akan kehebatan orang lain, akan kekayaan mereka?

Pernahkah terdetik,

Perasaan menyesal kerana hidup jadi sebegini?

Pernahkah terlintas...

Kita dilahirkan di hari, dan tempat yang salah?

Pernahkah bertanya pada diri?

Mungkinkah suatu hari nanti semua ini akan berubah?

Dan pernahkah berkata....

Semua ni salah aku sendiri,

Aku yang gagal merancang,

Aku yang malas berusaha,

Aku yang kecundang sebelum berperang,

Aku yang mundur ke belakang sedang yang lain giat berjuang,

Aku kalah kerna diriku sendiri.


Itu dia....puisi syahdu, tiada berima. Hasil dari keboringan yang melanda. Kerana berjam-jam mencari idea yang tak kunjung tiba. Sudah siap misi blogwalking, namun idea tak juga tiba. Selamat malam semua..

9 ulasan:

wada berkata...

spontan ea?
tp menarik..=))
bgitulah manusia, sntiasa xbsyukur dgn ap y ad...

farhana ghafar berkata...

pernah! :)

cikgu isza berkata...

ada juga :(, tak baik kan..

hans berkata...

dlu pernah tapi lepas tu xpersoalkan dah
tetapi bersyukur

meera^da cute..*_* berkata...

wah..gud job la..

selalu je rase tp akhirnye rase diri sendiri lebih baikk

morriss berkata...

bakat terpendam ni... kita muhasabah diri sendiri mlm ni...

Sendra berkata...

ntah lah kan..
dalam hal macam ni,
kita macam jeles kat org lain..
tapi nak jadi macam org lain,
kemampuan diri tak sampai lagi.
kadang2 tak faham apa yang kita nak.

Daus berkata...

salam kak, daus dh bls komen akk utk entri ni 5 JENIS BLOG YANG AKU TAK SUKA.

shahrinabd berkata...

@wada spontan kala geram tak tau nak taip ape. menarik ke? ade jgak bakat selain tido.

@farhana ghafar rasanya semua orang penah kan?

@cikgu isza agak tak baik jugek, tapi nak buat camana, kite manusia selalu ada moment up and down.

@hans good that u finally realize bahawa sebenarnya kita harus bersyukur dengan apa adanya. Setiap manusia ada kelebihan tersendiri

@meera^da cute Alhamdulillah. Itu le sebaiknya. Kerana kamu adalah kamu dan orang lain tetap orang lain.

@morris haha...betul tu..mula2 ingat nak lepas geram, tiba-tiba jadi pengajaran

@sendra itula pasal. Selalu je berkata pada diri, maybe kalau berusaha lebih giat maybe akan dapat menjadi seperti orang lain, tapi kadang2 bukan usaha yang membuatkan mereka hebat. TApi nasib. Tak adil kan? hoho...

@daus time kasih, short, simple but understandable