Khamis, 26 Disember 2013

Hei....Apa Benda Dalam Air Ni? Mari Kita Lihat Dengan Lebih Dekat.Apa?!

Jika anda terbang di atas air dan memandang ke bawah dan melihat suasana ini, anda mungkin tidak akan tahu apa yang perlu fikirkan. Sehinggalah anda sama ada terbang lebih rendah lagi atau menggunakan teropong.

Itulah sebenarnya apa yang berlaku di atas Tasik Nakura di Kenya. Apabila melihat lebih dekat dan lebih dekat lagi,realiti yang sebenarnya sungguh wow dan awesome!

kelihatan seperti tumpahan minyak berwarna merah jambu

tapi bukan...

sekejap

adakah itu...

tak mungkinlah....




betul tu...


apa yang anda lihat adalah sekumpulan burung flamingo


Jumlah yang sangat-sangat banyak


dengan jumlah sebanyak itu flamingo mungkin boleh menawan dan mengausi dunia. LOL


Apa yang mungkin anda tak tahu tentang flamingo ialah kadang-kadang mereka berkumpul dengan koloni mereka untuk mendapatkan alga kegemaran mereka di dalam air.Adakalanya ia boleh terdiri daripada beribu-ribu atau berjuta-juta burung flaminggo. Hanya melihat susana indah ini akan membuatkan anda terpesona, kagum dan memuji kebesaran Allah.

Sumber: http://www.reddit.com/

Begitulah rupanya apabila 1.5 juta flamingo berkumpul bersama-sama disatu tempat. merah jambu.

Jumaat, 13 Disember 2013

Surirumah Produktif aka Productive housewife

Dah banyak tahun dah aku menyandang gelaran surirumah separuh masa ni. Adakalanya rasa bangga dan ada kalanya pula rasa useless. Kenapa rasa bangga? Sebab boleh buat kerja dengan tangan sendiri. Hasilnya boleh dinikmati secara terus. Tak payah tunggu hujung bulan, dapat gaji baru boleh nikmati. Contohnya bila memasak, lepas tu boleh makan terus. Mendengar pujian dari suami. Bila melihat perkembangan anak biarpun sekecil dia pandai meniarap, pandai berjalan, berak secara teratur, itu sudah cukup mendatangkan kepuasan yang tersendiri. 

Kenapa rasa useless? Sebab bila masalah kewangan datang melanda, mulalah syaitan berbisik menggoyahkan iman. Walaupun aku ada degree, penat-penat mak bapak aku cari rezeki nak sekolahkan aku, akhirnya aku terperuk di rumah juga. Tak dapat nak bantu suami untuk ringankan beban bila melibatkan bab kewangan. Paling banyak aku boleh bantu cuma pinjam kan adik beradik yang mana nanti-nanti pun bayar pakai duit suami. Arrrgh....seksa sungguh rasanya menahan godaan nak cari kerja. Kalau ikutkan Adam dah 2 tahun, bolehlah aku cari kerja,hantar dia ke nursery. Tapi, sang suami selalu tidak mengizinkan. Sabar...katanya. Tunggu sikit lagi, kumpul duit buat modal bolehlah meniaga secara kecil-kecillan. Bekerja dengan orang ni banyak siksanya. Dapat bos yang tak betul, meranalah menahan sakit hati tapi tak boleh nak diluahkan. Kalau diluah nanti, takdelah duit gaji hujung bulan. Hmmm....

Paling sedih bila jumpa kwan-kawan lama and diorang semua dah berjaya dalam carreer masing-masing. Dah ada kereta sendiri, boleh shopping dengan duit sendiri. Walaupun aku ni bukanlah kaki shopping, tapi kalau ada duit den bertingkek tingkek, siapalah yang tak nak shopping kan. Hello....takde pompuan yang tak suka shopping okay....wahai lelaki sekalian, kalau isteri anda kata dia tak suka shopping, faham-fahamlah bahwa dia sangat memahami keadaan kewangan korang. 

Sebab itulah juga sekarang ni aku menyibukkan diri mencari peluang buat duit sikit-sikit. Sedang mengintai peluang-peluang buat duit tanpa modal. But of course, jangan main sambar aje. Kena selidik betul-betul. Kalau tak jadi buang masa je lah nanti. Masa pun tak banyak mana. Dalam 2 ke 3 jam sehari je masa anak dah tido. Kadang dia dah tido pun tak boleh juga sebab ade je keje lain. Mengemop ke, cuci kain ke, masak ke....jangan ingat duduk kat rumah ni senang ye...Nampak je macam senang. Suami balik kita senyum manis-manis, bawa air. Tapi badan penat okay....statement ini tidak bermaksud bahawa saya mengatakan kerja suami yang mencari rezeki tidak memenatkan atau lebih mudah. Keje dia lagi susah, kena perah otak dan tenaga. Kita pakai tenaga je. Maksud statement itu ialah, jadi surirumah bukan sekadar duduk rumah dan goyang kaki saja. Lainlah kalau mereka yang ada orang gaji. 

Owkey...macam mana nak jadi productive housewife ni ye? Bagi aku yang paling utama ialah perkara asas seperti kekemasan rumah, makanan tersedia dan melayan anak dan membantu perkembangan mereka adalah yang perlu didahulukan. Lepas tu baru boleh jeling-jeling benda lain. Jangan nanti sibuk mengejar wang, perkara-perkara diatas terbengkalai. Boleh jadi konflik tau...

Ok tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada tips-tips berguna silalah kongsikan dengan aku yang hina ni ye...


Selasa, 26 November 2013

Domain dan Hosting



Dah bertahun pakai blogspot ni. Sejak dua menjak ni teringin sangat nak ada domain dan hosting berbayar. Pening kepala hotak memikirkannya. Yela...dengan budget yang tak seberapa memang kena buat banyak search untuk menemui hosting yang terbaik dan termurah. Terbaik dan termurah saja tak memadai. Nak juga dapat hosting yang berkualiti, reliable dan ada support team yang boleh membantu bila-bila masa diperlukan. 

Hmm...seperti biasa bila buat searching sebelum pembelian sesuatu ni kenalah tengok review atau ulasan user yang lain kan. Kalau tengok ulasan tokey webhosting tu memangla dia bagi ulasan yang baik-baik je. So kena cari ulasan pengguna sebenar yang hanya pengguna bukannya affiliate atau agen mereka. Maka timbullah cacat celanya disana  sini. Baru je berkenan dengan yang ini, ada pula feedback yang kurang menarik. Hmm....

Tapi rasanya dalam bulan ni nak selesaikan juga masalah ni. I want my dotcom domain name and new hosting! Must must must!  Lepas tu baru boleh melangkah ke step seterusnya.

Isnin, 25 November 2013

Lee MIn Ho - The Inheritors dan The Great Doctor

Agaknya bulan ni memang bulan Lee Min Ho kot. Kat OneHD je ada 2 drama lakonan beliau yang tengah main iaitu The Inheritors dan The Great Doctor.Tak kenal siapa Lee Min Ho? Tak kenal rajin-rajinlah godek kat wikipedia ni.Sebenarnya dulu pernah nengok dia berlakon drama Boys Over Flower tapi masa tu tak delah minat sangat. Tapi sejak sekarang ni aku melayan chanel OneHD je, maka timbullah benih-benih suka pada aktor korea yang ganteng itu. 


Drama The Inheritor memang tengah ngetop sekarang ni. Main kat astro malam rabu dan khamis pukul 9 malam. Siapa yang tak tengok lagi silalah tengok. Cite ni best, cite cintan cintun. Yang tak bestnya kena tunggu lagi for next week. Kalau boleh nak sekali harung je. Download? DVD? Pasti boleh tapi aku pun bukannya ada masa sangat. Hihi. Kebetulan pukul 9 malam waktu aku dah melabuhkan sayap kepenatan. Masa  untuk berehat.



Drama The Great Doctor pun best  juga. LMH berlakon sebagai jeneral diraja Choi Young dalam drama ni. Maka terserlahlah kesatriaannya. Haha...drama ni dah pernah main sebelum ni tapi tak tengok sebab bila tengokkan drama ni yang agak epik kurangla minat sikit. Sehari tu dah tak de benda sangat nak tengok aku layankan je satu episod. Kebetulan episod 2. Eh...bestla drama ni. Cinta pun cinta jugek tapi banyak juga scene yang sedih. Drama ni lebih kurang tentang time travel sorang doktor bedah plastik ke zaman silam. Kata zaman yang mana masa tu dinasti yuan sedang berkuasa, si doktor ni pula disangka tabib dari kayangan. Drama ni main pukul 6.30 petang every weekdays. Memang ngam la dengan yang lain sinetron Saranghae kat TV9 tu. Hehe...Tapi bisanya aku tengok siaran ulangan pukul 11.25 pagi esoknya sebab kebetulan time bagi si Adam mamam. Nak tau lebih lagi, nonton le...

Sebenarnya banyak lagi drama korea yang tengah best sekarang ni. So apa lagi...yang tak de astro tu cepatlah subscribe. Sekarang ni kan chanel One ni dah free. Sebelum ni yang free cuma chanel KBS je. Nak lagi terang, upgrade lah ke astro beyond. Hehe...aku bukan agen astro ye...jangan marah. Aku pon paham astro ni slalu takde siaran time hujan. Nak-nak pula sekarang ni musim hujan.

Jumaat, 22 November 2013

Scam! Scam! Scam!

Seperti yang kita semua tau ada banyak cara cari duit online ni. Ada ads network, ada ppc, ada dropship program, malahan MLM pun sekarang dah semakin banyak menggunakan internet dimana. Boleh juga buat duit dari program seperti website seperti clickbank, ebay dan amazon. Bagi yang ada kepakaran boleh buat ebook dan jual. 

Pasaran sentiasa ada. Pembeli sentiasa anda asalkan anda tau mensasarkannya. Tambahan pula pengguna internet semakin ramai dan bertambah dengan didukung oleh kemajuan prasarana IT masa kini. Bukan sahaja di Malaysia malahan secara global. 

Melihat senario ini, maka semakin banyak cara untuk menjadi kaya hanya dengan mrnggunakan internet dan komputer anda. Tapi, hati-hati. Dalam gelojoh kita mencari dan mengejar rezeki sampingan ini, jangan sampai kita terpedaya.Terdapat banyak program yang ternyata hanyalah penipuan ataupun scam. 

Terdapat ramai orang-orang yang bijak dengan kepakaran m ereka sendiri yang menangguk di air yang keruh melihat bertambahnya pengguna internet dan kemajuan dalam online transaction ini. Mereka membina website, membina program, membuat video yang menarik untuk mengajak  pengguna internet untuk menyertai program mereka.

Tak dinafikan banyak program atau peluang bisness yang legit atau sah. Namun banyak juga yang tipu. Oleh itu, kita sebagai pengguna hendaklah lebih berjaga-jaga sebelum melakukan transaksi supaya tak rugi wang ringgit nanti. Malahan jika program itu free pun kena check betul-betul dulu supaya tak kerugian in term of masa yang anda buang dalam program tersebut.

Satu tips yang hendak saya kongsikan adalah setiap kali kita hendak melakukan transaksi atau join mana-mana ptogeam sebaiknya bertanyalah fulu pendapat uncle google. Sekarang ni dengan banyaknya pengguna internet macam-macam maklumat ada di intetnet. Malahan jika sesuatu itu scam, google saja pesti ada orang yang mengulas dan memberi amaran pada orang lain tentangnya. Tapi jangan pula hanya lihat satu komen saja. Cari dan cari lagi. Kalau ada lebih banyak mengatakannya legit maka mungkin berbaloi untuk mencubanya. Tapi kalau lebih ramai mengatakannya scam maka sebaiknya batalkanlah niat tu.

Dalam post-post yang seterusnya mungkin saya akan memberi contoh scam tersebut. Just stay tune with me atau be my follower.

Beransur dulu ye....

Rabu, 20 November 2013

My Journey Begin.......Again...

Hai hai hai....ini kali pertama buat post kat sini pakai galaxy note. Hoho...bukan pakai apps kat google play tu ye. Tapi terus dari browser.  Jangan tak tau blogger ada apps tersendiri tau which means you can update your blog using that blogger apps pakai android je. Tapi aku tak install pun sebab tengok review, rata-rata kurang berpuas hati dengan apps tersebut. Pendek kata, ada banyak kekurangannya. But, Insyallah...satu hari nanti pasti uncle G ni akan mengupgradekannya. 

Ok, sekarang ni tengah gila nak cari duit online. Heran juga melihat orang lain boleh berjaya, tapu aku tak berjaya jugak. This is my my comeback after 2 or maybe 3 years tak bergiat dalam bidang ni. Lepas lahirkan my boy, terus senyap sebab masa memang tak mengizinkan. 


Nilah dia budak bertuah yang dikandung almost 9 months tu. Now dah besar panjang pun. Dah 2 tahun lebey okay...


Sekarang ni memang tengah giat meneroka apakah program2 yang boleh disertai untuk mendapatkan income di internet. Almaklumlah sekarang ni keadaan kewangan memang sangat rumit. Huhu.....so, teringin rasanya menjadi housewife yang lebih produktif. Yang sedihnya aku ni tak de bakat menjahit atau apa-apa bakat kreatif. Penat dah cari idea still tak muncul. Kalau ada idea pun but modal tak de macam mana? Tak bole jalan jugak. So now nak kembali semula kepada bekas kekasihku uncle Google Adsense. Sorry gor leaving u f8r so long darling....heheh...

Namun nak bergiat kembali dengan GA ni pun ada kekangan juga. Masa terluang yang aku ada setelah uruskan semua hal-hal rumah nie ada dalam 2 ke 3 jam je. Tak boleh nak tidur lewat dari pukul 12 malam sebab selagi aku tak tidur, si Muhammad Adam yang comel tu pun tak nak tidur juga. So waktu petang jela boleh masuk sini. Hihi...mungkin nanti boleh adjust balik pasal masalah masa ni.

Satu lagi problem, pasal laptop. Laptop aku dah bertahun dah rosak. Hohoh....laptop hubby pula siang dia bawa pergi kerja. Hmmmm...takkanla dia balik aku terus nak pakai laptop tu kan....kenalah melayan suami dan anak, memasak, ngemas dapur dan macam-macam lagi. Tup-tup....dah pukul 12 malam. Hihi....

Tapi......ada tapinya....dua kekangan itu masalah kecik je. Bisa diatur belakangan...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

So...alkisahnya blog ni pun dah dicreate beberapa tahun yang lepas. Dah bersawang sejak ditinggalkan selama 2 tahun lebih. Now...nak isi balik. Nak update perjalanan mencari uwang...

Saudara saudari sekalian, jika ada idea untuk menambah pendapatan silalah rekomenkan pada daku yang hina ini. Sudah lama bergiat, daku sudah kolot. Hihi...tapi silalah rekomenkan yang betul2 legit je ye....makasih...


Ahad, 17 November 2013

Pepatah Untuk Hidup Aku

Bukan senang nak senang.
Bukan susah nak susah.

Ya betul! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Impian tanpa usaha hanyalah angan-angan belaka.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Takkan lari gunung dikejar. kejar je tapi jangan lupa untuk sensitif dengan keadaan sekeliling.

Satu kebohongan akan membuka jalan untuk lebih banyak lagi pembohongan. Makanya jujurlah walau pun akan menyakitkan, kerana kalau berbohong sekali kita akan terpaksa berbohong lagi untuk cover bohong yang sebelumnya.

Panjat tinggi pelan-pelan, nanti kalau jatuh tak sakit sangat. Mengejar impian setinggi gunung hendaklah dimulakan dengan rancangan yang teliti. Jangan terlalu tamak haloba dan gelojoh sehingga minda hanya melihat yang baik-baik saja tanpa sedar ia mungkin akan merosakkan kita. So panjatlah dengan berhati-hati.

Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Oh no! I don't like this one.

Anyway...saya nak aktif berblogging lagilah....

Next post coming soon. Insyallah...