Isnin, 8 Februari 2010

Rindu

Hari ni mood rindu pada kampung dan family kat kampung. Dah lama juga tak balik kampung, rasanya dah setahun 2 bulan. last sekali balik pun November 2008, kalau tak silap. Rasa rindu sangat kat mak dan ayah, lebih-lebih lagi pada anak kakak aku, Angel. Harga tiket mahal, adalah satu-satunya alasaan yang aku boleh berikan. Walaupun Airasia selalu ada promosi murah, tapi aku tak dapat nak book tiket awal atas sebab jadual yang tidak boleh diduga.

Walaupun selalu call family kat kampung, tapi perasaannya tak sama dengan kegembiraan bila berada di kampung. lebih-lebih lagi kalau over the phone, jarang sangat dapat bercakap dengan ayah. Ayah aku malas sikit pasal handphone nie..Tambahan pula tak boleh nak borak lama. Line pun tak berapa elok, maklumlah kampung nun tersorok dibelakang bukit.

Hari ni aku terfikir, bahawa aku sangat beruntung. Kenapa beruntung? Sebab aku anak ke-5 dari 8 adik beradik. So aku ada 2 abang, 2 kakak, 2 adik pompuan dan 1 adik lelaki. Lucky tak? Aku berpeluang mengecap nikmat memiliki semua title yang harus ada dalam family. Ada mak dan ayah, ada atuk dan nenek, abang, kakak, adik lelaki, adik pompuan dan anak sedara. yang belum ada cuma cucu. Hoho....

Rasanya pasti ramai yang cemburu, lebih-lebih lagi kalau dilahirkan sebagai anak tunggal. kalau adik beradik ramai, tapi dilahirkan sebagai anak sulung atau anak bongsu, memang ada keistimewaan, tapi tak sama dengan yang berada di tengah. Yang sulung kena jadi leader, bawak perangai elok-elok untuk dijadikan contoh kepada adik-adik, yang bongsu pula, kalau tidak dimanjakan, maybe akan dibuli. Macam adik bongsu aku...

Dulu kat kampung, rumah riuh rendah. Zaman kecik-kecik dulu, masa tu letrik pun tak masuk kampung lagi, bila hari dah mula gelap je, kitorang mula main sorok-sorok. Bukan main seronok. Bergaduh pasal turn siapa nak pergi kebun dan sawah esok hari, siapa nak cuci kain, siapa nak sapu rumah dan siapa nak masak. Sekarang ni semua tu tinggal kenangan. Aku rindu sangat nak pergi kebun, ambil bau hutan dan pokok.

Aku ingat lagi, rumah aku dapat tv pertama ketika aku darjah tiga. Sebelum tu ayah tak mampu nak beli tv maybe sebab duit makan pun tak cukup, sebab anak ramai. Mana nak sekolah lagi... Tv tu dibeli atas hasil aku dan adik-adik mengutip buah 'engkabang' dan dijual. Siapa tak tahu buah 'engkabang'? Buah ni bermusim jugak, setahun sekali. Buah engkabang boleh dijadikan minyak masak dan jugak buat mentega. mak belikan basikal untuk kitorang punggah buah ni dari dalam hutan. Sehari boleh dapat 2-3 guni. Basikal terbabas semasa turun bukit, sebab membawa beban guni besar kat belakang. Tapi kitorang tak pernah nangis, sebab perasaan seronok mengalahkan rasa sakit. Menuruni bukit curam dengan basikal seronok macam main game dekat genting highlands. Bezanya, ada luka buat kenangan.

Habis musim engkabang, kena petik koko dan lada. Sikit demi sikit, kami semakin membesar dengan hasil tanaman itu. Sekarang ni dapat berjumpa hanya setahun sekali, bila menjelang Hari gawai. Itu pun tak confirm lagi semua balik.

Sekarang masanya membalas jasa mak dan ayah. Bila difikirkan balik, aku sayu dan sebak mengingat kembali jerih payah mak dan ayah membesarkan kami suatu masa dulu. Syukurlah...sekarang kami sudah dewasa dan ada kerjaya masing-masing. Syukurlah mak dan ayah tak pernah putus asa.

Mak, ayah...nantikan kepulangan ku...
mak ayah...I Love You Both...

3 ulasan:

-aTie- berkata...

sgt best adik bradik ramai ..jeles...

;)

Khaizarien @ atie Blog

asteroid berkata...

eh kite adik beradik 10 org tau, time raya aje mst meriah

Tanpa Nama berkata...

bile musim engkabang? u cam direct email to me norazlinmathusin@yahoo.com.my