Khamis, 28 Oktober 2010

Kursus Intensif Saudara Kita (MAIS)

Alhamdulillah, akhirnya selamat dan berjaya mengharungi kursus asas saudara baru yang di anjurkan oleh MAIS. Kursus ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh mualaf yang memeluk agama Islam di Selangor untuk mendapatkan Kad Islam yang kemudiannya akan memudahkan proses menukar kad pengenalan.

Memalukan bila mengenangkan selama ini aku tertangguh-tangguh nak pergi kursus ni kerana takut dan bimbang. Bimbang gagal meneysuaikan diri, bimbang tiada kawan, bimbang kerana ada teman-teman yang memberikan ulasan yang negatif. Kononnya kursus ini turut dihadiri oleh golongan yang ditangkap atas kes-kes sosial.

Tapi ternyata semuanya silap sama sekali. Sebaik sahaja sampai di tempat menunggu bas yang disediakan oleh MAIS, aku terus dapat kawan-kawan baru. Secara logiknya, semua mereka yang datang pun mencari teman baru. Bila sampai di Warisan Sembilang, Pantai Remis aku sudah senyum lebar. Mengenangkan kejayaanku meneguhkan niat untuk hadir.

Dan secara keseluruhannya, kursus ini langsung tidak menyusahkan, malahan sangat bermanfaat buat saudara baru. Para fasilitator, ustaz dan usatazah juga sangat peramah dan banyak mebantu dan tidak menyukarkan keadaan. Malahan kebanyakan fasilitator adalah dari golongan mereka yang pernah bergelar Mualaf (Mualaf di negeri Selangor adalah mereka yang baru memeluk agama Islam dalam tempoh 5 tahun dan definisi Mualaf berbeza-beza di setiap negeri.)

Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga amat bermanfaat dan menyeronokkan. Aktiviti bermula dari solat subuh berjemaah hinggalah ke ceramah ceramah dan minum malam yang berakhir pada pukul 10 malam). Cuma para perserta agak terkejar-kejar kerana kesuntukan masa kerana tempoh kursus yang terlalu singkat sedangkan begitu banyak program yang diadakan. Boleh dikatakan 5 hari terlalu singkat untuk meliputi banyak topik. Dan asrama yang disediakan juga agak padat kerana kebetulan kursus ketika itu disertai oleh ramai Mualaf. Disitu juga aku mengucapkan syukur yang tak terhingga melihat ramainya insan-insan yang telah diberikan hidayah untuk mengenali agama yang benar ini.

Dan, ya...aku pasti akan menghadiri kursus lanjutan saudara baru yang akan diadakan pada Februari tahun depan, Insyallah. Rasanya terlalu banyak yang perlu aku pelajari lagi dan sesungguhnya terasa begitu cetek pengetahuanku setelah menghadiri kursus asa tersebut.

Jadi buat para Mualaf diluar sana, pesanan ikhlas dariku, jangan takut untuk menghadiri kursus tersebut kerna sesungguhnya banyak yang boleh dipelajari dan sesungguhnya ia tidak menyushkan langsung. Dan tiada kos yang perlu dibayar. Semuanya free, makan 6 kali sehari. Boleh mengenali sesama Mualaf yang mana aku rasakan penting buat para Mualaf agar dapat saling bertukar fikiran.

Niatkan dalam hati untuk hadir, Insyallah akan dipermudahkan segalanya buat kita.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Buat duit di Internet Pelbagai Cara


Baiklah tuan tuan dan puan-puan. Aku rasa bahawa blogku ini sangat suram dan tiada serinya. Mungkinkah kerana tidak banyak graphic menarik, kartun dan smiley yang tertentu? Tak mengapa, akan aku usahakan untuk mencantikkannya dari semasa ke semasa. Kritik dan saranan adalah amat di alu-alukan.

Onlinenya saya di sini adalah untuk berkongsi tentang perihal yang menarik minat kebanyakan blogger tegar di Malaysia ni (dan dimana jua mereka berada). Untuk tidak meleret-leret, aku tak hendak memberikan mukadimah skema tentang hal buat duit di internet ni, tapi yang boleh aku katakan. YA, ANDA BOLEH MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET.

Berapa banyak yang anda boleh dapat, berapa kaya kita dengan membuat duit di ini tidak dapat dipastikan dengan sah sebab ia bergantung pada komitmen, usaha dan kreativiti masing-masing. Dalam post-post akan mendatang, saya akan mengulas beberapa cara untuk menjana income dari Internet ini secara mendalam. Dan buat masa ini, berikut adalah sekumpulan cara yang boleh anda buat untuk menjana pendapatan dari Internet.

  1. Pay Per Click - cara yang paling popular sejak dari dulu lagi. Antara salurannya adalah seperti Google Adsense, Nuffnang, Bidvertiser dan banyak lagi.
  2. Affiliate Program - Clickbank, Ebay, Amazon dan affiliate produk-produk tertentu.
  3. Survey - Global Test Market
  4. Sponsored Tweet - Buat duit dengan meng"tweet"kan iklan dengan keyword tertentu. Contohnya Churp Churp dan SponsoredTweets. Bayaran biasanya ditentukan melalui jumlah follower anda di twitter.
  5. Referal Program - Ada banyak, dan kadang kadang dengan menyertai sesuatu affiliate program, kita juga boleh menyertai referal program yang terdapat dalam affiliate program tersebut. Caranya ialah dengan promote link referal anda dan ajak orang lain menyertai anda.
Yang di atas adalah yang paling basic. Mungkin ada yang tertinggal tapi yang tersebut di atas adalah yang terlintas di fikiran time post ini di taip secara spontan. Ada juga cara lain untuk buat duit di internet contohnya menjadi freelance writer untuk site, blog atau artikel. Malahan bagi yang berani mencuba, anda juga boleh menjual produk anda sendiri di Internet atau menjual produk yang anda borong melalui Online shop.

Pada post akan datang saya akan review satu persatu cara buat duit di Internet, tak kira saudara saudari berminat nak tahu ataupun tidak.

Apa yang penting adalah keberanian untuk mencuba. Sekiranya ada pertanyaan, silalah postkan komen dan saya akan cuba menjawab setakat mampu. Inysallah...