Khamis, 9 Januari 2014

Tips Asas Ajar Anak Bercakap

Oleh kerana salah satu misiku tahun ini adalah untuk membantu Adam mula bertutur, maka telahku search internet mencari tips berguna dan relevan untuk membantu dalam misi ini. Perlu diingat, meskipun budak-budak ini dianggap masih kosong dan kitalah yang mencorak mereka, tapi mereka mempunyai karakter yang tersendiri. MAka kita tak boleh membanding-bandingkan budak-budak ni atau menganggap bahawa kaedah yang sama boleh di apply pada semua budak. Sama juga seperti kita yang dah besar ni, kita mempunyai minat, pilihan dan fikiran yang berbeza-beza dan tak suka dipaksa-paksa untuk menyukai sesuatu yang sememangnya tidak kita sukai. Namun harus diingat juga, faktor persekitaran dan masa boleh mengubah pendirian kita.


Ok...listing perkataan yang sudah boleh Adam tuturkan memskipun belum tepat sebutannya, tapi dia faham apa maksudnya

  • Tak Nak - Nanak
  • Tidurlah = cikowah
  • No No No - no No No
  • Pandai= Andai
  • Papa - Baba
  • Mama - Mama
  • Assalamualaikum - ecekow



Oh no! Bila dilihat list diatas, ternyata anak kesayanganku itu baru boleh menyebut 7 perkataan yang ada erti dan lain-lainnya hanya perkataan yang tak dimengertikan sama sekali. TAk pe...rileks. Tapi ada juga perkataan berbentuk arahan yang dia tak pernah sebut tapi dia faham maksudnya seperti "buang" dan "simpan".So..Jika diperhatikan perkataan yang Adam boleh sebut dan faham, ia adalah perkataan yang selalu saya gunakan setiap hari.Sebab itu, tips pertama dan paling penting dalam mengajar anak untuk bercakap adalah :-

Tips 1: Menyebut perkataan penting yang kita nak dia nak faham berulang-ulang.
Contohnya, kita nak dia faham dan boleh sebut perkataan makan, tidur, mandi dan minum sebab ini adalah perkara asas yang si comel kita ini lakukan setiap hari. Jadi masa dia makan, sebut perkataan makan berulang kali setiap kali hendak menyuapnya, mandi tiap kali nak menyiram tubuh comelnya semasa mandi,tidur semasa kita mendodoinya. Menyebut perkataan-perkataan tersebut banyak kali akan membuatkan ia melekat difikiran mereka dan mereka akan cuba menyebutnya.Tak apa kalau pelat sedikit, asalkan dia berusaha menyebut dan perbaikinya dari semasa ke semasa.

Tips 2: Menyebut Perkataan dalam Nada yang Menarik minat anak-anak
Pada umur yang masih kecil, banyak perkara yang sangat simple yang dapat menarik perhatian mereka. Sebutlah perkataan-perkataan yang hendak kita ajar dalam nada yang boleh menarik minat mereka dan macam comel je...Contohnya, garaukan suara, kecilkan suara, buat suara kucing dan jadikannya berirama. Lakukannya dalam suasana yang fun, dan buat mereka ketawa. Tak perlu nak jadi Raja Lawak untuk membuatkan anak kecil ketawa, sesiapa pun boleh lakukannya asalkan ada keinginan yang kuat. Bila dia seronok, maka dia akan mula mengajuk-ajuk. Bila dia dah mengajuk-ajuk tu, kita encourage mereka untuk menyebutnya secara berulang-ulang. Jangan lupa untuk sebut kembali perkataan-perkataan yang sudah boleh disebutnya esoknya...takut dia lupa pula. Oh ya...sebaiknya bila menyebut perkataan pada mereka jangan pula kita menggunakan bahasa pelat ataupun bahasa bayi.Gunakanlah sebutan yang betul supaya dia boleh menjadikannya sebagai benchmark untuk dia capai. Memang comel bila anak berbahasa pelat. Tapi kalau kita pun terikut-ikut berbahasa pelat, maka ia akan mengambil masa yang lama untuk dia menyebut denga betul.

Tips 3: Luangkan masa untuk bercakap dengan anak
Sebagai surirumah, saya faham yang mak-mak diluar sana tu sangatlah sibuk. Lepas satu kerja, ada lagi kerja lain yang nak dibereskan. Si comel pula bergayut dikaki atau cuba naik ke bahu minta perhatian. Dalam keadaan begini jangan diabaikan mereka, sebaliknya ambillah peluang untuk bercakap-cakap dengannya. Contohnya, adik nak apa? MAma ada kerja, mama tengah buat apa ye? mama lipat kain dan macam-macam lagi. Tapi sebaiknya, ambillah sedikit masa paling kurang pun 10 minit sehari untuk berbual dengannya. MAksudnya disini, hentikan semua kerja, offkan tv atau radio, ketepikan handphone atau tablet, dan hanya tumpukan perhatian pada si comel kita dan ajaklah dia berbual. Cakaplah apa-apa pun, dan jawablah apa saja soalannya walaupun mungkin anda tak faham langsung apa yang dia katakan. Tunjukkan yang kita berminat nak tahu apa yang dia cuba sebutkan. Jadikan ini rutin dan panjangkan masanya mengikut kesesuaian diri.

Tips 4: Gunakan alat bantu Mengajar
Di zaman serba moden ni, banyak alat bantu mengajar yang mudah diperolehi. Tinggal beli je. Kalau rajin boleh buat sendiri. Contohnya gunakan flash card dan juga buku bergambar. Budak-budak ni minat pada warna-warna yang menarik jadi belilah buku yang berwarna warni. Selain tu kalau pakai android, installah applications yang fun. Contohnya talking tom, Learn ABC, Learn Iqra dan lain-lain. Adam kesayanganku suka sangat talking tom.Jadi saya suka record suara saya kat handphone, dan save. Sebab Adam suka main ngan handphone saya, jadi bolehla dia main sambil belajar. Heheh....Oh ya...kalau sesiapa yang rajin tu buatlah mobile apps untuk budak-budak yang best dan berbahasa melayu. Rasanya tak banyak apps yang menggunakan bahasa melayu kat Playstore dab SamsungAPps. Kat Iphone tu taktaula...banyak english je...takkan nak anak terus belajar bahasa English kot. Hehe...

Tips 5: Bersabar
Kadang-kadang kita ni selalu mengharapkan anak kita ni jadi anak yang bijak dan cepat tangkap segala yang kita ajarkan. Harapan inilah yang akan mendatangkan kekecewaan apabila apa yang kita harapkan tidak tercapai. Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan dalam proses ini.Jangan mengharapkan semuanya akan lancar sebab ada banyak pemboleh ubah yang boleh mengganggu proses pengajaran ini. Bersabarlah dan jangan berputus asa. 

Itulah dia 4 tips ASAS yang saya boleh kongsikan. Sebenarnya ada banyak tips lain tapi rasanya langkah-langkah ini adalah yang paling asas sebelum melangkah lebih advance lagi. Saya akan kongsikan tips lainnya di lain hari. Jom amalkan dan selamat beramah...

Rabu, 1 Januari 2014

Happy New Year 2014


Wah...bestnya dah masuk tahu  baru 2014. Tahun ni rasa excited pula menunggu apa yang bakal mendatang. Macam-macam rancangan ada untuk tahun baru ni. Harap-harap semuanya boleh di tunaikan. Tak dapat semua, sikit-sikit pun jadi lah.

Tahun baru biasanya semua sibuk setkan azam baru. Betul tak? Ada pula yang anggap azam baru tu tak perlu nak di renew setiap tahun bertukar selagi azam lama tak tercapai. Dua-dua pun ada betulnya. Yang pentingnya, hidup ini kenalah ada rancangan. Memang benar semuanya sudah tertulis apa yang akan terjadi dalam hidup kita. Tapi tak salah kita merancang dan berusaha daripada hanya duduk menunggu.

Azam aku pula, senang je. I want my 2014 better than 2013. Aku sedar aku bukanlah insan yang sempurna. Ada banyak kekurangan di sana sini. So tahun ni, kalau boleh aku nak dekatkan diri kepada Allah. A step closer. Kalau boleh nak perbanyakkan lagi solat sunat. Setakat ni solat dhuha je...heeeheee...Sikit demi sikit but istiqamah. Bukankah satu langkah yang besar itu dimulakan dengan langkah yang kecil? 

Tahun 2014 ni juga, aku nak ajar Mohamed Adam kesayanganku membaca sekurang-kurangnya ABC, Alif Ba Ta dan mengira 1 hingga sepuluh. Adam sekrang dah pun 2 tahun 5 bulan. Budaknya sangatlah aktif, nakal, lincah, bijak dan sangatlah berminat dengan gadget sama dengan mamanya ni. Tapi masalahnya, dia tak nak belajar bercakap. Tak tahu dimana silapnya, bila diajak bercakap dia buat derk je. Tapi dia faham arahan. Cuma sekali sekala saja dia sudi mengajuk cakap. Hmmm....risau juga kalau nanti dia ada masalah pertuturan kerana kebanyakan anak-anak seumur dengannya sudah boleh menuturkan banyak perkataan meskipun pelat. So, misiku adalah untuk ajar dia bercakap habis-habisan dan janganlah berputus asa. Kalau tak mahu bercakap macam mana nak membaca. Betoi tak? 

my naughty boy

Next, tahun ni nak mula aktif balik berblogging dan mencari pendapatan sampingan di internet. Memandangkan sang suami tercinta memang tidak menggalakkan aku bekerja, rasanya ini sajalah caranya untuk mendapatkan rezeki dengan titik peluh sendiri. Bukan kerana suami tak bagi duit belanja, tapi, bagi aku duit yang deperolehi dengan usahaku sendiri walaupun 10 sen, terasa lebih manis dan beerti. Itulah sebabnya. Maka dengan itu, kenalah belajar lebih mendalam kerana ilmu-ilmu lama sudah ketinggalan zaman dek kerana pantasnya teknologi ni berubah. Harus juga meluaskan networking. Insyallah,  moga tahun ini tercapai hendaknya.

Sebenarnya ada banyak lagi rancangan untuk 2014 tapi bagiku, yang 3 itu adalah yang utama. Kalau diikutkan tiap hari pun kita berazam mengikut keadaan semasa. Cuma yang 3 ini kalau mampu ingin aku jadikan tonggak utama. Hehe...

Apa pula azam anda? You all rasa perlu ke berazam ni? Jom bincang.