Rabu, 31 Mac 2010

Simply Siti - Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza


Wah wah...dah ada beuty product line pula kak siti aku ni. Baguslah, artis kenalah tau mana nak cari sumber pencarian yang lain selain menyanyi dan berlakon. Dah banyak contoh yang kita lihat dimana artis hidup melarat selepas zaman kegemilangan mereka pudar. Bidang hiburan ni memang penuh dengan dugaan, ada up and down. Alhamdulillah, kak Siti aku ni maintain up sampai sekarang. tapi, kita hanya manusia biasa. Allah yang menentukan segalanya. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan, malahan apa jadi pada esok hari pun kita tak tau. Kena selalu bersedia dan merancang untuk masa depan.

Dato Siti juga memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjadi francaisor kepada produknya ini. Nak keterangan lanjut bolehla layari simplysiti.com.

Produk Simply Siti ni dikatakan boleh didapati di cawangan watson. Aku tak redah lagi sebab baru tau hari ni. Haha...ketinggalan jugek aku nie.

Apapun, komen peribadi aku sebagai kaki kritik tak berbayar ni, kalau Dato Siti nak bersungguh memasarkan produk ni, buatlah sehabis baik. Bayar someone untuk design balik logo tu biar nampak lebih professional dan menarik. Dan harap-harap produk beliau ni memang Baek punya...

Komen lain tak pat bagi lagi sebab belum mencuba. Apa-apapun, tahniah kepada beliau. Maybe ada yang akan kata ini tuah beliau kerana berkahwin ngan orang kaya, tapi benda ni pun datang dari idea dan kudrat beliau juga.

Aku pun pernah berangan nak ada beuty product sendiri. Chemist hebat punyer dah ada, modal jer tak de. tapi bukan kosmetik produk okeyh...sebab aku memang makeup idiot. Maybe sabun mandi, hair shampoo. haha...berangan je lebih.

2 ulasan:

ShiDa berkata...

yeahh,
sy baru tgk iklan ni smlm kt tv.
ntah elok ke xkn.hehe

Epul Azimi berkata...

hye..:)

cita2 yg bgus...hehehe