Jumaat, 2 April 2010

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam

Yeay! aku telah mendapat surat dari SPA untuk datang menduduki peperiksaan khas untuk keje gomen. Hehe....aku macam tergelak dok je. Sebab ape? Sebab aku dah terkena ngan adik aku. Dia yang beria-ia nak mengisikan SPA online ni untuk aku. Dia nak sangat kakak die ni keje gomen kot. Maybe die sedey sebab mak selalu berleter pasal anak-anak dia tak de yang keje gomen.

Dulu aku memang pernah teringin nak keje kerajaan nie, tapi memandangkan aku dah kahwin dengan cepatnya, niat tu terpaksa aku hentikan. Sekarang aku kena cari keje yang convenience buat aku dan Mr. H. Ye la...dari segi tempat dan masa. Ada-ada je alasan kan... but seriously, aku ni memang jenis gitu. Begitu mengambil berat akan kesan keputusanku kepada orang-orang disekelilingku yang akan mendapat kesannya. Sebab tu aku tak maju-maju. Tapi aku tak kisah...aku ikhlas. Seee....beruntung sangat kalau korang tergolong sebagai salah seorang yang aku sayang. Hehe...

Adik aku juga dapat surat yang sama, tapi dia disuruh menduduki peperiksaan tu kat Kuching. Sian dia...sape suruh tak tukar adress pi KL kan. Beria-ia sangat dia nak balik Kuching semata-mata nak duduki peperiksaan tu. Aku rasa bersalah la pula...kalau la boleh aku tukar tempat ngan die...Sebabnya, aku tak lah minat sangat nak pergi. Malahan kalau boleh aku taknak pergi pun. tapi memandangkan adik aku ni beria-ia suruh aku pergi, maybe aku akan pergi. ye la...semata-mata untuk memastikan dia puas hati sebab effortnya mengisi borang online tu dihargai. Insyallah...

Ada sesape yang pernah pergi peperiksaan ni? Apa jenis soalan yang keluar ek? Soalan matematik ke? Sains ke? Geografi ke? Kenegaraan ke? Aku nak tau jugak, kot-kot aku pergi nanti. Boleh buat persiapan sikit. ..Share-share la yek...aku dah lama sangat tak de exam-exam nie. Jadi nak buat ulangkaji pebenda semua memang dah malas dah. Kalau takat pengetahuan am tu, Insyallah tak de masalah. Buat-buat lagi aku ni kaki follow isu-isu politik kita yang macam sangat hangat sejak kebelakangan nie.

Anyway, kalau you all ada idea or tau pasal what kind of question yang bakal dikeluarkan, share lah ngan akak nie ye...

Thankyou...sayang u all...

0 ulasan: