Selasa, 30 Mac 2010

Ingat Kiamat

tak tahu la kenapa hari ni aku dok terfikirkan pasal hari kiamat. Aku mencongak-congak dan merasakan hari itu semakin dekat. Ini membuatkan aku terburu-buru buat itu dan ini. Sampai masak untuk makan malam pun aku nak cepat. seolah ada yang hendak dikejar. yang pastinya aku merasa betul-betul tak selesa.

layakkah aku menghuni syurga?

sudah cukupkah ibadat ku?

sudah terampunkah segala dosaku?

adakah aku umat-Nya yang solehah?

persoalan-persoalan itu aku ulangi berkali-kali. tetap, jawapannya negatif. Ya Allah....panasnya api neraka. Tak sanggupnya aku berada di sana.

Sempatkah aku untuk merubah keadaan itu?

Mengingati kiamat membuatkan aku begitu ingin untuk berubah. Begitu ingin menjadi insan yang lebih baik. Tapi adakah aku akan mengingati kiamat esok hari? Atau aku akan lupa begitu sahaja kerana sifat lalaiku?

Alangkah baiknya jika aku mampu mempertahankan ingatan terhadap hari dimana kiamat bakal tiba. Setiap hari, setiap pagi sebaik sahaja mataku celik. Pasti hariku akan dipenuhi dengan amalan yang baik-baik.

Alangkah baiknya kalau aku ini bukan manusia yang lalai....


5 ulasan:

kanip mito san berkata...

bagus la... ingat mati...

khalisyaa berkata...

erm..aku pn salu gak pikir bile la berlaku seme tu...

mcm masih jauh...T_T..

Jum kite buat yg terbaik..

^_^

shahrinabd berkata...

@kanip bagus ke? bikin stress aje...huhu

@khalisya macam masih jauh...tapi mungkin dekat. kan..kan..kan..

Azah Rahaman berkata...

insyallah.. akk ada semua tu ..

yaya berkata...

seram sejuk pk hari kiamat..
rasa xckup lg amal ibadah ni..
subhanallah.. moga2 diakhir nnt kita tergolong dalam golongan yang dirahmati.. amin