Isnin, 22 Mac 2010

Perubahan!

Esok, Monday, 22 March 2010, semuanya bakal berubah. Yess! Bakal ada perubahan dalam rutin hidupku yang sudah telah bertahan hampir setahun lebih. esok, segalanya bakal bermula. hanya satu langkah kecil, tapi semuanya bakal berubah.

Moga-moga ada yang baik bakal datang. Moga-moga perubahan ini membawa pengalaman baru buatku, pengetahuan baru dan segalanya yang baru. Insyallah....

Siapa tak sukakan perubahan? Aku pasti ramai yang tak suka. Bila dah suka pada sesuatu, pasti sukar nak menerima perubahan. tapi percayalah, hidup ini memerlukan sedikit perubahan. Perubahan dalam pukul berapa nak bangun tidur, perubahan dalam makanan, perubahan dengan susun atur rumah, itu pun dah boleh dikira perubahan. Small matters that change everything!

Dulu aku memang bencikan perubahan. Kerana aku selesa dengan sesuatu yang sudah rutin, dan suasana lama dimana aku tak perlu belajar benda baru. Tapi itu semua sudah berubah. Sampai bila nak berada di takuk lama? Dunia sekarang begitu bergerak begitu pantas. Siapa lambat mengejar pasti terkebelakang.

Berubah bukan beerti perlu meninggalkan sesuatu yang lama! Berubah bermaksud menambah nilai baru dalam hidup. bak kata bahasa ekonominya, value added. Siapa tahu dengan sedikit perubahan ini, bakal bertambahlah idea untuk blogku yang tercinta ini? Insyallah....

Ya Allah Ya Tuhanku, rahmati dan berkatilah segala usahaku. Tetapkan dan kekalkanlah imanku pada Mu, jauhilah aku dari melalui jalan yang sesat dan melakukan perbuatan yang mungkar. Ya Allah....bukakanlah jalan rezeki buatku....

2 ulasan:

... berkata...

dulu sy pon x suke perubahan

sbb bl nak berubah bnyk bende kene buat dulu sblm perubahan tu bjya

bulatkocik berkata...

elow..kdg2 brubah jadi lebih bek..kdg2 cam tutt pun ader..ap2 pun tpksa terima...;)