Rabu, 31 Mac 2010

Anak Zaman Sekarang...Apa Yang Mereka Mahukan?

Mana yang lebih baik? Mengawal pergerakan anak-anak atau memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada mereka? Atau in between, dalam bahasa dangdutnya, yang sedang-sedang saja?

Terlalu mengawal dan mengongkong akan membuatkan mereka memberontak dalam cara yang lain, yang akan membawa kesan buruk di hari muka. Kebaikannya, cara ini mampu untuk mengelakkan mereka terjerumus ke alam yang tak berapa baik. yes....for a while. Tapi bila anak-anak sudah meningkat remaja nanti, mereka mungkin berhadapan dengan culture shock, membuatkan mereka terlalu hanyut untuk mencuba sesuatu yang baru. Yang juga mungkin sesuatu yang baik atau juga yang buruk. Dengan alasan mereka sudah cukup dewasa, sudah ada kerjaya, tak mengharapkan duit mak bapa lagi, and they can do whatever they want.

Memberikan kebebasan dan trust kepada mereka, membuatkan anak-anak merasa mereka bebas melakukan apa sahaja. mereka menganggap parents mereka sporting, always there to support them. Mungkin juga kepercayaan ini akan disalahgunakan. Namun cara ini juga boleh membawa kebaikan, sekiranya anak itu mampu menghargai kepercayaan yang kita berikan pada mereka. tapi semua manusia berbeza. Ada yang boleh menghargai, dan ada pula yang tidak. Mereka menjadi terlalu manja dan akan meminta lebih lagi. dan bila dah tertimpa bencana suatu hari nanti, mereka mungkin akan menuding jari pada kita. seperti cerita P.Ramlee, Anakku Sazali.

Yang sedang-sedang saja? Aku tak percaya situasi ini wujud. kerana both mengawal dan memberikan kebebasan biasanya berlaku secara berlebihan. Sukar untuk besederhana dalam situasi ini. Ini soal hati dan perasaan. Ada yang terlalu sayangkan anak sehinggakan sanggup menurut apa saja kemahuan mereka. Dan ada pula yang terlalu tegas.


Anak adalah anugerah. memetik dialog drama desperate housewife yang aku tonton tadi, "anak adalah anugerah yang mana membuatkan kita muntah-muntah dan sakit-sakit selama sembilan bulan sebelum mendapatkannya" . Anaklah anugerah yang buat kita ketawa, berduka dan segala macam perasaan.

Topik ini agak berat untuk difikirkan malam buta begini. tapi ia sedang menghantui fikiranku. Aku agak kecewa saat ni, so aku cuma boleh melihat sudut negatif pada setiap opsyen yang ada. maybe, may dear readers boleh share pendapat?


4 ulasan:

nEo.. berkata...

"'Sukar' untuk besederhana dalam situasi ini." Bukankah 'sukar'itu bermakna kita masih boleh mencuba.Tak mungkin seorang yg berpegang pada kata2 'gagal itu bukan fobiaku' takut pada perkataan sukar.

shahrinabd berkata...

Neo...thankyou very much. awak baru saja berjaya menaikkan semangat saya kembali. huhu...

etomyam berkata...

kebebasan tapi dalam keadaan terkawal..erk..camner tu? bila diorang ok..puji, bila diaorang nakal..hukum..ngehehe

Tanpa Nama berkata...

ada seorang kawan saya ini , dah serik duduk di rumah ini kerana ibu nye slalu mengongkong(terlalu mengawal)anak anak nya , dan dia sudah bercandak untuk keluar dari rumah , tanpa pengetahuan ibunye , mengapa ini terjadi ? apa mahu buat jika ini berturusan? terima kasih ?