Jumaat, 5 Mac 2010

Kawanku Putus Cinta

Apa korang buat kalau best friend korang putus cinta? Macam mana nak menceriakan mereka yang bermuram durja?

Dalam dua minggu nie 2 orang sahabatku yang tercinta mengalami putus cinta. Dua-dua berbintang scorpio membuatkan aku agak mencari hubungkaitnya. Namun, tak mau sampai syirik pula kan. Soal jodoh semua di tangan Allah. Namun ianya agak merunsingkan aku. Sebagai seorang yang agak sensitif dengan keaadaan semasa dan persekitaran, aku rasa macam 'useless' kerana tak dapat membantu apa-apa. maklumlah, tinggal pun jauh jauh. Lagipun kedua-duanya tidak tampil meluahkan perasaan padaku. Sejak aku kahwin nie, diorang seolah takut untuk semesra dulu. Still, aku rasa ingin membantu serba sedikit.

Yang seorang aku dapat tahu dari facebook, dan seorang lagi aku tahu dari ex-BFnya, sebab dia minta tolong aku tengok-tengokkan kawan aku nia. However, tanpa diorang declare sendiri problem tersebut padaku, aku tak berani sangat menyebok tanya itu dan ini dan juga mengagak-agak.

Apa tindakan you all dalam keadaan macam ni? Membiarkan sahaja? Tunggu sampai diorang minta tolong? Atau just menyebok je? Apa maknanya kawan kalau tak menolong kan? Menolong bukanlah bermaksud try to reconnect diorang kembali. Tapi cukuplah sekadar menceriakan keadaan.

Esok, aku plan nak ajak kawan aku yang sorang tu keluar. Biar dia yang decide nak buat apa. Just to make her happy and maybe forget all the problems.

Anyway, google punya google dapat juga beberapa tips bagaimana untuk menolong sahabat yang sedang mengalami breakup. Here we go:-

  1. Bersabar dan Memahami - Very important. Masa ini diorang sangat sensitif, suka hempas-hempas barang, hempas pintu, menjerit-jerit. Biarkan dan sabar.
  2. Menggalakkan dia untuk meluahkan perasaan (jika dibiarkan saja, mungkin akan menyebabkan dia melakukan perkara yang negatif. Jadi cubalah untuk menimbulkan topik yang ada kena mengena denga relationship diorang secara lembut dan halus. Bagai menarik benang dalam tepung)
  3. Biarkan dia bersedih -(memang sukar melihat mereka bersedih, tapi bersedih adalah salah satu proses break-up. So, bagilah mereka masa walau sedikit sebelum anda memulakan tugas menceriakan mereka)
  4. Memberikan sokongan moral
  5. Jangan mengutuk ex-couple kawan anda (kadang-kadang diorang break up, tapi di hati masih lagi sayang dan ingin semuanya kembali seperti sedia kala. jadi, jangan memburuk-burukkan ex-couple diorang. Sebaiknya jadilah pendengar yang setia.
  6. Jangan galakkan dia mencari pengganti dalam kadar segera
  7. Cuba elakkan dia dari terlibat dengan alkohol dan dadah
  8. Mengalihkan perhatiannya dengan aktiviti yang sihat ( window shopping, tengok wayang, pergi zoo, vacation)
  9. Kaunseling profesional ( kalau dah kronik sangat, ini adalah langkah terakhir)
Itu le dia sikit tips yang boleh korang lakukan untuk membantu kawan yang berak-up. Mungkin juga sesuai dengan yang bercerai? Mungkin tidak. Yang pasti, sesuai untuk girls. Sebab lelaki ada cara lain untuk menghadapi break up.

XOXO

5 ulasan:

joegrimjow berkata...

klu kawan putus cinta
soh die cari lain

erkk
senang nyeee

RABUN berkata...

putus...ala carik yang lain, yang lebih memahami menyayangi..apa pon sorry terklik x pax tadi...

velasrizal berkata...

motivate dia..kumbang bkn seko, bunga bkn sekuntum..jodoh tuhan tentukan..klik mamee u tadi

shahrinabd berkata...

@joegrimjow bunyik memang senang, but maybe susah, bukan dalam kadar segera. tapi lambat laun memang kena carik jugak

@Indra Qirana terklik erk? Aku dengan tak sengajanya terklik nuff awk jugak

@velasrizal Betul tu. Dunia ni pon luas, kalo ada jodoh, ade la kan...

shahrinabd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.