Isnin, 8 Mac 2010

Gara Gara Celcom Broadband

Tak habis-habis lagi isu ketidakpuashatian aku dengan CB ni. Dah seharian slow gila, tiba-tiba pukul 2.oo pagi dia laju. Aku baru nak tutup lappy and tido. Tapi lihat dia punya speed sekarang ni, aku nak post jugak satu entry. Entry merapu, takut takde peluang nak post lagi esok.

Gara-gara CB ni, aku dah 2 minggu tak blogrunning. Kerana CB jugak, traffik aku jatuh merundum. Kalau dulu at least seminggu dapatla aku 50sen dari uncle nuff, sekarang dah 2 minggu tiada kemajuan. Oooh...sedih betul.

Gara-gara CB jugak, aku banyak ketinggalan isu-isu semasa. Gara-gara CB, aku tak de idea nak masak apa, sebab petang-petang aku pasti rajin menggogle resipi untuk dicuba.

Gara-gara CB, masa aku terbuang dengan main game memanjang. Naik lenguh tengkuk aku. Gara-gara CB aku terpaksa pergi bayar bil-bil kat pejabat pos. Kalo dulu boleh bayar via maybank2u je.

Gara-gara CB, aku dah lama tak download lagu baru.

Kenapa tak tukar ke Digi and Maxis? Sebab aku takut depa berdua pun ada perangai yang sama. Aku sabar je la buat masa ni. Baru 2 minggu. Maybe kalau dah dua bulan, aku takkan sabar lagi.

Moga-moga speed ni maintain begini esok. Dan juga hari-hari seterusnya. Please, please, please...kamu jangan selow...

6 ulasan:

Mus berkata...

Celcom broadband ni mmg ada masanya laju sangat! dan selalunya memang slow!!
boleh tinggi darah dibuatnya!!

shahrinabd berkata...

@mus sesuai sangat ler dengan sy yang mengalami low blood ni.huhu

hydir berkata...

CB tgk kawasan dia juga .. mcm kawasan saya takde masalah .. avg speed dalam 300-400kbps ..

tp kalo internet slow mmg x best, nak buka blog sendiri pun mcm siput

apek berkata...

bila time CB slow.. mau laju je darah kita mengalir. Menyirap dibuatnya

shahrinabd berkata...

@hydir tu le masalah, ikut area jugak. takkan pasal Cb aku nak kena pindah rumah kot. haha...

@Lekir menyirap sangat! oleh angin sehari!

its me berkata...

semua braodband semua pun ade masalah babe...ko pakai streamyx pun ade maslah gak kekdahnyer..aku da pakai maxis...da pakai celcom..da paki streamyx..semua membuat dosa jer tatkala aku maki hamun semua tuh..hangin jerk