Isnin, 8 Mac 2010

Dan Akhirnya....

Kerana CB yang lembab, akhirnya aku termakan jugak tip tips yang berjaya aku jejaki untuk melajukan CB tersebut. Antara tips yang pernah aku baca ialah untuk tweak, tukar setting modem and also beli usb cable.

Dengan tekad yang betul-betul tak mampu digoyahkan lagi, aku berjaya jugak beli usb cable. Cuma tersilap beli. Ingat nak beli 5 meter, tapi dapat 3 meter je. Jadila.....Balik rumah, aku gantung CB aku tinggi-tinggi. Hari pertama dan kedua tak de perbezaan sangat. Only, mula malam tadi barulah suasana bertukar. Aku dah boleh senyum balik. Aku bagaikan jakun melihat page yang aku bukak loading dengan cepatnya, walaupun baru 2 minggu aku dilanda masalah CB slow melampau.

So, aku sarankan bagi you all yang ada problem broadband slow ni, ikut ler jejak langkah aku nie. Huhu...

And another mission completed. Last week aku juga berjaya menjalankan misi ku untuk meceriakan hati kawanku yang putus cinta. Bukan susah sangat pun, just make her happy a little while, make sure that she know that dia ada kawan yang menyayangi dan ambil berat pasal dia. And also, ikut je perangai dia satu hari. Pasti sembuh le kelukaan tu sedikit. Sikit pun jadi la...jangan tak de.

Aku seronok dapat membantu sahabat tersebut. Sebab bagiku, tujuan hidup aku hanyalah untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayangi. Family aku and my 3 precious friends. Aku tak boleh tengok atau tahu bahawa diorang sedih. Aku akan sedih sepanjang masa sehingga aku mampu mengubat kedukaan mereka.

Minggu ni, satu lagi misi akan bermula. Adik bongsuku akan terbang dari sarawak ke sini. Mak telah meletakkan dia dibawah tanggungjawab aku untuk menjaga dan menguruskan semua urusan studynya disini. Aku rasa bangga, sebab aku tahu mak percayakan aku. Mak tahu aku mampu.

Cuma aku rasa risau, mampukah aku bertahan dengan adik bongsuku ini? Sebab dulu-dulu masa kecik aku dan dia selalu gaduh besar sampai pernah tak bercakap selama 2 tahun walupun tidur sebelah-sebelah.

Apapun, aku pasti, aku sudah jauh berubah. Kini aku telah mengenal Allah dan agama Islam yang suci. Sifat burukku telah berjaya aku kikis.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah...

2 ulasan:

mancai berkata...

salam singgah,
syukur Alhamdulillah... teruskan

shahrinabd berkata...

Insyallah...