Isnin, 25 Januari 2010

Rina Queen Sambal Belacan

Tak de idea punya pasal, akhirnya aku teringin nak berkongsi resipi sambal belacan aku ni. Haha..mungkin korang dah biasa buat tapi tak sedap macam aku buat. Aku pun tak tau part mana sedapnya tapi every weekend memang adik beradik aku atau suami aku request aku buatkan sambal ni. Dorang ni pun...bukannya nak belajar buat, bukan susah mana pon. Manja je lebih.

Al-kisahnya, resipi sambal belacan ni aku belajar dari ex-boss aku dulu masa keje kat supermarket time tunggu result STPM. Masa tu aku sangat menggigil bile ex-boss aku yang aku panggil Madam ni ajak aku lunch sama. Katanya dia ada bawak extra nasik and pekasam ikan. Hussh...sodap tu. Pas tu dia mintak aku contribute sikit, contribute tenaga je...dia suruh aku buat sambal belacan untuk ulam timun. Dia kasi list benda untuk aku curik kat kedai...hehe...suka hati le...kedai tu kan dia punye.

Aku memang nerves giler...ye la, aku ni dah la tak reti masak, ni nak buat untuk boss pulak. Kalo tak sedap kena fire pula aku (fire ngan mulutnye je). Aku buat-buat pandai je. Aku bawak sume bahan-bahan naik dapur and still berharap dia takkan datang menjenguk so bolehla aku pikir lama-lama atau sms mak aku mintak resipi. Huhu...

Tapi dengan tiba-tiba kepalanya terjonggol depan pintu. Kushhh semangat...menggigil kepala lutut aku. Yola...masa tu umur aku kira budak jugak la...si Madam ni pulak agak tua. Misti la aku takut.

"Laaa.....ingat dah siap. Cuci ikan bilis pon belum. Kalo macam ni kawen nanti mati kebulur ler laki enko..."macam biasa molot si Madam ni memang laser abes.
"Belum la...sy tak pasti madam nak macam mana. Nanti ikut resepi saya tak sedap pulak" hehe...jawapan selamat. Sedangkan satu resipi pun aku takde.
"Macam ni saya jugak nak kena buat. dah lapar ni..."omelnya. aku tersengih manje....hehe, manja la sangat.
"Eh...tak pe lah...Madam cakap je camana nak buat, saya buat keje, Madam duduk je. Tak lama...."bodek punye pasal aku kena korbankan juga energy aku. Yela...kot-kot dia bole naikkan gaji aku.

Maka Madam pun ajar aku satu persatu. Aku pulak mengikut sume arahannya dengan sesempurna dan secepat yang mungkin. Tak lama, kejap je dah siap untuk dihidangkan.

Huh...sedap jugak rasa sambal ni. Madam tak delah puji, tapi bagi aku kalo dia tak kutuk dah kira okey sangat la tu..Dari sekali tu, aku try buat kat kampung, mak bapak and adik beradik puji. Dah kawin, aku buatkan untuk suami, pun dia fevret.. Hmm...mungkinkah sambal tu memang sedap, atau diorang ni pemalas nak tumbuk sambal?

Okelah...dah cite asal usul, meh aku kasi resipi....

Rina Queen Sambal Belacan

Bahan-Bahannye....
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • cili padi (ikut daya ketahanan terhadap rasa pedas)
  • limau
  • ikan bilis, dua genggam
  • Belacan dua kali besar ibu jari tangan (ni cara mak aku ajar aku masak, suka suruh aku ukur ikut ibu jari)
  • minyak masak

Cara-caranya....
  • Panaskan minyak dalam kuali, dalam 4 sudu teh minyak masak
  • masukkan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis dan cili padi dalam kuali bila minyak tu dah panas.
  • Tumiskan bahan-bahan tersebot sampai ikan bilis menjadi ranggup dan aroma belacan naik.
  • Bila ikan bilis dah ranggup masukkan sume tu dalam lesung batu dan mulakan menumbuk. Kasi sume hancur tapi ikan bilis jangan hancur sangat sebab lagi sedap kalo ada yang bole digigit. Saya sarankan tumbuk pakai lesung batu sebab lagi sedap berbanding gunakan blender.
  • Kalo nak tambah garam and ajinomoto bole jugak, tapi kalo aku, aku tak letak sebab tanpa bahan perasa dan garam pon dah sodap
  • Lepas tumbuk, alihkan sambal ke mangkuk untuk dihidangkan
  • Perahkan air limau ke atas sambal tersebut dan buang bijiknya....
  • gaulkan hingga rata....
  • Dah pun siap, bole la makan...

Hehe....cubala try dan test....

P/S sambal ni kering, sangat sesuai untuk ulam timun tapi boleh la cuba ulam ulaman yang lain.

XOX

4 ulasan:

A.I berkata...

wahhh, macam sedap!
lain dari yang lain nih.
beser buat xde tumis2.
tenx yea, nanti maw cuba.

Zoul berkata...

Pergh.. sambal belacan spesel.. boleh cuba nih..

- Misztake - berkata...

owh...
biasa makan je..
tak pernah buat..

norliza_osman berkata...

fuyoo!!! macam sedap je.. x saba lak nak balik try..