Sabtu, 23 Januari 2010

AKU RINDU ZAMAN JADI STUDENT

Semenjak aku dah tak jadi student ni sekali sekala aku rindu sangat nak jadi student balik. So many memories. TAk kira la yang pahit atau yang manis. Tapi yang pastinya yang pahit zaman study dulu pun dah jadi manis sekarang ni. Bak kata lagu UKays Pahit Akan MAnis Akhirnya...

Zaman bersengkang mata sebab nak exam esoknya sangat aku rindui. Begitu juga zaman jadi pengawas sekolah. Rasa sangat powerful masa tu. Zaman masuk tahun baru, semua nak peraga baju baru, kasut baru dan beg baru. Zaman kena denda pusing padang. Zaman masuk persatuan pancaragam. Zaman aku memegang rekod acara merejam lembing kat sekolah.

Zaman aku gaduh-gaduh kat uni. Zaman aku dah tak sebulu dengan best friend aku yang berzaman lamanya sebab dia curik duit aku. Zaman lepak-lepak kat kantin. Zaman buli cikgu yang agak nerd. Zaman buat group assignment dan yang paling funnynye zaman dok repeat paper math.

Walaupun aku bukanlah student yang pandai sangat, tapi tak ada apapun yang aku kesalkan. Jika diberi peluang untuk kembali ke zaman itu tiada apa yang aku nak ubah. Sebab semuanya sudah menjadi rencah kehidupanku.

Aku selalu kata kat suamiku, boleh tak aku study balik....suami setuju aje...tapi bila pikir-pikir balik, aku dah tak sanggup nak menghadapi exam lagi. Sebab dulu masa final exam, last semester, aku dok cakap kat diri aku....

this will be the last paper, and then after this I will be a degree holder. I will never get myself into this situation anymore.

itulah ayat yang aku dok ulang2 untuk motivate diri aku untuk ulangkaji exam paper yang paling last.

Esok nak jumpa geng-geng satu fakulti dulu. Tak sabarnya. Dah setahun tak jumpa. Rindunye....Tak sabar nak dengar cite kawan-kawan. Tak sabar nak gelak sampai pipi keras.

ema, jane and sho...three of you will always be my best friend. Tak kira berapa lama tak jumpa, tapi takde orang lain yang boleh merampas takhta korang sebagai best friend aku.

Nak bawak kamera, bole ambik gambar gile-gile macam dulu. Tak kisahla aku dah isteri orang, aku pun ada perangai budak-budak jugek.


3 ulasan:

aisha wUtevA!! berkata...

hahaha,
kite lak x sabar nak abes stady.
heeee~

tp betol gk kan, da abes stady x dapt ah lepak2 ngan kwn2 lagik. adehhh...
mesti seday kan??? huuu~

shahrinabd berkata...

smlm da blasah satu hari ngan geng2 study dulu. SOnonk gler...skali skala gather ramai2 mmg besh

etomyam berkata...

elok jugak kalau pursue post grad study....memamng seronok n sempoi, tak der pressure masa under grad dulu, saya tinggal satu sem jer lagi, tak sedar cepat betul masa berlalu...