Jumaat, 22 Januari 2010

Kat Mana Nak Belajar Membaca Al-Quran Online Yang Paling Bagus?

Serba salah juga nak keluarkan topik ni, maklumlah aku budak baru belajar and takut pulak kalau ditempelak oleh orang-orang yang dah pandai. Tapi bila dipikirkan berulang-ulang, niat aku baik dan ikhlas, so tak de masalahnya.

Hendak dijadikan cerita, aku telah memeluk agama Islam pada Awal Muharram tahun 2008. Kira dah masuk 2 tahun aku jadi orang Islam. Kalau ditanya adakah sebab cinta semata atau kerana memang kerana hidayah dari-Nya, memang aku dengan yakin dan pasti mengiakan kedua-dua sebab itu. Aku memang dah mula menunjukkan minat pada agama Islam sejak aku di tingkatan satu lagi sampai membuatkan mak aku bimbang. Habis study kat uni, aku bekerja dan jumpa dengan suami aku yang juga Muslim. Kawan-kawan pun banyak orang Islam. So aku ambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Bos tempat aku kerja aku masa tu yang bawak aku ke Masjid Shah Alam untuk menguruskan segala proses. Aku minta izin dari mak dan ayah, dan hairannya mereka memberikan kebenaran kepadaku. Alhamdulillah...ternyata jalannya terbuka luas untukku.

Aku dan suamiku nikah dalam tahun yang sama setelah aku memeluk agama Islam, kira-kira 6 bulan lepas tu. Bukanlah niat nak merendahkan suami, tetapi bolehlah dikatakan aku dan suami sekarang ni sama-sama tengah belajar. Alhamdullilah, suami aku sekarang ni memang tidak pernah meninggalkan solat dan mencuba menajar aku setakat yang dia mampu.

Aku memang dah dianugerahkan oleh Allah dengan daya ingatan yang kuat. So, sekejap saja aku boleh menghafal bacaan doa-doa dan cara-cara untuk bersolat. Alhamdulillah....sampaikan suamiku pun terkejut beruk sebab terkagum.

Last 2 week, bos suamiku menghadiahkan suamiku buku al-quran bersama terjemahannya dalam bahasa melayu. Sekali sekala bila masa terluang lepas solat aku belek-belek juga beberapa helai. Hati tersentuh bila membaca terjemahannya and aku makin bersemangat nak baca lagi dan lagi. Tapi aku merasa ada kekurangan.

Kekurangannya ialah aku tak tahu membaca ayat-ayat jawi, atau juga Iqra, atau ada satu istilah lagi yang aku tak berapa ingat (jame....jaa'me?...). Tapi aku memang dapat menghafal dengan baik kalau aku dah dengar atau membacanya berkali-kali. Sebab tu aku selalu download mp3 doa-doa tertentu dan letak dalam henpon, so boleh dengar berkali-kali. Cuma aku risaukan sebutan aku tak betul.

Aku memang berniat nak cari guru agama, cuma aku mahu ada persediaan tersendiri. Yelah...dah tua-tua macam ni, ada rasa malu nak belajar membaca. Ada orang kata cikgu agama ni garang-garang, kalau lembab sangat nanti kena rotan...hehe...(takkan aku yang dah tua ni pun nak kena rotan jugak kot) Aku tak pernah merasa begitu BUTA HURUF macam ni. Aku malu sangat selagi aku tak pandai baca Al-Quran. LAgipun wajib bagi umat Islam untuk membaca Al-QUran dan mendalaminya. Suami aku pun pernah kata kalau aku tak pandai baca Al-Quran, dia yang akan menanggung dosanya, so dia akan carikkan aku guru agama satu hari nanti.

Aku memang dah lama tercarik-carik website yang aku boleh belajar secara online memandangkan aku selalu ada depan laptop. Cuma tak jumpa lagi dan terkadang aku tersasar dari tujuan. Bukak website lain la pulak kan... Satu-satunya yang best yang aku jumpa takat ni adalah Mount Hira tetapi sebagai orang baru aku memang terkejar-kejar. Aku baca rumi je, bukan ayat jawinya.

So sekarang ni nak tanya pendapat korang, ada tak sape-sape yang jumpa yang website yang best untuk belajar bahasa jawi ni, belajar membaca Al-Quran?

Takat ni aku ada buku seperti yang kat bawah ni. Aku pun tak tau apa tajuknya, tapi rasanya tajuk dia "IQRA". Minta maaf kalo salah. Itupun aku baru belajar berapa huruf sebab tak de guru. Aka betul-betul nak belajar and aku memang akan cari guru agama, tapi aku nak meneydiakan diri aku dulu.


buku ni hadiah dari ex-boss aku

alif....ba....


hehe....takde cikgu, takde yang isik prestasi column ni..


Mintak tunjuk ajar ye....kalau ada istilah atau apa-apa yang salah, minta maaf, aku betul-betul baru belajar banyak benda yang aku tak pasti lagi.

Minta pendapat pada yang lebih tau....minta maaf kalau rasa saya tak patut buat post ni.

Assalamualaikum.....

17 ulasan:

Ariey berkata...

salam..Alhamdulilah kerana dibukakan hati oleh Allah untuk memeluk agama islam..kerna Allah hanya memberi hidayah hanya kepada org yang terpilih sahaja..walaupun sesorang itu islam belum tentu dia dpt menjalani hidup seperti org islam yang sebenar-benarnya..saya nasihatkan kepada awak supaya cuba mencari ustazah untuk belajar mengaji didlm online bukan tak bagus tetapi kalau boleh biarlah ada guru yg boleh membetulkan bacaan kita nanti..

shahrinabd berkata...

thankyou Ariey...Insyallah akn sy usahakan

sue berkata...

salam...syahdu rase hati. alhamdulillah, akak dalam golongan yg terpilih merasai nikmt iman dan islam... rasenye lagi bagus akak cr guru agama..jakim mungkin boleh bantu. iqra tu pon bagus kak untuk akak belajar. insyaallah, xmustahil akak boleh mengaji satu masa nanti... akak cubelah...online bukan xbagus...kdg2...kite xberapa betul sebut makhraj huruf tu nanti....

shahrinabd berkata...

tks sue...betul jgak ek...kalo online tak de org nak tegur. syok sendiri je. Baru terpikir

etomyam berkata...

salamz...nak belajar elok berguru, kalau setakat nak dengar cara bacaan, boleh cuba di page saya di quran online ...Sheikh Khalil khusairi..

ZihNuN FaTiN berkata...

salam..saya kagum dengan akak berusaha untuk mendalami bacaan Al-Quran..

Akak cuba la cari guru untuk belajar..kalau dekat uia, ada kelas untuk org luar..org yang dah berumur pun de yg bljr..kalau akak dkt je dgn Gombak, boleh juga sy tanyakan kelas tu utk akak..=)

slm ziarah..=)

shahrinabd berkata...

@etomyam dah ziarah..time kasih infonya...

@Zinun Fatin time kasih dik...akak kat area kajang. Nanti kalo dah takde option lain akak kontek Fatin ye...

izzah berkata...

Alhamdulillah... didoakan semoga saudari sudah mula mampu membaca quran dgn tunjuk ajar guru agama ;)

Tanpa Nama berkata...

cuba buka tanzil.net

puan puteri berkata...

Assalamualaikum wbt...

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mana ianya adalah satu teknik MUDAH, CEPAT & MENYORONOKKAN! Program untuk Mei 2012 kini di tawarkan kepada segenap lapisan masyarakat bagi mengembangkan lagi pembelajaran belajar membaca Al-Quran dan mensasarkan agar lebih ramai masyarakat Islam negara ini untuk membaca Al-Quran yang merupakan kitab suci Islam yang menjadi pedoman hidup yang wajib diikuti.

Boleh daftar Segera!

YURAN :
KANAK2 4THN-16THN
PENDAFTARAN RM25. BULANAN RM50.

DEWASA 17THN KE ATAS
PENDAFTARAN RM40. BULANAN RM100

*PENDAFTARAN TERMASUK FAIL,BUKU,PEN

Kelas mengaji Al-Quran Teknik Al baghdadi di :

AL BAGHDADI LEARNING CENTER RASTA TTDI K.L

Sms uSTAZ fAIZAL : 013 3067442
sMS PUAN PUTERI : 019 6061378

hazim elias berkata...

salam, pernah dengar tentang quran pen reader/atau pen pembaca quran digital? saya ada supply untuk quran pen reader yg mendapat kelulusan KDN bersama warranty setahun hanya dengan rm160. untuk maklumat lebih lanjut, bolehla view blog saye www.quranandthenewtechnology.blogspot.com atau sms saye 012-3026773. semoga dengan mempelajari al-quran, kita sama2 mendapat pahala. terima kasih

USTAZAH PUTERI berkata...

PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK KANAK-KANAK,REMAJA DAN DEWASA INTAKE BARU :-

• KELAS MENGAJI TAMHID(ASAS) – KANAK-KANAK 4-7Tahun
• KELAS MENGAJI TAMHID(ASAS) – REMAJA 8-15Tahun
• KELAS MENGAJI TAMHID(ASAS) – DEWASA
• KELAS TAJWID REMAJA
• KELAS TAJWID DEWASA
• KELAS MENGAJI HAFAZAN & TALAQQI (KHATAM AL-QURAN)
• KELAS SMART SOLAT (TEORI & PRAKTIKAL)
• KELAS MENGAJI UNTUK SAUDARA BARU ( MUALAF)
( TEMPAT TERHAD UTK 12pelajar 1 kelas)

• KELAS MENGAJI UTK VIP & STAFF DI SYARIKAT ANDA
(TAKLIMAT PERCUMA DI SYARIKAT ANDA)

Yuran serendah RM50 SAHAJA !

Untuk keterangan lanjut. SMS 019-6061378

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN
AL BAGHDADI LEARNING CENTRE
RASTA TTDI

Tanpa Nama berkata...

Hi therе! Τhis іs kіnd
οf off topic but I nеed some help from аn established
blog. Is it hard to set up уοur own blοg?
Ι'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm thinking about ѕettіng up my oωn but I'm not sure where to start. Do you have any points or suggestions? Thank you

my webpage rocket spanish premium download

Tanpa Nama berkata...

It's awesome for me to have a web site, which is valuable for my knowledge. thanks admin

Here is my web site - www.rentzio.com

Tanpa Nama berkata...

Aftеr going over а handful of the
blog artiсles on your blog, I honеstly аρρreciate yоur ωaу of
wгiting a blog. I bοok marked it to my booκmark ωebpage list
and wіll bе chеcking back іn the near future.
Рlease cheсk out my wеbѕite too and tell me hοw you fееl.



my wеb blog Http://vancemelvin.Bligoo.com/styles-in-the-industrial-construction-industry

Tanpa Nama berkata...

When Ӏ originally commenteԁ I clickеd the "Notify me when new comments are added" chесkbox and now еach
time a commеnt іs adԁed I get fouг emails
with the same cοmment. Іs there any
ωaу you сan removе people from thаt serѵicе?
Thankѕ!

Fеel free to visit my webѕіte .
.. lake cumberland kentucky vacation rentals

faizul badri berkata...

Saya ingin cadangkan alat bantu tuk baca Quran dengan betul....
http://www.muslimchoices.com/?p=myqalam
Sekadar cadangan....