Ahad, 24 Januari 2010

Suka Branded Atau Tak Kisah?

Hehe....tadi aku dan adik pergi makan kat kedai makan yang banyak lauk. Namanya pun "Belauk". Sambil makan tu borak-borak ler dengan adik tu.

Aku tanya dia tak nak beli handphone baru ke, yang lebih update? Ye la...current handphone dia pun dah nak rosak je. Kadang-kadang tak kuar bunyi ringtone pun. Kalo mood dia baik, bunyik le dia. Dia kata tak kisah pasal teknologi ni semua. Yang penting ada function call and messaging. Huh...cam tak caye je dia tu adik aku..huhu...

Kalo aku, aku memang tergilakan trend-trend terkini.Walaupun aku tak mampu lagi nak beli I-phone or Blackberry, tapi impian aku, satu hari nanti aku memang nak beli. Wajib!

Adik aku kata dia cuma suke shopping baju je. Tapi dia tak suka yang branded. Yang RM30 kebawah je sebab boleh beli banyak. Kalo beli yang branded and budget ada RM200 je, berapa je boleh dapat. Maybe sehelai je? Tapi kalo harga RM30 and below boleh dapat banyak...

Aku boleh tersengih je...mengenang diri aku yang tak sehaluan. Dulu-dulu masa masih study aku pun macam dia jugak. Dalam sebulan mesti banyak beli baju, yang murah-murah tapi yang penting ada kaler merah. Samapi macam-macam gelaran aku dapat. Red riding hood, pricess red, lady in red and yang paling lucu sekali "lampu merah berjalan."Lepas dah kerja aku dah mula suka beli yang branded. Tak de la mahal sangat pun. Paling mahal pun Guess and yang paling murah kena carik kat kedai NIchii...kalo duit tak de pun aku simpan duit sampai duit cukup baru beli.

Tapi walaupun cam tu, aku ada satu lagi option. Aku redah kedai 'bundle' yang ada jual pakaian branded yang tak tau dah berapa hand dah. Mostly second hand la...Tak geli ke? Tak le....bole cuci, and mostly yang branded ni orang jaga baik-baik. Bila dah pakai, mana orang tau baju tu bundle, ye tak? Bole dapat RM10 je tau...kena pandai carik le...

Walau macam manapun, aku pun bukan le jenis gile shopping. Kalo ada duit lebih je. Tak macam sebilangan orang yang Biar Papa Asal Bergaya. Isk...isk...isk...

Aku tengah simpan duit nak beli digi camera yang baru. Brand apa yang paling bagus ek?

5 ulasan:

sebelas berkata...

NIKON saya cadangkan...

nursarah berkata...

camera digital biasa or DSLR?..

etomyam berkata...

salam, memang kita pun nak beli blackberry....tapi takat ni mampu ada blackcurrent jer hehehe. Kalau Digital camera...canon powershot orait pe...puas hati...kalau nak lagi ok...sambar DSLR terus Nikon D3000 ke..hehehe

merahjamboo berkata...

saya tk kesah branded ke tak...sama jugak,kalau yg murah boley banyak..heheh

xoxo
pja

shahrinabd berkata...

@sebelas Nikon mcm best, hari tu nampak kawan pye, sbb tue muncul impian nak beli digi cam neh

@nursarah I want DSLR...ur suggestion?

@etomyam jgn black aku rindu sayang kamu sudah...huhu...hmm, another vote for nikon

@merahjamboo ni mesti dah penuh lemari ye dak?