Ahad, 31 Januari 2010

Minta Maaf Sebelum Terlewat!

I'm not sure about this, tapi ada seseorang pernah bagatau kat akau or maybe aku pernah terbaca somewhere,

"Jika kita melakukan dosa kepada Allah, kita sentiasa boleh memohon ampun kepada-Nya, tetapi jika kita berdosa sesama manusia, maka kita haruslah memohon kemaafan pada insan tersebut"

Apa yang aku nak share kali ni ialah, no matter betul atau tak kenyataan di atas, itu adalah perkara yang wajib kita lakulan agar tidak merasa terkilan.

Perkara ini terjadi padaku semalam. Seorang sahabat lama call aku and bagitau ada seorang kenalan lama aku meninggal kerana kemalangan. Mula-mula aku tak berasa apa-apa aku ada pengalaman yang tak berapa baik Beliau. Pernah bergaduh-gaduh dan bermasam muka.

Tapi aku tersedar bahawa beliau telah meninggal tanpa sempat aku memohon maaf kepadanya tak kiralah aku salah atau tidak. Aku memang rasa terkilan. Ada juga terfikir sekiranya beliau masih hidup, mungkinkah aku akan memohon maaf kepdanya. Mungkin ya, mungkin tidak. Kerana kita manusia memang suka melengah-lengahkan perkara tersebut.

Aku rasa menyesal dan terkilan namun tiada apa yang mampu aku lakukan selain memaafkan kesalahannya padaku, sedekahkan al-fatihah dan mendoakan ketenangannya di alam sana.

Pesananku...tak kira macam mana pun sakit hati kita, bergaduh dan bermusuh, bukakanlah sedikit ruang untuk kita berdamai. Bukakanlah sedikit ruang kemaafan. Kerana mungkin suatu hari nanti kita tak sempat untuk memohon maaf. Mungkin kita yang pergi dulu? Atau mungkin dia yang pergi dulu? Buanglah ego...

Aku bukan insan sempurna...hanya pesanan sementara aku sedar, juga buat renungan di masa depan.

2 ulasan:

diden[+] berkata...

emm tbaik!

Tanpa Nama berkata...

belajar banyak