Rabu, 27 Januari 2010

Mungkinkah Aku Akan Menjadi Seorang Penyanyi?

Pernah tak you all tefikir suatu hari nanti anda jugak akan menjadi artis? Lebih-lebih lagi penyanyi? At least untuk masa sekejap je...maybe sebulan dua? Maybe jugak glemer meletop...Pernah tak terfikir tua-tua nanti pun bole pegang gelaran title artis baru?

Huhu...persoalan ni selalu bermain ni fikirankanku yang kuat berimaginasi ni tiap kali ada audition reality show yang baru, bukan yang baru saja, tapi jugak new season. Gangstars, My Star LG, Mentor, One in A Million, Bintang RTM dan yang pastinya yang paling ngetop Akademi Fantasia. Semua reality show yang mencari bakat baru menyanyi ni boleh dikatakan akan mengeluarkan season baru setahun sekali.

Aku faham orang Malaysia ni berpuluh juta. Tapi kalau dah tiap-tiap tahun di adakan pertandingan ni, mungkinkah satu hari nanti kita akan terlibat sama, bukan hanya sebagai penonton? Silap-silap keluar pulak reality show baru mencungkil bakat nyanyian. Ye lah....sume station tv mesti nak untung jugak kan...

Aku bukannya anti dengan reality show ni semua...malahan aku rajin jugak memfollow cuma aku takde lah mengundi SMS. Sebabnya...aku dah bayar bil letrik bil astro cukupla. Nanti diorang menang pun bukannya nak bagi duit kat aku, entah-entah buat perangai kontroversi sana sini. Tak ke kecewa? Tapi aku faham dengan those yang mengundi orang yang dikenali seperti kawan-kawan, orang sekampung, geng sekolah dulu-dulu....Mestila nak support kan.

Berbalik pada persoalan di atas ( cewahh...macam buat surat rasmi) mungkinkah you all yang tak de bakat atau suara yang sedap sangat macam aku ni akan pergi audition reality-show2 tersebut in the future? Kalau dah semua yang berbakat jadi penyanyi, mesti satu hari nanti akan tinggal yang bakat tak seberapa tapi tetap jugak tv2 ni nak buat untung kan....Adakah you all akan mengambil peluaang ini? Glemer sekejap pun jadik la...

Mungkinkah aku akan pergi jugak? Mungkinkah aku akan jadi penyanyi jugak? Sebab aku dah ready ngan lagu fevret aku sejak bertahun yang lalu. Cuma aku sedar sore aku sesuai untuk pecahkan bilik mandi je...




Sape penah gi audition?

Sape plan nak pegi audition AF8 tahun neh? kalo ada gitau la...nanti aku tolong promote gile-gile


4 ulasan:

Nazz berkata...

Aku ni.. confirm tak leh jd penyanyi.
Klau aku jd penyanyi.. org panggil penyanyi bomoh hujan plak.
Tp kalau suruh mengaji... insyaallah.. (hui berlagak plak)

shahrinabd berkata...

@Nazz sealiran le tu kot..

~ ReD ~ berkata...

hihi..try ajer.. berjaya @ x, blkg kira.. yg penting ada pengalaman..;)

shahrinabd berkata...

yg penting masuk tv kejap..kan..kan..kan..