Khamis, 21 Januari 2010

Apa Anime Yang Paling Anda Suka?

Oh...aku bukanlah peminat anime sangat tapi sekali sekala aku menengok jugak kat tv3 sebelum berita kol 8 malam. Bukannya aku tak suka cuma tak cukup semangat untuk menjadi pengikut tegar. Tapi ada antara kawan-kawan aku memang gila anime sangat2. Aku puji betoi, sebab penuh external hard drive dia yang 80gig dengan anime, kena beli yang baru pulak. Tak cukup ngan anime, dia gila manga jugak (anime ngan manga ni benda yang sama ke? aku pun tak pasti...). Aku tak paham, tapi aku puji kesungguhannya.


The first and the last time and the only anime yang aku beria-ia tengok ialah FullMetal Alchemist. Itu pun dalam 5 tahun yang lepas kot, masa masih student lagi. Boleh dikatakan my favorite jugakla...tapi memandangkan ini la satu-satunya yang aku nengok, tak leh la nak kata favrite, sebab tak dibandingkan dengan yang lain-lain. Anime yang satu ni aku tengok dari episod 1 sampai habis dalam masa 2 hari dengan tido yang tak berapa nak cukup sebab tak sabar nak tengok lagi dan lagi. Sumbernya, dari kawan aku yang tersebut diatas ler...

FullMetal Alchemist kira sangat best sebab citenya mampu buat aku nangis, sampai kalo aku teringat pon aku tergelak pikirkan camana pulak aku leh nangis nengok cite yang bole dikatakan katun nih...

Aku teringin jugak nak follow cite Naruto, Bleach, Detective Conan and DragonBall yang gile glamer nie. Sebabnya, aku pikir, kalo cite ni tak best kenapa ramai sangat yang minat. Aku ni memang kadang-kadang terfollow-follow dengan trend terkini except for fashion, aku memang outdated sikit. Cuma hajat tu tak kesampaian sebab aku rasa macam aku dah ketinggalan nun jauh dibelakang. Sume Anime yang diatas tu dah main kat tb sejak aku skolah menengah lagi. Sekarang pon aku dah kawen. Tercungap le aku kalo nak mengejar.

Satu lagi yang aku suke pasal anime ialah pompuannye comey2 belaka and lelakinya hemsem-hemsem. Susah nak carik muka cam tu kat dunia yang nyata. Haha....Agak-agak ada tak orang lain yang suke anime atas sebab yang sama macam aku ni ek?

Apa agaknya Anime yang paling best sekarang ni? Kenapa agaknya ia sangat best? Boleh ke orang Malaysia buat anime yang best jugak? Adakah Upin dan Ipin itu satu anime yang best?

Hehe....apakah..kenapakah aku merepek...

XOX

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka :

- Naruto
- Bleach
- Eyeshield 21

rizputra7 berkata...

aku layan..
-naruto
-bleach
-fullmetal

joegrimjow berkata...

dragonball
apa lagi
hohohohoho

shahrinabd berkata...

eyeshield 21? x penah dengo pun..nk kena jenguk nih

mie berkata...

amaenaideyo....
best gak kartun ni....
lgpun cuma de 2 season je....

Unknown berkata...

http://kuehtart.blogspot.com/2009/12/siapa-kata-aku-tak-layan-manga.html

Unknown berkata...

shakugan no shana..XD

missshoji berkata...

shingeki no kyojin paling best :)