Khamis, 28 Januari 2010

Diari Buat Sahabat Tersayang

"hari ini nini pergi kelas macam biasa. dari bangun tido lagi
nini dah nampak muram.walaupun malas nak pegi kelas nini pegi jugak
sebab kuota ponteng kelas dah habis. Dalam perjalanan ke kelas nini
terserempak dengan a'aa, ex-bf nya. A-aa nampak bahagia je dengan
awek terbarunya zati. Nini memang sakit hati. Nini rasa sedih sebab dia belum
ada pengganti. Nini sedih sebab A-aa dah ada gf baru. Nini buat tak nampak je.
Tapi di hatinya Nini memang sakit hati.

Hari ni Nini puas sebab assignment dah siap, tunggu nak hantar je. malam ni bolehlah
nini tidur awal sebab semalam tak cukup tidur. Nini nak mimpi indah-indah. Nini nak
............................................"


kat atas tu bukan diari aku, tapi diari yang aku tercuri tengok masa student dulu. tak sengaja ternampak. hari ni aku teringat akan kisah lucu ni membuatkan aku tergelak sorang-sorang. Bagi aku kejadian ni memang sangat lucu. Sebab setahu aku diari adalah coretan peribadi seseorang tentang apa luahan perasaannya dan apa je yang berlaku dalam hidupnya setiap hari.

Tapi diari kat atas (bukan nama sebenar dan bukan coretan asli) memang sangat lucu sebab ada sorang teman aku yang sangat obses dengan seorang gengnya yang memang cantik menulis diari tersebut tentang kawannya tu. Aku tak sengaja tertengok, sumpah! Tapi masa tu aku nak pinjam laptop dia and secara kebetulan dia lupa nak tutup diari tersebut and curiosity membuatkan aku terus membaca dan membaca. Hik-hik...I'm very sorry..tapi sudah fitrah manusia bersifat ingin tahu.

Dalam diari tersebut memang tak de langsung cerita tentang dirinya, sebaliknya penuh tentang cerita tentang 'sahabat tersayangnya' itu. Yang membuatkan aku rasa pelik, macam mana dia boleh tau setiap perasaan sahabatnya itu and every details of what she did walaupun kadang-kadang ada hari yang diorang tak de bersama?

Ini macam punya olang pun ada ka....itu yang terlintas di fikiranku masa tu. Walau apapun, dia punya diary dia punya pasal la...

Cuma maybe file name tu patut tukar dari "My diary" kepada "My Dearest Friend Diary" hehe...

Oopss...aku bukan nak ngumpat. Cuma aku teringat. Lagipun kawan tu dah lama tak jumpa and terindu pulak but tak tau kat mana nak carik.

2 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Hahahaha.. Comel jek.. Blh lak orang tulis diary tapi bukan psal diri sndiri.. Hik hik.. Obsession kah? Ngee..

amal berkata...

hehehehe..boleh pulak macam ni ye..dia PA si Nini tu kot..hehehe..kelakar :D