Jumaat, 22 November 2013

Scam! Scam! Scam!

Seperti yang kita semua tau ada banyak cara cari duit online ni. Ada ads network, ada ppc, ada dropship program, malahan MLM pun sekarang dah semakin banyak menggunakan internet dimana. Boleh juga buat duit dari program seperti website seperti clickbank, ebay dan amazon. Bagi yang ada kepakaran boleh buat ebook dan jual. 

Pasaran sentiasa ada. Pembeli sentiasa anda asalkan anda tau mensasarkannya. Tambahan pula pengguna internet semakin ramai dan bertambah dengan didukung oleh kemajuan prasarana IT masa kini. Bukan sahaja di Malaysia malahan secara global. 

Melihat senario ini, maka semakin banyak cara untuk menjadi kaya hanya dengan mrnggunakan internet dan komputer anda. Tapi, hati-hati. Dalam gelojoh kita mencari dan mengejar rezeki sampingan ini, jangan sampai kita terpedaya.Terdapat banyak program yang ternyata hanyalah penipuan ataupun scam. 

Terdapat ramai orang-orang yang bijak dengan kepakaran m ereka sendiri yang menangguk di air yang keruh melihat bertambahnya pengguna internet dan kemajuan dalam online transaction ini. Mereka membina website, membina program, membuat video yang menarik untuk mengajak  pengguna internet untuk menyertai program mereka.

Tak dinafikan banyak program atau peluang bisness yang legit atau sah. Namun banyak juga yang tipu. Oleh itu, kita sebagai pengguna hendaklah lebih berjaga-jaga sebelum melakukan transaksi supaya tak rugi wang ringgit nanti. Malahan jika program itu free pun kena check betul-betul dulu supaya tak kerugian in term of masa yang anda buang dalam program tersebut.

Satu tips yang hendak saya kongsikan adalah setiap kali kita hendak melakukan transaksi atau join mana-mana ptogeam sebaiknya bertanyalah fulu pendapat uncle google. Sekarang ni dengan banyaknya pengguna internet macam-macam maklumat ada di intetnet. Malahan jika sesuatu itu scam, google saja pesti ada orang yang mengulas dan memberi amaran pada orang lain tentangnya. Tapi jangan pula hanya lihat satu komen saja. Cari dan cari lagi. Kalau ada lebih banyak mengatakannya legit maka mungkin berbaloi untuk mencubanya. Tapi kalau lebih ramai mengatakannya scam maka sebaiknya batalkanlah niat tu.

Dalam post-post yang seterusnya mungkin saya akan memberi contoh scam tersebut. Just stay tune with me atau be my follower.

Beransur dulu ye....

0 ulasan: