Ahad, 17 November 2013

Pepatah Untuk Hidup Aku

Bukan senang nak senang.
Bukan susah nak susah.

Ya betul! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Impian tanpa usaha hanyalah angan-angan belaka.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Takkan lari gunung dikejar. kejar je tapi jangan lupa untuk sensitif dengan keadaan sekeliling.

Satu kebohongan akan membuka jalan untuk lebih banyak lagi pembohongan. Makanya jujurlah walau pun akan menyakitkan, kerana kalau berbohong sekali kita akan terpaksa berbohong lagi untuk cover bohong yang sebelumnya.

Panjat tinggi pelan-pelan, nanti kalau jatuh tak sakit sangat. Mengejar impian setinggi gunung hendaklah dimulakan dengan rancangan yang teliti. Jangan terlalu tamak haloba dan gelojoh sehingga minda hanya melihat yang baik-baik saja tanpa sedar ia mungkin akan merosakkan kita. So panjatlah dengan berhati-hati.

Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Oh no! I don't like this one.

Anyway...saya nak aktif berblogging lagilah....

Next post coming soon. Insyallah...

0 ulasan: