Selasa, 26 November 2013

Domain dan Hosting



Dah bertahun pakai blogspot ni. Sejak dua menjak ni teringin sangat nak ada domain dan hosting berbayar. Pening kepala hotak memikirkannya. Yela...dengan budget yang tak seberapa memang kena buat banyak search untuk menemui hosting yang terbaik dan termurah. Terbaik dan termurah saja tak memadai. Nak juga dapat hosting yang berkualiti, reliable dan ada support team yang boleh membantu bila-bila masa diperlukan. 

Hmm...seperti biasa bila buat searching sebelum pembelian sesuatu ni kenalah tengok review atau ulasan user yang lain kan. Kalau tengok ulasan tokey webhosting tu memangla dia bagi ulasan yang baik-baik je. So kena cari ulasan pengguna sebenar yang hanya pengguna bukannya affiliate atau agen mereka. Maka timbullah cacat celanya disana  sini. Baru je berkenan dengan yang ini, ada pula feedback yang kurang menarik. Hmm....

Tapi rasanya dalam bulan ni nak selesaikan juga masalah ni. I want my dotcom domain name and new hosting! Must must must!  Lepas tu baru boleh melangkah ke step seterusnya.

1 ulasan:

Blogger berkata...

Bluehost is definitely the best website hosting provider for any hosting services you might require.