Isnin, 25 November 2013

Lee MIn Ho - The Inheritors dan The Great Doctor

Agaknya bulan ni memang bulan Lee Min Ho kot. Kat OneHD je ada 2 drama lakonan beliau yang tengah main iaitu The Inheritors dan The Great Doctor.Tak kenal siapa Lee Min Ho? Tak kenal rajin-rajinlah godek kat wikipedia ni.Sebenarnya dulu pernah nengok dia berlakon drama Boys Over Flower tapi masa tu tak delah minat sangat. Tapi sejak sekarang ni aku melayan chanel OneHD je, maka timbullah benih-benih suka pada aktor korea yang ganteng itu. 


Drama The Inheritor memang tengah ngetop sekarang ni. Main kat astro malam rabu dan khamis pukul 9 malam. Siapa yang tak tengok lagi silalah tengok. Cite ni best, cite cintan cintun. Yang tak bestnya kena tunggu lagi for next week. Kalau boleh nak sekali harung je. Download? DVD? Pasti boleh tapi aku pun bukannya ada masa sangat. Hihi. Kebetulan pukul 9 malam waktu aku dah melabuhkan sayap kepenatan. Masa  untuk berehat.



Drama The Great Doctor pun best  juga. LMH berlakon sebagai jeneral diraja Choi Young dalam drama ni. Maka terserlahlah kesatriaannya. Haha...drama ni dah pernah main sebelum ni tapi tak tengok sebab bila tengokkan drama ni yang agak epik kurangla minat sikit. Sehari tu dah tak de benda sangat nak tengok aku layankan je satu episod. Kebetulan episod 2. Eh...bestla drama ni. Cinta pun cinta jugek tapi banyak juga scene yang sedih. Drama ni lebih kurang tentang time travel sorang doktor bedah plastik ke zaman silam. Kata zaman yang mana masa tu dinasti yuan sedang berkuasa, si doktor ni pula disangka tabib dari kayangan. Drama ni main pukul 6.30 petang every weekdays. Memang ngam la dengan yang lain sinetron Saranghae kat TV9 tu. Hehe...Tapi bisanya aku tengok siaran ulangan pukul 11.25 pagi esoknya sebab kebetulan time bagi si Adam mamam. Nak tau lebih lagi, nonton le...

Sebenarnya banyak lagi drama korea yang tengah best sekarang ni. So apa lagi...yang tak de astro tu cepatlah subscribe. Sekarang ni kan chanel One ni dah free. Sebelum ni yang free cuma chanel KBS je. Nak lagi terang, upgrade lah ke astro beyond. Hehe...aku bukan agen astro ye...jangan marah. Aku pon paham astro ni slalu takde siaran time hujan. Nak-nak pula sekarang ni musim hujan.

0 ulasan: