Selasa, 20 April 2010

Thank You...I Hate You..

Hari ni syaitan bersorak menang kerana berjaya menghasut aku menyimpan rasa marah, nak mengamuk dan segala macam perasaan yang jahat sehingga semua yang aku kerjakan menjadi tidak ikhlas. Hasilnya....zero pahala and so many dosa...haha...

Malu aku bila memikirkan kekalahan aku itu. Mujur aku sempat berfikir dua tiga kali. Ishh...ini permainan syaitan. Really? Atau memang salah aku sendiri? Arrgghh.....

Sesungguhnya tekanan seminggu dua ini membuatkan aku kurang kesabaran.

Namun akhirnya aku mampu membawa diri bermuhasabah. Ya...insan yang aku marah-marah, rasa geram dan rasa nak benci itu adalah seorang insan yang dulu hingga kini sentiasa ada disisi menghulur bantuan saat aku memerlukan. Insan itu dulu pernah aku coretkan namanya dalam diari bahawa aku tidak akan melupakan jasanya sampai bila-bila pun.

Mudahnya aku melupakan itu semua hanya kerana sedikit perselisihan faham. Mudahnya...

Kakak...maafkan aku....mahu saja aku ungkapkan kata-kata itu padanya saat ini, cuma aku punya ego yang sukar dikalahkan. Hmmm...

Tapi takpe...esok aku buatkan dia milo tanda damai. Insyallah...semua permasalahan ini selesai.

0 ulasan: