Sabtu, 6 Ogos 2011

Sabtu Yang Mulia...

Ooh...dah sebulan lebih tak keluar rumah, keluar shopping sebab tengah berpantang and masih was was nak bawa baby keluar. Maklumlah tak biasa. Takut dah keluar nanti dia nangis kat shopping complex, atau meragam. Arrgh...jenuh nak memujuknya nanti. Kena berguru ni, berguru ilmu bawa baby keluar rumah. Apa persediaannya? Baby baru sebulan selamat ke bawa keluar.

Sebulan pertama menjadi ibu terasalah diri sangat comot dan selekeh. Arrgh...semalam bawa baby keluar round2 kejap sebab nak pick up adik kat mid valley. Tapi dok dalam kereta je la. Masa keluar tu pun x bersiap kemas-kemas sebab fikir tak pe je comot sebab dok dalam kete je. Tapi bila difikir-fikir, dulu-dulu masa masih belum ada baby tak de la macam ni. Keluar kedai runcit kat bawah pun mesti nak kemas. Bukanla nak make up ke, apa ke. Tapi yang penting kemas.

Ooh...janganla perangai ni berlarutan. Tak nak comot-comot dan selekeh. Tak nak jadi tabiat nanti mr. hubby malu nak bawa keluar. Hello.....my hubby memang sayang me ok....tapi kita tetap kena rapi. Mr Hubby boleh je kata tak pe kalau tak sempat, tak pe kalau selekeh, kita tetap cantik dan dia tetap sayang. Tapi kita sebagai pompuan tetap kena maintain. Tak payah la melawa bagai diva. Asal sedap mata memandang sudah.

Pengajaran buat diri juga., Next time nak keluar kena ambil masa sikat dan ikat rambut betul-betul. Apply bedak kat muka and also lip balm. Itu asasnya. Tak mengambil masa lama pun kan.

Okay mommies...siapa ada tips persedian bawa baby keluar jalan-jalan sila share okay...

1 ulasan:

mknace unlimited berkata...

preparation kena lengkap beb.. biar ada semua barang, walau orang perli nak pindah ker.. hehehe

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited