Khamis, 4 Ogos 2011

Lahirnya Adam

Yeah....pada 5 julai 2011, permata hatiku telah selamat dilahirkan. Mohamed Adam Shahiran nama diberi. lahir 2 minggu awal dari tarikh yang dijangkakan. Alhamdulillah, semuanya selamat, normal, anakku juga comel.

Sekarang sudah 4minggu Adam dirumah. Membawa seri pada kehidupanku dan suami. Alhamdulillah juga setakat ini Adam sihat belaka, tiada masalah. Cuma aku masih dalam proses menyesuaikan diri. maklumlah, anak sulung. Mak dan ayah jauh di Sarawak, mak ayah mertua pula sudah tiada. Yang menjadi tempat berguru hanya lah Pak cik Google dan Mak Cik Facebook. jauh disudut hati teringin sangat kalau ada mak disisi mengawasi. Bukan hendak menyusahkan mak, tapi ingin rasanya mendapat perhatian mak pada masa ini. Mendengar petua-petuanya.

Sangat sibuk hingga tak de masa nak upload gambar Adam sayangku. Insyallah, suatu hari nanti blog ini akan dihiasi wajah Adam. Kena pandai mencuri masa untuk online. Maklum sekarang aku sensorang bersama Adam dirumah sementara suami keluar mencari nafkah. Waktu malam pula tidur awal mengikut jadual si baby. kalau tidak memang takkan cukup tidur. Penat dan mengantuk tidak terasa setiap kali menatap wajah lugu permata hatiku.

Alhamdulillah...aku dapat merasa nikmat mengandung, melahirkan dan juga menjadi seorang ibu. Alhamdulillah....

3 ulasan:

sayaidaydotcom berkata...

Tahniahhh,,dah jadi ibu,,hehe

semoga Adam sihat-sihat,,tak lupa pada ibu adam,,hehe,,

amal berkata...

tahniah! :)

shahrinabd berkata...

thanks iday and amal....Insyallah