Khamis, 26 Disember 2013

Hei....Apa Benda Dalam Air Ni? Mari Kita Lihat Dengan Lebih Dekat.Apa?!

Jika anda terbang di atas air dan memandang ke bawah dan melihat suasana ini, anda mungkin tidak akan tahu apa yang perlu fikirkan. Sehinggalah anda sama ada terbang lebih rendah lagi atau menggunakan teropong.

Itulah sebenarnya apa yang berlaku di atas Tasik Nakura di Kenya. Apabila melihat lebih dekat dan lebih dekat lagi,realiti yang sebenarnya sungguh wow dan awesome!

kelihatan seperti tumpahan minyak berwarna merah jambu

tapi bukan...

sekejap

adakah itu...

tak mungkinlah....




betul tu...


apa yang anda lihat adalah sekumpulan burung flamingo


Jumlah yang sangat-sangat banyak


dengan jumlah sebanyak itu flamingo mungkin boleh menawan dan mengausi dunia. LOL


Apa yang mungkin anda tak tahu tentang flamingo ialah kadang-kadang mereka berkumpul dengan koloni mereka untuk mendapatkan alga kegemaran mereka di dalam air.Adakalanya ia boleh terdiri daripada beribu-ribu atau berjuta-juta burung flaminggo. Hanya melihat susana indah ini akan membuatkan anda terpesona, kagum dan memuji kebesaran Allah.

Sumber: http://www.reddit.com/

Begitulah rupanya apabila 1.5 juta flamingo berkumpul bersama-sama disatu tempat. merah jambu.

0 ulasan: