Isnin, 12 Julai 2010

Sharing...

Kecewa itu datang bilamana kita terlalu berharap akan sesuatu yang kita sangka mudah untuk kita capai. Oleh itu janganlah terlalu berharap. Berserahlah, tawakal setelah usaha..

Kecewa boleh membawa banyak perkara buruk. benci mebenci, dengki mendengki...maka seeloknya ikhlaskan lah hati dalam setiap perbuatan. ikhlaskan agar kita tidak lagi berharap dan tidak kecewa. Jika memang rezeki kita, ia takkan kemana.

Allah yang maha yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika kita tak memperolehi apa yang kita inginkan, ia mungkin bermakna ia bukanlah apa yang baik buat kita. Allah itu Maha Halus, dari sekecil-kecilnya perkara, semuanya telah disusun buat kita. Jadi janganlah kecewa, kerana kekecewaan itu tidak ubah seperti memarahi takdirNya yang maha mengetahui dan maha Pencipta.

0 ulasan: