Rabu, 7 Julai 2010

Happy 3rd Anniversary!!

Syukur Alhamdulillah...hari ini genap 3 tahun hubungan aku dan Mr. Hubby. 3 tahun kenal dan 2 tahun melalui alam perkahwinan bersama. Alhamdulillah...cinta masih hangat, malah lebih hangat dari dulu. Alhamdulillah, persefahaman masih kuat dan Alhamdulillah makin banyak perubahan yang berlaku, perubahan ke arah hidup yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah...

Moga tahun mendatang hubungan ini masih utuh, den semoga Allah sentiasa merahmati kami. Semoga dikurniakan dengan cahaya mata penyeri rumah tangga. Semoga cinta ini kekak hangat, semoga semuanya baik-baik belaka.

Semoga di tahun-tahun mendatang segala impian tercapai. Dan semoga aku dan suami menjadi insan yang lebih baik. Beriman dan Bertakwa kepadaNya....

Amin...

0 ulasan: