Ahad, 9 Mac 2014

Jom Doakan Penemuan dan Keselamatan MH370


Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Maklumat tentangnya ada dimana-mana dan ramai juga bloggers yang post mengenainya. Malahan media massa dan cetak juga sekarang sibuk untuk membuat liputan tentang kejadian menyedihkan ini. JAdi, malas nak cerita panjang, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan semua penumpang serta anak kapal MH370 ini. MArilah juga kita semua tak kira bangsa dan agama bersangka baik dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan memburukkan keadaan. Berhati-hatilah kita mengeluarkan sebarang komen atau kata-kata kerana perkara ini sangat sensitif. Letakkan diri kita di tempat ahli keluarga atau kenalan isi kapal MH370 ini.

Untuk berita terkini dan sahih, kita boleh ikuti saluran seperti RTM1, Astro Awani, RTM3 yang membawakan berita dari semasa ke semasa. Press conference juga akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memaklumkan berita terkini tentang proses mencari dan menyelamat MH370 ini. 

Semoga semuanya selamat tak kira dimana sahaja mereka berada. Selamat berhujung minggu dan jangan lupa memanjatkan doa untuk penemuan MH370 dalam keadaan selamat.

1 ulasan:

hailey berkata...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey