Isnin, 17 Februari 2014

Dalam hidup ini yang terindah

Menjadi dewasa dan seorang isteri dan ibu, semakin banyak yang aku pelajari tentang hidup. Patutlah orang selalu kata "aku lebih banyak makan garam dari engkau" pada orang yang lebih muda. Baru sedar betapa banyaknya kesabaran oarang tuaku membesarkan dan sedaya upaya cuba mendidik aku agar menjadi orang yang baik. Kenapa ibu bapa nak kita jadi orang baik? Sebab mereka nak kehidupan yang baik untuk kita. Lebih baik dari kehidupan yang mereka lalui. Ibu bapa kita sudah melihat yang baik dan buruk. Mereka juga mahukan yang baik-baik belaka, tapi terhalang oleh itu dan ini. Jadi mereka cuba mendidik kita sebaik yang mungkin agar kita tak melalui yang buruk-buruk. Ibu bapa mana yang tak sayang anak. Ada sebab mengapa mereka bertegas dan ada sebab mereka berlembut.

Kesimpulannya, tolonglah hormat orang tua kita. Pengorbanan mereka tak terkira banyaknya. Dari kita dilahirkan, sampailah kita pandai baca blog ini itu dan ini. Jangan kurang ajar. Jangan tinggikan suara pada ibu bapa. Jangan memaksa kehendak. 


0 ulasan: