Khamis, 28 Oktober 2010

Kursus Intensif Saudara Kita (MAIS)

Alhamdulillah, akhirnya selamat dan berjaya mengharungi kursus asas saudara baru yang di anjurkan oleh MAIS. Kursus ini merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh mualaf yang memeluk agama Islam di Selangor untuk mendapatkan Kad Islam yang kemudiannya akan memudahkan proses menukar kad pengenalan.

Memalukan bila mengenangkan selama ini aku tertangguh-tangguh nak pergi kursus ni kerana takut dan bimbang. Bimbang gagal meneysuaikan diri, bimbang tiada kawan, bimbang kerana ada teman-teman yang memberikan ulasan yang negatif. Kononnya kursus ini turut dihadiri oleh golongan yang ditangkap atas kes-kes sosial.

Tapi ternyata semuanya silap sama sekali. Sebaik sahaja sampai di tempat menunggu bas yang disediakan oleh MAIS, aku terus dapat kawan-kawan baru. Secara logiknya, semua mereka yang datang pun mencari teman baru. Bila sampai di Warisan Sembilang, Pantai Remis aku sudah senyum lebar. Mengenangkan kejayaanku meneguhkan niat untuk hadir.

Dan secara keseluruhannya, kursus ini langsung tidak menyusahkan, malahan sangat bermanfaat buat saudara baru. Para fasilitator, ustaz dan usatazah juga sangat peramah dan banyak mebantu dan tidak menyukarkan keadaan. Malahan kebanyakan fasilitator adalah dari golongan mereka yang pernah bergelar Mualaf (Mualaf di negeri Selangor adalah mereka yang baru memeluk agama Islam dalam tempoh 5 tahun dan definisi Mualaf berbeza-beza di setiap negeri.)

Aktiviti-aktiviti yang disediakan juga amat bermanfaat dan menyeronokkan. Aktiviti bermula dari solat subuh berjemaah hinggalah ke ceramah ceramah dan minum malam yang berakhir pada pukul 10 malam). Cuma para perserta agak terkejar-kejar kerana kesuntukan masa kerana tempoh kursus yang terlalu singkat sedangkan begitu banyak program yang diadakan. Boleh dikatakan 5 hari terlalu singkat untuk meliputi banyak topik. Dan asrama yang disediakan juga agak padat kerana kebetulan kursus ketika itu disertai oleh ramai Mualaf. Disitu juga aku mengucapkan syukur yang tak terhingga melihat ramainya insan-insan yang telah diberikan hidayah untuk mengenali agama yang benar ini.

Dan, ya...aku pasti akan menghadiri kursus lanjutan saudara baru yang akan diadakan pada Februari tahun depan, Insyallah. Rasanya terlalu banyak yang perlu aku pelajari lagi dan sesungguhnya terasa begitu cetek pengetahuanku setelah menghadiri kursus asa tersebut.

Jadi buat para Mualaf diluar sana, pesanan ikhlas dariku, jangan takut untuk menghadiri kursus tersebut kerna sesungguhnya banyak yang boleh dipelajari dan sesungguhnya ia tidak menyushkan langsung. Dan tiada kos yang perlu dibayar. Semuanya free, makan 6 kali sehari. Boleh mengenali sesama Mualaf yang mana aku rasakan penting buat para Mualaf agar dapat saling bertukar fikiran.

Niatkan dalam hati untuk hadir, Insyallah akan dipermudahkan segalanya buat kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam... sy nak tanya, kita pg kursus kat mais tu kita ke yang kena handle sendiri or kena tanya orang yg uruskan permohonon pengislaman kita? biasanya bile mais keluarkan jadual sebab sy check kat website still ada yg 2008. lagi satu, berapa lama lepas kita pergi ke kursus tu kita dapat kad islam kita? thanks..
wasalam

shahrinabd berkata...

Ooopss...maaf tak perasan soalan ni.
Sorry kalau lambat menjawab. Gini ye...nak pergi kursus tu boleh call ke MAIS bahagian yang uruskan saudara baru atau terus tanya pasal kursus tersebut. Biasanya jadual akan diberikan melalui email, jika cik/tuan request dari yang menjawab telefon itu.

habis je kursus tersebut, maksudnya pada hari terakhir sebelum masing-masing balik ke rumah, cik/tuan terus dapat kad Islam tersebut. kad tersebut kemudian boleh di bawa ke JAbatan Pendaftaran untuk tukar ke IC baru.

Maaf kalau terlewat..

Tanpa Nama berkata...

Saya nak pergi ikut Kursus tu tapi saya langsung tak tahu cara2 sembahyang,saya sudah masuk Islam sebulan

Unknown berkata...

Kursus fardhu ain diadakan berapa hari

Unknown berkata...

Kursus fardhu ain diadakan berapa hari