Ahad, 31 Januari 2010

Minta Maaf Sebelum Terlewat!

I'm not sure about this, tapi ada seseorang pernah bagatau kat akau or maybe aku pernah terbaca somewhere,

"Jika kita melakukan dosa kepada Allah, kita sentiasa boleh memohon ampun kepada-Nya, tetapi jika kita berdosa sesama manusia, maka kita haruslah memohon kemaafan pada insan tersebut"

Apa yang aku nak share kali ni ialah, no matter betul atau tak kenyataan di atas, itu adalah perkara yang wajib kita lakulan agar tidak merasa terkilan.

Perkara ini terjadi padaku semalam. Seorang sahabat lama call aku and bagitau ada seorang kenalan lama aku meninggal kerana kemalangan. Mula-mula aku tak berasa apa-apa aku ada pengalaman yang tak berapa baik Beliau. Pernah bergaduh-gaduh dan bermasam muka.

Tapi aku tersedar bahawa beliau telah meninggal tanpa sempat aku memohon maaf kepadanya tak kiralah aku salah atau tidak. Aku memang rasa terkilan. Ada juga terfikir sekiranya beliau masih hidup, mungkinkah aku akan memohon maaf kepdanya. Mungkin ya, mungkin tidak. Kerana kita manusia memang suka melengah-lengahkan perkara tersebut.

Aku rasa menyesal dan terkilan namun tiada apa yang mampu aku lakukan selain memaafkan kesalahannya padaku, sedekahkan al-fatihah dan mendoakan ketenangannya di alam sana.

Pesananku...tak kira macam mana pun sakit hati kita, bergaduh dan bermusuh, bukakanlah sedikit ruang untuk kita berdamai. Bukakanlah sedikit ruang kemaafan. Kerana mungkin suatu hari nanti kita tak sempat untuk memohon maaf. Mungkin kita yang pergi dulu? Atau mungkin dia yang pergi dulu? Buanglah ego...

Aku bukan insan sempurna...hanya pesanan sementara aku sedar, juga buat renungan di masa depan.

Jumaat, 29 Januari 2010

Fake I-phone and Melilea

Ngeh..ngeh ngeh...aku sangat happy semalam sebab ada dua benda yang buat aku happy and of course seorang insan yang membuatkan aku sangat le bahagia. Sape lagi kalau bukan My Hubby..

Oopsss...bukan nak mengada-ngada. tapi semalam aku rasa happy sebab finally hubbyku beli jugak Melilea Greenfield Organic. Ni hasilnya selepas 2 bulan aku memaksa.

melilea greenfield organic

Tidak! Bukan sebab aku ni suka merengek...tapi aku risaukan dia yang selalu sakit badan and berat badan pun dah bertambah. So, bagiku inilah dia solution yang paling tepat. Puas dah aku paksa dia beli tapi degil sangat until aku cakap kat dia, belikan untuk aku barulah dia belikan. Huh...my hubby ni memang liat sangat nak beli something untuk diri sendiri.

I'm not a good seller tapi apa yang aku boleh katakan, I beleive in this product, sebab aku pernah cuba. Ia selamat and also jelas memberikan kesan yang baik pada tubuh. Kalau nak kurangkan berat badan pun, memang ni jugak la solution yang paling selamat. Takde side effect kecuali selalu buang air besar yang menunjukkan proses detox sedang berjalan. Kulit pon jadi cantik dan lebih cerah. Salah satu kesannya yang tak tertulis pun kat katalog is, kalau rabun-rabun pun mata akan lebih jelas pandangannya kalau selalu minum. Aku tak tipu...

Sebab Melilea ni dihasilkan dari campuran lebih dari 20 jenis sayuran, bijiran dan herba, maka dengan jujurnya aku katakan rasanya sangatlah tak sedap. Untuk menyedapkannya bolehlah beli Organic Soya Drink nye sekali. Other alternatives, boleh campur ngan jus and also honey.

Aku join Melilea ni daru tahun 2004 tapi for my own use la, tak pernahla pulak jual-jual. For mo info boleh jenguk Melilea.com. Nak tanya aku, boleh jugak but base on two product yang aku dah cuba je which is Melilea Greenfield Organic and Organic Soya Drink.

Another reason for being so happy is, hubbyku jugak belikan aku handphone baru. Huh! Terkejut beruk aku dibuatnya sebab tak pernah pulak aku menyuarakan keinginanku untuk beli phone baru except for my dream nak beli I-phone or Blackberry suatu hari nanti which is not now.

So, he bought me Sciphone i68, yang merupakan fake i-phone buatan China. Cis!!!!....aku macam nak marah pun ada jugak, sebab bagi aku macam membazir je. Lagipun baru last week ada baca blog someone pasal Fake i-phone yang dia beli kat karnival handphone yang hanya bertahan dalam seminggu.


Sciphone i68


I still love my old LG Shine yang mana sekarang kat tangan adik aku sementara aku pakai sony ericson dia yang agak 'bawel' sebab bateri cepat sangat habis and also problem-problem lain yang aku ada cakap on my post before. Aku langsung tak minat dengan Sciphone ni...tapi melihatkan muka hubby yang macam kecewa, aku pun buat-buat suka and finally aku macam suka la jugak...haha...

Cuma nak pakai fake i-phone buatan china ni kena hati-hati dan lemah lembut sebab kelihatannya macam very senang nak rosak and also very senang nak pecah. nasib baik dapat free case. memandangkan aku pun jarang-jarang dapat call and sms, so maybe boleh la bertahan lama kot.

Aku masih lagi nak godek-godek phone ni...sebab semalam masa dapat semuanya bahasa Cina. Pagi ni baru ler aku berjaya tukar Language to English.

But anyway...I appreciate both phone and the Melilea and his effort. I love you sayang....huhu...

Sape ada sciphone i-68 ni? Meh la kita kutuk sama-sama....

XOXO

Khamis, 28 Januari 2010

Diari Buat Sahabat Tersayang

"hari ini nini pergi kelas macam biasa. dari bangun tido lagi
nini dah nampak muram.walaupun malas nak pegi kelas nini pegi jugak
sebab kuota ponteng kelas dah habis. Dalam perjalanan ke kelas nini
terserempak dengan a'aa, ex-bf nya. A-aa nampak bahagia je dengan
awek terbarunya zati. Nini memang sakit hati. Nini rasa sedih sebab dia belum
ada pengganti. Nini sedih sebab A-aa dah ada gf baru. Nini buat tak nampak je.
Tapi di hatinya Nini memang sakit hati.

Hari ni Nini puas sebab assignment dah siap, tunggu nak hantar je. malam ni bolehlah
nini tidur awal sebab semalam tak cukup tidur. Nini nak mimpi indah-indah. Nini nak
............................................"


kat atas tu bukan diari aku, tapi diari yang aku tercuri tengok masa student dulu. tak sengaja ternampak. hari ni aku teringat akan kisah lucu ni membuatkan aku tergelak sorang-sorang. Bagi aku kejadian ni memang sangat lucu. Sebab setahu aku diari adalah coretan peribadi seseorang tentang apa luahan perasaannya dan apa je yang berlaku dalam hidupnya setiap hari.

Tapi diari kat atas (bukan nama sebenar dan bukan coretan asli) memang sangat lucu sebab ada sorang teman aku yang sangat obses dengan seorang gengnya yang memang cantik menulis diari tersebut tentang kawannya tu. Aku tak sengaja tertengok, sumpah! Tapi masa tu aku nak pinjam laptop dia and secara kebetulan dia lupa nak tutup diari tersebut and curiosity membuatkan aku terus membaca dan membaca. Hik-hik...I'm very sorry..tapi sudah fitrah manusia bersifat ingin tahu.

Dalam diari tersebut memang tak de langsung cerita tentang dirinya, sebaliknya penuh tentang cerita tentang 'sahabat tersayangnya' itu. Yang membuatkan aku rasa pelik, macam mana dia boleh tau setiap perasaan sahabatnya itu and every details of what she did walaupun kadang-kadang ada hari yang diorang tak de bersama?

Ini macam punya olang pun ada ka....itu yang terlintas di fikiranku masa tu. Walau apapun, dia punya diary dia punya pasal la...

Cuma maybe file name tu patut tukar dari "My diary" kepada "My Dearest Friend Diary" hehe...

Oopss...aku bukan nak ngumpat. Cuma aku teringat. Lagipun kawan tu dah lama tak jumpa and terindu pulak but tak tau kat mana nak carik.

Rabu, 27 Januari 2010

Mungkinkah Aku Akan Menjadi Seorang Penyanyi?

Pernah tak you all tefikir suatu hari nanti anda jugak akan menjadi artis? Lebih-lebih lagi penyanyi? At least untuk masa sekejap je...maybe sebulan dua? Maybe jugak glemer meletop...Pernah tak terfikir tua-tua nanti pun bole pegang gelaran title artis baru?

Huhu...persoalan ni selalu bermain ni fikirankanku yang kuat berimaginasi ni tiap kali ada audition reality show yang baru, bukan yang baru saja, tapi jugak new season. Gangstars, My Star LG, Mentor, One in A Million, Bintang RTM dan yang pastinya yang paling ngetop Akademi Fantasia. Semua reality show yang mencari bakat baru menyanyi ni boleh dikatakan akan mengeluarkan season baru setahun sekali.

Aku faham orang Malaysia ni berpuluh juta. Tapi kalau dah tiap-tiap tahun di adakan pertandingan ni, mungkinkah satu hari nanti kita akan terlibat sama, bukan hanya sebagai penonton? Silap-silap keluar pulak reality show baru mencungkil bakat nyanyian. Ye lah....sume station tv mesti nak untung jugak kan...

Aku bukannya anti dengan reality show ni semua...malahan aku rajin jugak memfollow cuma aku takde lah mengundi SMS. Sebabnya...aku dah bayar bil letrik bil astro cukupla. Nanti diorang menang pun bukannya nak bagi duit kat aku, entah-entah buat perangai kontroversi sana sini. Tak ke kecewa? Tapi aku faham dengan those yang mengundi orang yang dikenali seperti kawan-kawan, orang sekampung, geng sekolah dulu-dulu....Mestila nak support kan.

Berbalik pada persoalan di atas ( cewahh...macam buat surat rasmi) mungkinkah you all yang tak de bakat atau suara yang sedap sangat macam aku ni akan pergi audition reality-show2 tersebut in the future? Kalau dah semua yang berbakat jadi penyanyi, mesti satu hari nanti akan tinggal yang bakat tak seberapa tapi tetap jugak tv2 ni nak buat untung kan....Adakah you all akan mengambil peluaang ini? Glemer sekejap pun jadik la...

Mungkinkah aku akan pergi jugak? Mungkinkah aku akan jadi penyanyi jugak? Sebab aku dah ready ngan lagu fevret aku sejak bertahun yang lalu. Cuma aku sedar sore aku sesuai untuk pecahkan bilik mandi je...




Sape penah gi audition?

Sape plan nak pegi audition AF8 tahun neh? kalo ada gitau la...nanti aku tolong promote gile-gile


Selasa, 26 Januari 2010

Follow Me Mana Engkau!

Muka aku dah naik jerawat. Dua-dua belah pipi ada pat lima bijik jerawat. Tangan memang gatal nak memicit. Ni semua Follow Me punye pasal.

Baru 3 tahun aku tak carik enkau, kau dah merajuk. Aku bukannya nak lupakan kau...tapi aku cuma nak test benda lain.

Tapi sekarang aku dah rindu kat engkau. Aku dah insaf. Aku dah sedar, engkaulah yang terbaik meskipun nama kau tak segah nama-nama yang lain. Tapi engkau banyak memberikan kesan kepada ku.

Kembalilah...janganlah kau menghilangkan diri...I need you.....

Nak tau siapa Follow Me? Sape tau mana nak carik tolong kasi tau...

|
|
|
|
\/


This is Follow Me Freckle Cream


Ni le produk yang aku pakai masa baru jadik student Uni dulu sampai aku habis jadi student. Masa tu aku cuba-cuba je. Mahal mungkin mahal tapi tak la mahal sangat. Dalam RM30 ke bawah je. Masa tu ada PTPTN, so aku tak kisah ler...Aku memang pakai sume line die ni. Dulu-dulu la...

  • Follow Me UV White Day Cream
  • Follow Me UV White Night Cream
  • Follow Me UV White Freckle Cream
  • Foloow Me UV White Marvel gel
  • ade yg lagi yang aku dah lupa namanya
Walaupun tak segelemer mana tapi produk ni memang sesuai sangat ngan aku. Kulit cerah berseri tanpa jerawat. Sampai budak2 kelas aku (dulu-dulu) selalu tanya aku pakai produk apa. Bila aku kata aku pakai follow me dorang tanya pulak iklan yang mana satu?

Memang, memang produk ni tak kuar tv langsung. Tapi yang pasti ia memang best. Dah 23 bulan aku carik...tak bermaksud 3 bulan hari-hari aku gi kedai carik. Masa pegi kedai aku gerenti carik la...aku memang tak pakai beli produk lain lagi takat ni sebab nak carik jugek si Follow Me pujaan hati ni. Hmm...nak tanya aku pakai ape ek? Aku tumpang kakak aku punye...heheh....sebab aku tak pakai cream hari-hari kecuali kalo kuar rumah. Kalo kat rumah malas nak pakai sebab nanti ambik air semayang kena tempek balik. Tak ke rugi?

Adakah kerana sebab itu muka aku ada jerawat? Mungkin tidak...jerawat ni datang sebulan sekali je...yang pompuan tu paham le....

Penat aku google gambar produk ni tapi tak jumpa kecuali yang diatas tu. Hmm..nampak sangat tak glemer nya ye dak?

Dah search kat company website pun dah tak de. Adakah ini bermakna produk ini sudah berkubur? Tidak!!!!!!!


Nak minta tolong pada sapa-sapa yang pernah nampak tolong la gi tau kat mana ada kat KL ni. Yang aku pasti, kat Giant sure tak de, Tesco tak de...yang laen tu aku lom jenguk lagi sebab Tesco ngan Giant je tempat aku shopping barang ghumah...

Mintak tolong ye sape-sape yang tau....

Upahnye....nanti aku doakan korang murah rezeki, panjang umur, bahagia selalu dan dijauhkan dari bala...

XOX...

Isnin, 25 Januari 2010

Rina Queen Sambal Belacan

Tak de idea punya pasal, akhirnya aku teringin nak berkongsi resipi sambal belacan aku ni. Haha..mungkin korang dah biasa buat tapi tak sedap macam aku buat. Aku pun tak tau part mana sedapnya tapi every weekend memang adik beradik aku atau suami aku request aku buatkan sambal ni. Dorang ni pun...bukannya nak belajar buat, bukan susah mana pon. Manja je lebih.

Al-kisahnya, resipi sambal belacan ni aku belajar dari ex-boss aku dulu masa keje kat supermarket time tunggu result STPM. Masa tu aku sangat menggigil bile ex-boss aku yang aku panggil Madam ni ajak aku lunch sama. Katanya dia ada bawak extra nasik and pekasam ikan. Hussh...sodap tu. Pas tu dia mintak aku contribute sikit, contribute tenaga je...dia suruh aku buat sambal belacan untuk ulam timun. Dia kasi list benda untuk aku curik kat kedai...hehe...suka hati le...kedai tu kan dia punye.

Aku memang nerves giler...ye la, aku ni dah la tak reti masak, ni nak buat untuk boss pulak. Kalo tak sedap kena fire pula aku (fire ngan mulutnye je). Aku buat-buat pandai je. Aku bawak sume bahan-bahan naik dapur and still berharap dia takkan datang menjenguk so bolehla aku pikir lama-lama atau sms mak aku mintak resipi. Huhu...

Tapi dengan tiba-tiba kepalanya terjonggol depan pintu. Kushhh semangat...menggigil kepala lutut aku. Yola...masa tu umur aku kira budak jugak la...si Madam ni pulak agak tua. Misti la aku takut.

"Laaa.....ingat dah siap. Cuci ikan bilis pon belum. Kalo macam ni kawen nanti mati kebulur ler laki enko..."macam biasa molot si Madam ni memang laser abes.
"Belum la...sy tak pasti madam nak macam mana. Nanti ikut resepi saya tak sedap pulak" hehe...jawapan selamat. Sedangkan satu resipi pun aku takde.
"Macam ni saya jugak nak kena buat. dah lapar ni..."omelnya. aku tersengih manje....hehe, manja la sangat.
"Eh...tak pe lah...Madam cakap je camana nak buat, saya buat keje, Madam duduk je. Tak lama...."bodek punye pasal aku kena korbankan juga energy aku. Yela...kot-kot dia bole naikkan gaji aku.

Maka Madam pun ajar aku satu persatu. Aku pulak mengikut sume arahannya dengan sesempurna dan secepat yang mungkin. Tak lama, kejap je dah siap untuk dihidangkan.

Huh...sedap jugak rasa sambal ni. Madam tak delah puji, tapi bagi aku kalo dia tak kutuk dah kira okey sangat la tu..Dari sekali tu, aku try buat kat kampung, mak bapak and adik beradik puji. Dah kawin, aku buatkan untuk suami, pun dia fevret.. Hmm...mungkinkah sambal tu memang sedap, atau diorang ni pemalas nak tumbuk sambal?

Okelah...dah cite asal usul, meh aku kasi resipi....

Rina Queen Sambal Belacan

Bahan-Bahannye....
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • cili padi (ikut daya ketahanan terhadap rasa pedas)
  • limau
  • ikan bilis, dua genggam
  • Belacan dua kali besar ibu jari tangan (ni cara mak aku ajar aku masak, suka suruh aku ukur ikut ibu jari)
  • minyak masak

Cara-caranya....
  • Panaskan minyak dalam kuali, dalam 4 sudu teh minyak masak
  • masukkan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis dan cili padi dalam kuali bila minyak tu dah panas.
  • Tumiskan bahan-bahan tersebot sampai ikan bilis menjadi ranggup dan aroma belacan naik.
  • Bila ikan bilis dah ranggup masukkan sume tu dalam lesung batu dan mulakan menumbuk. Kasi sume hancur tapi ikan bilis jangan hancur sangat sebab lagi sedap kalo ada yang bole digigit. Saya sarankan tumbuk pakai lesung batu sebab lagi sedap berbanding gunakan blender.
  • Kalo nak tambah garam and ajinomoto bole jugak, tapi kalo aku, aku tak letak sebab tanpa bahan perasa dan garam pon dah sodap
  • Lepas tumbuk, alihkan sambal ke mangkuk untuk dihidangkan
  • Perahkan air limau ke atas sambal tersebut dan buang bijiknya....
  • gaulkan hingga rata....
  • Dah pun siap, bole la makan...

Hehe....cubala try dan test....

P/S sambal ni kering, sangat sesuai untuk ulam timun tapi boleh la cuba ulam ulaman yang lain.

XOX

Misi Blogwalking Tengah Malam

Huhu....mata tak leh tidur selagi aku tak buat keje ni sebelum tidur. Seolah tanggungjawab le pulak, bukan ada orang bayor gaji pun and bukan ade warden bertugas nak tangkap pun kalo aku tak buat. Tapi ni le tabiat baru aku sekarang nih. Mesti nak pergi mengendap blog orang sebelum tidur. Baru boleh tidur dalam senyum..

Tak de apa sangat nak di bincangkan pun. Cuma saja gatal nak menaip sebagai tanda berakhirnya misi aku malam ni. nak tidur....

Sejak ada Gengblogger, aku makin sonok...orang kat gengblogger best-best belaka. I love GengBlogger.

Kenapa kita perlu blogwalking?...

  1. kalo x buat sape nak baca blog orang laen?
  2. nak bagi komen and letak url...hehe
  3. nak cari teman seangkatan
  4. nak belajor sikit-sikit hal dunia
  5. nak mengendap rumah orang nanti kene tangkap, maka elokla mengendap blog orang. Selamat.....
  6. nak cari idea untuk content blog
  7. untuk tidur yang lebih lena...
  8. nak tambah sebab lain?....
Hehe....nanite all....

XOX

Ahad, 24 Januari 2010

Suka Branded Atau Tak Kisah?

Hehe....tadi aku dan adik pergi makan kat kedai makan yang banyak lauk. Namanya pun "Belauk". Sambil makan tu borak-borak ler dengan adik tu.

Aku tanya dia tak nak beli handphone baru ke, yang lebih update? Ye la...current handphone dia pun dah nak rosak je. Kadang-kadang tak kuar bunyi ringtone pun. Kalo mood dia baik, bunyik le dia. Dia kata tak kisah pasal teknologi ni semua. Yang penting ada function call and messaging. Huh...cam tak caye je dia tu adik aku..huhu...

Kalo aku, aku memang tergilakan trend-trend terkini.Walaupun aku tak mampu lagi nak beli I-phone or Blackberry, tapi impian aku, satu hari nanti aku memang nak beli. Wajib!

Adik aku kata dia cuma suke shopping baju je. Tapi dia tak suka yang branded. Yang RM30 kebawah je sebab boleh beli banyak. Kalo beli yang branded and budget ada RM200 je, berapa je boleh dapat. Maybe sehelai je? Tapi kalo harga RM30 and below boleh dapat banyak...

Aku boleh tersengih je...mengenang diri aku yang tak sehaluan. Dulu-dulu masa masih study aku pun macam dia jugak. Dalam sebulan mesti banyak beli baju, yang murah-murah tapi yang penting ada kaler merah. Samapi macam-macam gelaran aku dapat. Red riding hood, pricess red, lady in red and yang paling lucu sekali "lampu merah berjalan."Lepas dah kerja aku dah mula suka beli yang branded. Tak de la mahal sangat pun. Paling mahal pun Guess and yang paling murah kena carik kat kedai NIchii...kalo duit tak de pun aku simpan duit sampai duit cukup baru beli.

Tapi walaupun cam tu, aku ada satu lagi option. Aku redah kedai 'bundle' yang ada jual pakaian branded yang tak tau dah berapa hand dah. Mostly second hand la...Tak geli ke? Tak le....bole cuci, and mostly yang branded ni orang jaga baik-baik. Bila dah pakai, mana orang tau baju tu bundle, ye tak? Bole dapat RM10 je tau...kena pandai carik le...

Walau macam manapun, aku pun bukan le jenis gile shopping. Kalo ada duit lebih je. Tak macam sebilangan orang yang Biar Papa Asal Bergaya. Isk...isk...isk...

Aku tengah simpan duit nak beli digi camera yang baru. Brand apa yang paling bagus ek?

Sabtu, 23 Januari 2010

AKU RINDU ZAMAN JADI STUDENT

Semenjak aku dah tak jadi student ni sekali sekala aku rindu sangat nak jadi student balik. So many memories. TAk kira la yang pahit atau yang manis. Tapi yang pastinya yang pahit zaman study dulu pun dah jadi manis sekarang ni. Bak kata lagu UKays Pahit Akan MAnis Akhirnya...

Zaman bersengkang mata sebab nak exam esoknya sangat aku rindui. Begitu juga zaman jadi pengawas sekolah. Rasa sangat powerful masa tu. Zaman masuk tahun baru, semua nak peraga baju baru, kasut baru dan beg baru. Zaman kena denda pusing padang. Zaman masuk persatuan pancaragam. Zaman aku memegang rekod acara merejam lembing kat sekolah.

Zaman aku gaduh-gaduh kat uni. Zaman aku dah tak sebulu dengan best friend aku yang berzaman lamanya sebab dia curik duit aku. Zaman lepak-lepak kat kantin. Zaman buli cikgu yang agak nerd. Zaman buat group assignment dan yang paling funnynye zaman dok repeat paper math.

Walaupun aku bukanlah student yang pandai sangat, tapi tak ada apapun yang aku kesalkan. Jika diberi peluang untuk kembali ke zaman itu tiada apa yang aku nak ubah. Sebab semuanya sudah menjadi rencah kehidupanku.

Aku selalu kata kat suamiku, boleh tak aku study balik....suami setuju aje...tapi bila pikir-pikir balik, aku dah tak sanggup nak menghadapi exam lagi. Sebab dulu masa final exam, last semester, aku dok cakap kat diri aku....

this will be the last paper, and then after this I will be a degree holder. I will never get myself into this situation anymore.

itulah ayat yang aku dok ulang2 untuk motivate diri aku untuk ulangkaji exam paper yang paling last.

Esok nak jumpa geng-geng satu fakulti dulu. Tak sabarnya. Dah setahun tak jumpa. Rindunye....Tak sabar nak dengar cite kawan-kawan. Tak sabar nak gelak sampai pipi keras.

ema, jane and sho...three of you will always be my best friend. Tak kira berapa lama tak jumpa, tapi takde orang lain yang boleh merampas takhta korang sebagai best friend aku.

Nak bawak kamera, bole ambik gambar gile-gile macam dulu. Tak kisahla aku dah isteri orang, aku pun ada perangai budak-budak jugek.


Jumaat, 22 Januari 2010

Kat Mana Nak Belajar Membaca Al-Quran Online Yang Paling Bagus?

Serba salah juga nak keluarkan topik ni, maklumlah aku budak baru belajar and takut pulak kalau ditempelak oleh orang-orang yang dah pandai. Tapi bila dipikirkan berulang-ulang, niat aku baik dan ikhlas, so tak de masalahnya.

Hendak dijadikan cerita, aku telah memeluk agama Islam pada Awal Muharram tahun 2008. Kira dah masuk 2 tahun aku jadi orang Islam. Kalau ditanya adakah sebab cinta semata atau kerana memang kerana hidayah dari-Nya, memang aku dengan yakin dan pasti mengiakan kedua-dua sebab itu. Aku memang dah mula menunjukkan minat pada agama Islam sejak aku di tingkatan satu lagi sampai membuatkan mak aku bimbang. Habis study kat uni, aku bekerja dan jumpa dengan suami aku yang juga Muslim. Kawan-kawan pun banyak orang Islam. So aku ambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Bos tempat aku kerja aku masa tu yang bawak aku ke Masjid Shah Alam untuk menguruskan segala proses. Aku minta izin dari mak dan ayah, dan hairannya mereka memberikan kebenaran kepadaku. Alhamdulillah...ternyata jalannya terbuka luas untukku.

Aku dan suamiku nikah dalam tahun yang sama setelah aku memeluk agama Islam, kira-kira 6 bulan lepas tu. Bukanlah niat nak merendahkan suami, tetapi bolehlah dikatakan aku dan suami sekarang ni sama-sama tengah belajar. Alhamdullilah, suami aku sekarang ni memang tidak pernah meninggalkan solat dan mencuba menajar aku setakat yang dia mampu.

Aku memang dah dianugerahkan oleh Allah dengan daya ingatan yang kuat. So, sekejap saja aku boleh menghafal bacaan doa-doa dan cara-cara untuk bersolat. Alhamdulillah....sampaikan suamiku pun terkejut beruk sebab terkagum.

Last 2 week, bos suamiku menghadiahkan suamiku buku al-quran bersama terjemahannya dalam bahasa melayu. Sekali sekala bila masa terluang lepas solat aku belek-belek juga beberapa helai. Hati tersentuh bila membaca terjemahannya and aku makin bersemangat nak baca lagi dan lagi. Tapi aku merasa ada kekurangan.

Kekurangannya ialah aku tak tahu membaca ayat-ayat jawi, atau juga Iqra, atau ada satu istilah lagi yang aku tak berapa ingat (jame....jaa'me?...). Tapi aku memang dapat menghafal dengan baik kalau aku dah dengar atau membacanya berkali-kali. Sebab tu aku selalu download mp3 doa-doa tertentu dan letak dalam henpon, so boleh dengar berkali-kali. Cuma aku risaukan sebutan aku tak betul.

Aku memang berniat nak cari guru agama, cuma aku mahu ada persediaan tersendiri. Yelah...dah tua-tua macam ni, ada rasa malu nak belajar membaca. Ada orang kata cikgu agama ni garang-garang, kalau lembab sangat nanti kena rotan...hehe...(takkan aku yang dah tua ni pun nak kena rotan jugak kot) Aku tak pernah merasa begitu BUTA HURUF macam ni. Aku malu sangat selagi aku tak pandai baca Al-Quran. LAgipun wajib bagi umat Islam untuk membaca Al-QUran dan mendalaminya. Suami aku pun pernah kata kalau aku tak pandai baca Al-Quran, dia yang akan menanggung dosanya, so dia akan carikkan aku guru agama satu hari nanti.

Aku memang dah lama tercarik-carik website yang aku boleh belajar secara online memandangkan aku selalu ada depan laptop. Cuma tak jumpa lagi dan terkadang aku tersasar dari tujuan. Bukak website lain la pulak kan... Satu-satunya yang best yang aku jumpa takat ni adalah Mount Hira tetapi sebagai orang baru aku memang terkejar-kejar. Aku baca rumi je, bukan ayat jawinya.

So sekarang ni nak tanya pendapat korang, ada tak sape-sape yang jumpa yang website yang best untuk belajar bahasa jawi ni, belajar membaca Al-Quran?

Takat ni aku ada buku seperti yang kat bawah ni. Aku pun tak tau apa tajuknya, tapi rasanya tajuk dia "IQRA". Minta maaf kalo salah. Itupun aku baru belajar berapa huruf sebab tak de guru. Aka betul-betul nak belajar and aku memang akan cari guru agama, tapi aku nak meneydiakan diri aku dulu.


buku ni hadiah dari ex-boss aku

alif....ba....


hehe....takde cikgu, takde yang isik prestasi column ni..


Mintak tunjuk ajar ye....kalau ada istilah atau apa-apa yang salah, minta maaf, aku betul-betul baru belajar banyak benda yang aku tak pasti lagi.

Minta pendapat pada yang lebih tau....minta maaf kalau rasa saya tak patut buat post ni.

Assalamualaikum.....

Khamis, 21 Januari 2010

Apa Anime Yang Paling Anda Suka?

Oh...aku bukanlah peminat anime sangat tapi sekali sekala aku menengok jugak kat tv3 sebelum berita kol 8 malam. Bukannya aku tak suka cuma tak cukup semangat untuk menjadi pengikut tegar. Tapi ada antara kawan-kawan aku memang gila anime sangat2. Aku puji betoi, sebab penuh external hard drive dia yang 80gig dengan anime, kena beli yang baru pulak. Tak cukup ngan anime, dia gila manga jugak (anime ngan manga ni benda yang sama ke? aku pun tak pasti...). Aku tak paham, tapi aku puji kesungguhannya.


The first and the last time and the only anime yang aku beria-ia tengok ialah FullMetal Alchemist. Itu pun dalam 5 tahun yang lepas kot, masa masih student lagi. Boleh dikatakan my favorite jugakla...tapi memandangkan ini la satu-satunya yang aku nengok, tak leh la nak kata favrite, sebab tak dibandingkan dengan yang lain-lain. Anime yang satu ni aku tengok dari episod 1 sampai habis dalam masa 2 hari dengan tido yang tak berapa nak cukup sebab tak sabar nak tengok lagi dan lagi. Sumbernya, dari kawan aku yang tersebut diatas ler...

FullMetal Alchemist kira sangat best sebab citenya mampu buat aku nangis, sampai kalo aku teringat pon aku tergelak pikirkan camana pulak aku leh nangis nengok cite yang bole dikatakan katun nih...

Aku teringin jugak nak follow cite Naruto, Bleach, Detective Conan and DragonBall yang gile glamer nie. Sebabnya, aku pikir, kalo cite ni tak best kenapa ramai sangat yang minat. Aku ni memang kadang-kadang terfollow-follow dengan trend terkini except for fashion, aku memang outdated sikit. Cuma hajat tu tak kesampaian sebab aku rasa macam aku dah ketinggalan nun jauh dibelakang. Sume Anime yang diatas tu dah main kat tb sejak aku skolah menengah lagi. Sekarang pon aku dah kawen. Tercungap le aku kalo nak mengejar.

Satu lagi yang aku suke pasal anime ialah pompuannye comey2 belaka and lelakinya hemsem-hemsem. Susah nak carik muka cam tu kat dunia yang nyata. Haha....Agak-agak ada tak orang lain yang suke anime atas sebab yang sama macam aku ni ek?

Apa agaknya Anime yang paling best sekarang ni? Kenapa agaknya ia sangat best? Boleh ke orang Malaysia buat anime yang best jugak? Adakah Upin dan Ipin itu satu anime yang best?

Hehe....apakah..kenapakah aku merepek...

XOX

Rabu, 20 Januari 2010

Kenapa Aku Join Facebook?

Ntah kenapa ni aje idea aku nak update blog aku yang baru je di cipta semalam. Penat dah aku perah kepala hotak ni pon tak tau nak tulis eh....taip pasal apa, tapi bagaikan ada satu undang-undang yang mewajibkan aku update jugak blog aku neh....

Dengan segala hormatnya, berikut adalah sebab kenapa aku join facebook:-

  1. Sebab aku nak join Geng Blogger. Aku baru tau ada geng blogger ni last week and decide to join. Tup tup...kena ada akaun facebook baru boleh sign up plak. Disebabkan aku dah bekawin and hubby aku tak berapa suka aku join benda-benda ni, aku mintak izin beliau dulu. And atas sebab memahami minat aku yang suka berblogging ni, beliau telah memberikan keizinan. Thank you sayang....
  2. Macam orang lain, aku jugek nak mencari sahabat-sahabat lama dari zaman sekolah rendah sampai la ke universiti. Menjadi adat hidup manusia sekali sekala kita rindukan zaman kanak-kanak.
  3. Sebab ketiga, last week pergi rumah ipar, and anak sedara dok tanya "auntie ada facebook tak" and time balik pun diorang pesan kalo dah sign up add kan dorang.
  4. Facebook macam dah penting sangat kat Malaysia ni, sampai Gomen pun nak ada 1 akaun. kalo aku tak join kira tersangat jakunlah aku ni
  5. Networking purpose.
Rasanya itulah saja sebab aku join Facebook. Kenapa u all join? Adakah sama dengan sebab musabab yang aku ada? Huhu...

Huhu....penat je aku perah otak pikir nak tulis pasal apa. Kalau ikut kata hati and jari je kan senag. Tak sampai seploh minit dah pon siap panjang nie. Lenkali aku buat cam ni jelah...walaupun orang tua-tua berkata "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA". Oh..takutnya....

Sekian pengunjung yang mulia (kalo ade). Rajin-rajin la datang balik lain kali. Memang blog ni tak banyak post lagi sebab baru mula semalam. Tapi sok lusa, minggu depan bulan depan tahun depan mesti banyak dah....Datang ye...

XOX

Selasa, 19 Januari 2010

Apa Nak Di kata

Hello All....

The Reason for creating this blog?

Ada banyak, actually. Over all, blogging is like a trend today, so aku tak nak ketinggalan dibelakang. I don't have a niche. I hate niche, because there's so many thing I can talk about.

So, everything...

This is my first post so, I wont talk too much. Until Next time....

XOXO