Jumaat, 19 Mac 2010

Fokus Sudah Lari

kemanakah larinya fokus ku ini? apsal dia tak jalan slow-slow jer. biar senang aku kejar. Huhu....

Aku perasan aku telah hilang fokus dalam arena blogging ni dalam 2 minggu kebelakangan. Aku rasa seolah aku sangat busy. Tapi bila difikir balik, aku tak de buat ape pon? haha.. maka dengan itu bolehlah disahkan bahawa aku busy dengan aktiviti yang tak membawa faedah langsung.

Maybe sebab sekarang ngah cuti sekolah? kakak aku yang teacher tu hari-hari lepak kat rumah. Aku penat melayan die, and kalau tak layan sepenuh jiwa dan raga macam tak best la plak.

Adik aku yang bongsu pulak dok tumpang lappy aku nak main game. Heran betul...kenapa la dia tak main kat lappy dia je.

Sibuk nak gi shopping sana sini, sibuk nak makan...haha...aku rasa ada kenaikan pada keberatan kebadananku. Yess!!! suke suke...

However...aku cuba untuk tidak hilang fokus lagi. Aku cuba untuk mencari material yang berguna untuk di publishkan kat blog aku ni. Sebab aku mula merasakan blog aku ni sudah lama menjadi blog yang merepek. Patut ler tak de orang masuk. Hoho....

0 ulasan: