Jumaat, 30 April 2010

Nak Part Time Job

tengah berkira-kira...hujung bulan mei ni nak balik kampung. Kira-kira budget macam tak cukup je. Adat le kalau balik kampung kena beli ole-ole. Lagipun bukan selalu dapat balik. Walaupun tambang air asia murah (kononnya), tapi macam tak cukup je duet...

Kalaula ada keje part time yang best...tak payah bayar mahal le...dapat RM10- RM20 dalam sehari nak juga aku pergi. Tapi tak bolehla the whole day. Maybe night atau petang after 5pm. Hujung minggu, boleh la keje sepanjang hari. kalau la ada....teman-teman boleh ke suggest? Aku tak boleh nak bergantung harap pada nuffnang sebab memang slow gile.

tukang edarkan flyers ke, waitress ke, ape lagi ek?

Ada website asiapartime.com, tapi macam bukan part time je semuanye...

adoiyai....


The Comeback

Alalala...cian blog aku neh...da lama aku tak menjenguk. Tak berapa berkesempatan nak mencoret akhir-akhir nie. So warm up dulu....

Aku rasa template aku nak kena tukar dah nie. Dah tak attractive dah. Selain dari yummy lolly template, mana lagi best nak donload template blogspot ye? Jelesnye nengok template orang lain yang bersinar ceria, berkleip-kelipan. Insyallah dengan template baru naik la semangat aku nak merapu. Boleh la aku cuba menaikkan earning nuffnang aku yang dah lama tak bergerak.

Sepanjang tak update blog, aku dok masuk facebook, youthsay ngan payperclick malaysia je...Nak wat duit, tapi ciput je...penat tol...

Ada apa-apa cadangan program yang aku bole join? Dengan syarat, tiada modal untuk join. Aku tade duit nak melabur...

Selasa, 20 April 2010

Thank You...I Hate You..

Hari ni syaitan bersorak menang kerana berjaya menghasut aku menyimpan rasa marah, nak mengamuk dan segala macam perasaan yang jahat sehingga semua yang aku kerjakan menjadi tidak ikhlas. Hasilnya....zero pahala and so many dosa...haha...

Malu aku bila memikirkan kekalahan aku itu. Mujur aku sempat berfikir dua tiga kali. Ishh...ini permainan syaitan. Really? Atau memang salah aku sendiri? Arrgghh.....

Sesungguhnya tekanan seminggu dua ini membuatkan aku kurang kesabaran.

Namun akhirnya aku mampu membawa diri bermuhasabah. Ya...insan yang aku marah-marah, rasa geram dan rasa nak benci itu adalah seorang insan yang dulu hingga kini sentiasa ada disisi menghulur bantuan saat aku memerlukan. Insan itu dulu pernah aku coretkan namanya dalam diari bahawa aku tidak akan melupakan jasanya sampai bila-bila pun.

Mudahnya aku melupakan itu semua hanya kerana sedikit perselisihan faham. Mudahnya...

Kakak...maafkan aku....mahu saja aku ungkapkan kata-kata itu padanya saat ini, cuma aku punya ego yang sukar dikalahkan. Hmmm...

Tapi takpe...esok aku buatkan dia milo tanda damai. Insyallah...semua permasalahan ini selesai.