Ahad, 9 Mac 2014

Jom Doakan Penemuan dan Keselamatan MH370


Rasanya ramai yang sudah tahu tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Maklumat tentangnya ada dimana-mana dan ramai juga bloggers yang post mengenainya. Malahan media massa dan cetak juga sekarang sibuk untuk membuat liputan tentang kejadian menyedihkan ini. JAdi, malas nak cerita panjang, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan semua penumpang serta anak kapal MH370 ini. MArilah juga kita semua tak kira bangsa dan agama bersangka baik dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan memburukkan keadaan. Berhati-hatilah kita mengeluarkan sebarang komen atau kata-kata kerana perkara ini sangat sensitif. Letakkan diri kita di tempat ahli keluarga atau kenalan isi kapal MH370 ini.

Untuk berita terkini dan sahih, kita boleh ikuti saluran seperti RTM1, Astro Awani, RTM3 yang membawakan berita dari semasa ke semasa. Press conference juga akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memaklumkan berita terkini tentang proses mencari dan menyelamat MH370 ini. 

Semoga semuanya selamat tak kira dimana sahaja mereka berada. Selamat berhujung minggu dan jangan lupa memanjatkan doa untuk penemuan MH370 dalam keadaan selamat.

Rabu, 5 Mac 2014

My Baby Step year 2014



Yeap! Very true. Sekarang umurku dah nak masuk 31 dah (kalau tak silap kira la...sebab memang selalu fail math) Yet, pada umur inilah aku baru mula nak bersungguh-sungguh mencari arah tuju yang paling betul, yang paling jitu. Terlambat sangat ke? Tidak!!!! Tidak sama sekali. Memang sebaiknya dan memang mengagumkan bagi mereka yang muda-mudah lagi dah berjaya dalam hidup. Tapi jangan lupa, ada ramai manusia di dunia ini yang mengejar cita dan berjaya di usia yang agak senja. 31 tu dah kira senja pada zaman ini memandangkan kalau dilihat fenomena akhir-akhir ini, jangka hayat manusia ni taklah panjang sangat. Palaing panjang pun dalam 100 lebih sikit je.

So, tahun ni, aku berazam dan azam ni sangat utuh (Allah berkatilah dan restuilah azam ku ini) untuk mula meniaga. At this age, aku perlu ada kemampuan untuk berdiri sendiri, tidak bergantung pada suami semata. yes! Perlu ada pendapatan sendiri! Dan perlu juga sentiasa beringat..TIADA ALASAN LAGI!!!.I MUST AND I WILL!

Jadi setelah berkira-kira dan berfikir-fikir berbulan-bulan lamanya sambil menunggu dibukakan hati dan jalan, akhirnya aku tetapkan pilihan. Untuk permulaan dan Insyallah satu-satunya, aku memilih untuk bersama SHAKLEE! Sebabnya, aku sendiri pernah menggunakan produknya semasa masih dalam tempoh menyusukan Adam dulu. Masa tu, sekali beli Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alffafa Complex. Oh ye...tak lupa juga Lecithin untuk Encik Suami. Memang hasilnya sungguh memuaskan. Dengan konsultasi dari tukang jual (dah lupa nama dia) memang produksi susu memang bertambah. Alhamdulillah. Tapi lepas tu memang tak ambil lagi sebab Adam dah  mula tak nak menyusu, dan saya sendiri MALAS dan tiada sokongan (what a shame!). Encik Suami pula jenis yang laju sangat nak buatkan susu formula bila Adam menangis. Serius jika difikir-fikir balik sekarang memang terasa sangat menyesal yang teramat sangat. Sebab...semua ibu memang di kurniakan dengan anugerah susu oleh Allah sebagai rezeki untuk yang baru dilahirkan. Tolaklah bidang sains, aku memang selalu rasa amaze dengan kekuasaan Allah, kerana sebaik sahaja anak dilahirkan, semua wanita sudah mampu mengeluarkan susu(kecuali jika ada masalah masalh kesihatan yang lain). Tinggal lagi, apa yang diperlukan hanyalah semangat untuk memberikan yang terbaik kepada anak ( Susu ibu adalah yang terbaik), dan keadaan mental yang stabil ( kalau stress kebiasaannya produksi susu akan merundum). Rasa marah dan malu bila ingat kembali kelemahan ku itu.Insyallah...jika dikurniakan rezeki mendapat baby lagi, pasti aku akan berjuang habis-habisan.

Melalut ke laut pula. So, why i choose Shaklee? Padahal aku bukan peminat MLM? Malahan dari dulu aku selalu beranggapan bahawa produk MLM adalah merepek dan sampah? Sebabnya aku dah rasa sendiri produknya dan ia memang berkesan dan membantu. Selain 5 produk yang aku nyatakan diatas, aku juga pernah beli Mealshake semasa Adam sedang dalam period Food Strike nya dulu. Seingatku hampir sebulan juga dia tak nak makan bubur atau nasi. Masa tu dia cuma nak makan keropok dan honey star. Yes! Memang salah sama sekali. Masa tu umurnya belumpun masuk 2 tahun. Mr. Potato yang disukainya itu banyak kandungan garam dan MSG. Tapi kerana itulah saja yang dia mahu makan maka aku berikan juga. Banyak mata yang menjeling sinis bila aku berikan Mr. Potato Rice Crackers padanya diluar. Aku sedar. Tapi manalah sanggup nak melawan sedangkan itu saja yang dia sudi ratah selain susu. Sekurang-kurangnya ada juga isi perutnya, Dah masuk sebulan aku mula risau. Tak boleh dibiarkan. Maka aku cari alternatif lain dan berkenalan dengan mealshake. Yes! Dalam sehari dua selepas tu dia kembali berselera semula. Alhamdullillah.....Puas hati! 

Then aku juga pernah cuba produk ESP. Masa tu adik yang beli untik diri sendiri. So aku memang tumpang sekaki. Yes I totallay love it! Sebabnya, bangun pagi biasanya badan masih rasa malas dan perut pula rasa lapar. Tapi kena buat banyak benda dulu sebelum sempat nak bersarapan dan sememangnya aku bukanlah jenis orang yang suka bersarapan. So, ESP sangat sesuai untuk aku masa tu. Bangun, bancuh ESP, dah minum. Perut dah rasa kenyang dan badan pun bertenaga. Barulah rasa semangat nak buat kerja-kerja rumah. Kalau tak memang asyik moody je sebab kena buat itu ini tapi tenaga pun tak de. Lepas adik tak beli lagi sebab dia pun dah berhenti kerja, aku pun tak ambil juga sebab tak de duit untuk dibazirkan untuk kesihatan. Cukup-cukup untuk keperluan asas je. 

Kesimpulannya, semua produk Shaklee yang pernah aku cuba memang aku sangat suka dan percaya. So, apa yang mendorong aku join Shaklee?

  1. Aku pernah cuba produknya, dan dari pengalaman itu, aku menyukainya dan ia amat berkesan dan membantu kepada setiap masalah yang aku mahu atasi. Aku yakin dengan produknya, keberkesananya dan yang paling penting, ianya disahkan halal. Di bawah ni sijil halal Shaklee untuk 2014.
  2. Sudah banyak orang yang berjaya dan menjana pendapatan yang lumayan sebagai agen shaklee dan kebanyakannya adalah IBU-IBU YANG BEKERJA DARI RUMAH atau lebih dikenali sebagai WAHM (Work at Home Mom)! Ada ramai yang sudah berjaya, kenapa aku tak boleh? Yang diperlukan ialah semangat,usaha, konsistensi dan doa. Tambahan pula aku memilih utuk register dibawah network yang sudah cukup kuat dan menyediakan online coaching online and offline. Insyallah bila saling memberi motivasi, pasti takkan mundur dipertengahan jalan nanti. Yes! aku bernaung dibawah kumpulan Maria Firdaus yang sekarang sudah pun rank sebagai Master Coordinator.
  3. Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Sebab sekarang ni aku memang nak ambil semula produk shaklee, lebih untuk kalau beli pada harga ahli. Lagipula, bukan nak beli satu dua produk je. Jadi dah banyak saving kat sini jika dibandingkan dengan membeli pada harga bukan ahli.
  4. Dapat bonus setiap bulanhasil pembelian/jualan hingga 5-21%. Yang ini memang menarik. Makan sendiri pun dapat bonus tau.
  5. Dan yang terakhir sekali, aku memilih Shaklee kerana ia adalah amat sesuai dengan keadaan semasa ku yang mana aku hanya boleh buat kerja dari rumah saja setakat ini memandangkan masih menjaga anak, tiada kenderaan untuk keluar dan banyak lagi kekangan lain. For now, Shaklee adalah yang paling sesuai.
Hokeh...dah panjang berjela ni...Anak pun dah bangun tidur. Maka post ni aku akhiri dengan doa....


"Ya Allah, Kau bukakanlah jalan rezeki untukku, Berkatilah segala kerja-kerjaku, dan bimbinglah serta berilah aku petunjukku dalam perjalanan rezekiku ini. Ya Allah, jadikanlah aku umatmy yang berjaya dan bermanfaat dunia dan akhirat. Jauhilah aku dari menjadi isteri yang durhaka kepada suamiku, anak yang durhaka kepada ibu bapaku dan ibu yang mengabaikan anakku. Semoga aku sentiasa ingat akan kewajipanku sebgai anak, isteri dan ibu. Lindungilah aku dan seisi keluargaku. Amiin"


Selasa, 18 Februari 2014

Laptop Sudah Selow....

Uuuurggghhh....siapa suka kalau laptop, pc or any gadget jadi slow angkat kaki! Tak de yang suka kan? Geram betul jadinya. Nak buka satu file pun kena tunggu few seconds. Arrrghh.....pada aku yang sukakan benda laju-laju ni memang terasalah sangat geram. Tambah lagi cuaca tengah panas ni. Tapi terpaksa juga sabar. Kalau tak sabar, hempas laptop ni, lepas ni dari ada laptop yang slow terusla menjadi tak de laptop langsung. Hahaha....mati kutu la nanti jawabnya. So untuk bersabar, marilah update belog.

Dalam otak ni tengah fikir nak beli laptop baru. Apa ya laptop yang paling powerful sekarang ni? Katalah aku ada duit dalam RM3000. Cuba suggest sahabat-sahabat sekalian? Nak kumpul duit ni. Nak jadikan matlamat. Supaya ada drive untuk meneruskan aktiviti Google Adsense ku.

Oh ye...nak catit juga kat blog kesayanganku yang tak sampai hati aku nak remove ni, dalam sebulan ni, adalah juga dapat earning dari adsense. Tak banyak pun...dalam 3 dollar lebih je. But hey...aku baru je start aktif balik ye. Aktif here means medium active, not super active. Super active bermaksud melakukan kerja-kerja promosi dan SEO yang berterusan, mencari quality backlink dan dalam erti kata yang lain, menaikkan page view secara berkesan. Aktifku cuma setakat update at least 3 post sehari dan buat permulaan aku cuba fokus pada 1 blog saja. Not this blog. Blog ini hanyalah untuk merepek dan melepas geram saja. Lepas update blog, aku pergi ping, lepas tu run RefererX. Yes! Saya gunakan RefererX. Dan saya cintakan RefererX. Ia membuatkan hidupku yang boring lebih bermakna. But I don't use RX on this blog sebab once again, blog ini hanyalah untuk merepek. Because aku ni jenis orang yang tak suka luahkan perasaan dengan kata-kata, sebaliknya lebih sukakan keyboard. But, aku juga bukan jenis orang yang suka melalak kat FB. I prefer blogging.

So....kembali kepada isu adsense, dah sebulan lebih ni aku memang bersungguh-sungguh fokus kat satu blog yang membincangkan niche yang HPK. Sambil nak eksperimen juga ni. So far so good....nampak juga hasilnya. Aku memilih untuk fokus pada 1 blog saja sebab dulu pernah buat beberapa blog dengan banyak niche yang popular. Akhirnya aku sendiri yang tunggang langgang dan berserabut. Lagipun dulu boleh la sebab tak de anak lagi. Sekarang ni dah ada anak, tak boleh nak duduk depan laptop sangat. My prince bangun, aku kena tinggalkan lappy, buatkan dia susu, masak makanan dia, lepas masak, madikan dia, lepas tu bagi makan sambil tonton drama korea..hehe...lepas tu bolehlah sambung balik buat kerja blogging kalau dia tak meragam. Cukup jam, dodoikan dia. Bila dia tidur, kemas-kemas sikit rumah untuk sejukkan mata suami bila dia balik nanti. Lepas tu sambung balik blogging. Tak sampai berapa jam, my prince pun bangun. Layan dan main-main dengan dia kejap sambil tunggu waktu asar. Lepas tu solat, then bagi dia makan lagi. After that masak untuk dinner. Lepas masak, mandikan prince, mandikan dir dan solat maghrib. Lepas tu dinner sambil tengok cite korea lagi. And then sambung dengan cite korea lagi dan kemaskan dapur. Bagi prince susu lagi then sudah kehabisan bateri. Time to sleeep....

Memang rasa 24 jam tak cukup Tapi yang penting happy dan syukuri apa yang ada..Ingat ye...orang yang tak bersyukur adalah orang yang selalu marah-marah dan asyik kata ini tak cukup, itu tak cukup dan dibenci Allah.

Sekian..budak dah bangun.