Selasa, 18 Februari 2014

Laptop Sudah Selow....

Uuuurggghhh....siapa suka kalau laptop, pc or any gadget jadi slow angkat kaki! Tak de yang suka kan? Geram betul jadinya. Nak buka satu file pun kena tunggu few seconds. Arrrghh.....pada aku yang sukakan benda laju-laju ni memang terasalah sangat geram. Tambah lagi cuaca tengah panas ni. Tapi terpaksa juga sabar. Kalau tak sabar, hempas laptop ni, lepas ni dari ada laptop yang slow terusla menjadi tak de laptop langsung. Hahaha....mati kutu la nanti jawabnya. So untuk bersabar, marilah update belog.

Dalam otak ni tengah fikir nak beli laptop baru. Apa ya laptop yang paling powerful sekarang ni? Katalah aku ada duit dalam RM3000. Cuba suggest sahabat-sahabat sekalian? Nak kumpul duit ni. Nak jadikan matlamat. Supaya ada drive untuk meneruskan aktiviti Google Adsense ku.

Oh ye...nak catit juga kat blog kesayanganku yang tak sampai hati aku nak remove ni, dalam sebulan ni, adalah juga dapat earning dari adsense. Tak banyak pun...dalam 3 dollar lebih je. But hey...aku baru je start aktif balik ye. Aktif here means medium active, not super active. Super active bermaksud melakukan kerja-kerja promosi dan SEO yang berterusan, mencari quality backlink dan dalam erti kata yang lain, menaikkan page view secara berkesan. Aktifku cuma setakat update at least 3 post sehari dan buat permulaan aku cuba fokus pada 1 blog saja. Not this blog. Blog ini hanyalah untuk merepek dan melepas geram saja. Lepas update blog, aku pergi ping, lepas tu run RefererX. Yes! Saya gunakan RefererX. Dan saya cintakan RefererX. Ia membuatkan hidupku yang boring lebih bermakna. But I don't use RX on this blog sebab once again, blog ini hanyalah untuk merepek. Because aku ni jenis orang yang tak suka luahkan perasaan dengan kata-kata, sebaliknya lebih sukakan keyboard. But, aku juga bukan jenis orang yang suka melalak kat FB. I prefer blogging.

So....kembali kepada isu adsense, dah sebulan lebih ni aku memang bersungguh-sungguh fokus kat satu blog yang membincangkan niche yang HPK. Sambil nak eksperimen juga ni. So far so good....nampak juga hasilnya. Aku memilih untuk fokus pada 1 blog saja sebab dulu pernah buat beberapa blog dengan banyak niche yang popular. Akhirnya aku sendiri yang tunggang langgang dan berserabut. Lagipun dulu boleh la sebab tak de anak lagi. Sekarang ni dah ada anak, tak boleh nak duduk depan laptop sangat. My prince bangun, aku kena tinggalkan lappy, buatkan dia susu, masak makanan dia, lepas masak, madikan dia, lepas tu bagi makan sambil tonton drama korea..hehe...lepas tu bolehlah sambung balik buat kerja blogging kalau dia tak meragam. Cukup jam, dodoikan dia. Bila dia tidur, kemas-kemas sikit rumah untuk sejukkan mata suami bila dia balik nanti. Lepas tu sambung balik blogging. Tak sampai berapa jam, my prince pun bangun. Layan dan main-main dengan dia kejap sambil tunggu waktu asar. Lepas tu solat, then bagi dia makan lagi. After that masak untuk dinner. Lepas masak, mandikan prince, mandikan dir dan solat maghrib. Lepas tu dinner sambil tengok cite korea lagi. And then sambung dengan cite korea lagi dan kemaskan dapur. Bagi prince susu lagi then sudah kehabisan bateri. Time to sleeep....

Memang rasa 24 jam tak cukup Tapi yang penting happy dan syukuri apa yang ada..Ingat ye...orang yang tak bersyukur adalah orang yang selalu marah-marah dan asyik kata ini tak cukup, itu tak cukup dan dibenci Allah.

Sekian..budak dah bangun.

1 ulasan:

Blogger berkata...

If you're looking for an excellent contextual advertising company, I recommend that you check out ExoClick.