Khamis, 26 Disember 2013

Hei....Apa Benda Dalam Air Ni? Mari Kita Lihat Dengan Lebih Dekat.Apa?!

Jika anda terbang di atas air dan memandang ke bawah dan melihat suasana ini, anda mungkin tidak akan tahu apa yang perlu fikirkan. Sehinggalah anda sama ada terbang lebih rendah lagi atau menggunakan teropong.

Itulah sebenarnya apa yang berlaku di atas Tasik Nakura di Kenya. Apabila melihat lebih dekat dan lebih dekat lagi,realiti yang sebenarnya sungguh wow dan awesome!

kelihatan seperti tumpahan minyak berwarna merah jambu

tapi bukan...

sekejap

adakah itu...

tak mungkinlah....




betul tu...


apa yang anda lihat adalah sekumpulan burung flamingo


Jumlah yang sangat-sangat banyak


dengan jumlah sebanyak itu flamingo mungkin boleh menawan dan mengausi dunia. LOL


Apa yang mungkin anda tak tahu tentang flamingo ialah kadang-kadang mereka berkumpul dengan koloni mereka untuk mendapatkan alga kegemaran mereka di dalam air.Adakalanya ia boleh terdiri daripada beribu-ribu atau berjuta-juta burung flaminggo. Hanya melihat susana indah ini akan membuatkan anda terpesona, kagum dan memuji kebesaran Allah.

Sumber: http://www.reddit.com/

Begitulah rupanya apabila 1.5 juta flamingo berkumpul bersama-sama disatu tempat. merah jambu.

Jumaat, 13 Disember 2013

Surirumah Produktif aka Productive housewife

Dah banyak tahun dah aku menyandang gelaran surirumah separuh masa ni. Adakalanya rasa bangga dan ada kalanya pula rasa useless. Kenapa rasa bangga? Sebab boleh buat kerja dengan tangan sendiri. Hasilnya boleh dinikmati secara terus. Tak payah tunggu hujung bulan, dapat gaji baru boleh nikmati. Contohnya bila memasak, lepas tu boleh makan terus. Mendengar pujian dari suami. Bila melihat perkembangan anak biarpun sekecil dia pandai meniarap, pandai berjalan, berak secara teratur, itu sudah cukup mendatangkan kepuasan yang tersendiri. 

Kenapa rasa useless? Sebab bila masalah kewangan datang melanda, mulalah syaitan berbisik menggoyahkan iman. Walaupun aku ada degree, penat-penat mak bapak aku cari rezeki nak sekolahkan aku, akhirnya aku terperuk di rumah juga. Tak dapat nak bantu suami untuk ringankan beban bila melibatkan bab kewangan. Paling banyak aku boleh bantu cuma pinjam kan adik beradik yang mana nanti-nanti pun bayar pakai duit suami. Arrrgh....seksa sungguh rasanya menahan godaan nak cari kerja. Kalau ikutkan Adam dah 2 tahun, bolehlah aku cari kerja,hantar dia ke nursery. Tapi, sang suami selalu tidak mengizinkan. Sabar...katanya. Tunggu sikit lagi, kumpul duit buat modal bolehlah meniaga secara kecil-kecillan. Bekerja dengan orang ni banyak siksanya. Dapat bos yang tak betul, meranalah menahan sakit hati tapi tak boleh nak diluahkan. Kalau diluah nanti, takdelah duit gaji hujung bulan. Hmmm....

Paling sedih bila jumpa kwan-kawan lama and diorang semua dah berjaya dalam carreer masing-masing. Dah ada kereta sendiri, boleh shopping dengan duit sendiri. Walaupun aku ni bukanlah kaki shopping, tapi kalau ada duit den bertingkek tingkek, siapalah yang tak nak shopping kan. Hello....takde pompuan yang tak suka shopping okay....wahai lelaki sekalian, kalau isteri anda kata dia tak suka shopping, faham-fahamlah bahwa dia sangat memahami keadaan kewangan korang. 

Sebab itulah juga sekarang ni aku menyibukkan diri mencari peluang buat duit sikit-sikit. Sedang mengintai peluang-peluang buat duit tanpa modal. But of course, jangan main sambar aje. Kena selidik betul-betul. Kalau tak jadi buang masa je lah nanti. Masa pun tak banyak mana. Dalam 2 ke 3 jam sehari je masa anak dah tido. Kadang dia dah tido pun tak boleh juga sebab ade je keje lain. Mengemop ke, cuci kain ke, masak ke....jangan ingat duduk kat rumah ni senang ye...Nampak je macam senang. Suami balik kita senyum manis-manis, bawa air. Tapi badan penat okay....statement ini tidak bermaksud bahawa saya mengatakan kerja suami yang mencari rezeki tidak memenatkan atau lebih mudah. Keje dia lagi susah, kena perah otak dan tenaga. Kita pakai tenaga je. Maksud statement itu ialah, jadi surirumah bukan sekadar duduk rumah dan goyang kaki saja. Lainlah kalau mereka yang ada orang gaji. 

Owkey...macam mana nak jadi productive housewife ni ye? Bagi aku yang paling utama ialah perkara asas seperti kekemasan rumah, makanan tersedia dan melayan anak dan membantu perkembangan mereka adalah yang perlu didahulukan. Lepas tu baru boleh jeling-jeling benda lain. Jangan nanti sibuk mengejar wang, perkara-perkara diatas terbengkalai. Boleh jadi konflik tau...

Ok tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada tips-tips berguna silalah kongsikan dengan aku yang hina ni ye...