Jumaat, 24 Jun 2011

Menghitung Hari...

Sudah lama dalam mode silent kerana tiada ilham dan saat ilham datang, diri tidak berada di depan lappy. Tup-tup sekarang ni I'm already 36 weeks pregnant. Means dalam sebulan lagi akan menyambut kehadiran orang baru. Insyallah....

Tak sangka akhirnya dapat juga melalui pengalaman indah ni. Perasaan, di awal pregnancy untuk kali pertama ni surelah excited but still rasa macam blur and sukar nak gambarkan feeling tu. Di pertengahan mula tambah teruja dan mula bertanya sana-sini sebab nak pastikan ready untuk semua yang bakal yang mendatang. Maklumlah, fasa baru akan bermula dalam hidup. Sebagai bakal mummy, siapa yang tak mahu menyediakan yang terbaik untuk bakal cahaya mata yang akan hadir menyinari alam rumah tangga kita. Masuk minggu-minggu yang terakhir ni pula, hati dah mula rasa tak tenang. Makin banyak menggoogle pasal pengalaman dan permasalahan mommies yang lain semakin risau dibuatnya. Risau ada yang tak kena nanti, risau masalah ni, risau masalah tu. Barang-barang baby dah beli sikit tapi sentiasa risau tak cukup.

Selain tu risau juga kalau nanti tak dapat menjadi mummy yang terbaik. Dalam keadaan macam ni sokongan suami memang amatlah diperlukan untuk memberikan ketenangan. Tambah-tambah lagi sekarang badan dah makin berat, and semua benda pun malas nak buat. Nak jalan malas, nak masak lagilah malas, nak uruskan rumah...kalau boleh nak baring je sambil sentuh perut and cakap ngan baby. Agak-agak semua orang preggy macam ni ke? Atau aku sorang je?

Huhu...apapun...Isnyallah...moga-moga nanti semuanya akan berjalan dengan lancar. Despite all the worries, rasa excited itu lebih besar. Excited nak jumpa, menatap dan menyentuh baby and excited nak witness the miracles.