Rabu, 21 Julai 2010

Oh no!!!

Arrgh...aku telah merosakkan template blog aku....itu ler...gatal sangat nak cuba design baru by blogspot..huhuh....kena buat balik ni, sungguh tak menarik.


Khamis, 15 Julai 2010

Pindah Lumah...Pentingkah?

Hoyeeea...wa sudah mau pindah lumah woo....sewa manyak mulah, and lokasi manyak bagot....rumah tadak besal la...tapi hati manyak hepi..wa mau melalikan dili dali semua manusia yang menyakitkan hati. Wa mau lali dili selama 3 tahun...tamau jumpa bebelapa selected person dalam masa 3 tahu. cuma aku dan suami...aiyoo...bole tahan ka? huhu..

Hehe...boleh caya ke aku boleh menghilangkan diri selama itu? Rasanya mungkin tidak, tapi itulah tekad aku. Sebabnya...aku sedih, sakit hati dan juga kuciwa....tadada...so, maybe aku perlu ingatkan depa how important aku ni dalam hidop mereka. Ceewaahh....

Pernah tak rasa korang ni sangat penting dalam hidup dorang. Kalau tak test berapa pentingnya korang, then silalah menghilangkan diri tanpa khabar berita selama beberapa hari. Dalam masa kehilangan itu, intai-intailah manusia-manusia yang kamo rasa memerlukan kamu tu, and tengok adakah hidup mereka kucar-kacir tanpamu atau biasa saja...

kalo hidup diorang kucar-kacir, bermakna kamu sangat penting bagi mereka. Kalo tidak, then jangan perasan diri tu V.I.P..hehe...

Hmm...aku pon nak test gak ni. 3 tahun!!!

Isnin, 12 Julai 2010

Sharing...

Kecewa itu datang bilamana kita terlalu berharap akan sesuatu yang kita sangka mudah untuk kita capai. Oleh itu janganlah terlalu berharap. Berserahlah, tawakal setelah usaha..

Kecewa boleh membawa banyak perkara buruk. benci mebenci, dengki mendengki...maka seeloknya ikhlaskan lah hati dalam setiap perbuatan. ikhlaskan agar kita tidak lagi berharap dan tidak kecewa. Jika memang rezeki kita, ia takkan kemana.

Allah yang maha yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika kita tak memperolehi apa yang kita inginkan, ia mungkin bermakna ia bukanlah apa yang baik buat kita. Allah itu Maha Halus, dari sekecil-kecilnya perkara, semuanya telah disusun buat kita. Jadi janganlah kecewa, kerana kekecewaan itu tidak ubah seperti memarahi takdirNya yang maha mengetahui dan maha Pencipta.

Rabu, 7 Julai 2010

Happy 3rd Anniversary!!

Syukur Alhamdulillah...hari ini genap 3 tahun hubungan aku dan Mr. Hubby. 3 tahun kenal dan 2 tahun melalui alam perkahwinan bersama. Alhamdulillah...cinta masih hangat, malah lebih hangat dari dulu. Alhamdulillah, persefahaman masih kuat dan Alhamdulillah makin banyak perubahan yang berlaku, perubahan ke arah hidup yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah...

Moga tahun mendatang hubungan ini masih utuh, den semoga Allah sentiasa merahmati kami. Semoga dikurniakan dengan cahaya mata penyeri rumah tangga. Semoga cinta ini kekak hangat, semoga semuanya baik-baik belaka.

Semoga di tahun-tahun mendatang segala impian tercapai. Dan semoga aku dan suami menjadi insan yang lebih baik. Beriman dan Bertakwa kepadaNya....

Amin...