Rabu, 31 Mac 2010

Simply Siti - Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza


Wah wah...dah ada beuty product line pula kak siti aku ni. Baguslah, artis kenalah tau mana nak cari sumber pencarian yang lain selain menyanyi dan berlakon. Dah banyak contoh yang kita lihat dimana artis hidup melarat selepas zaman kegemilangan mereka pudar. Bidang hiburan ni memang penuh dengan dugaan, ada up and down. Alhamdulillah, kak Siti aku ni maintain up sampai sekarang. tapi, kita hanya manusia biasa. Allah yang menentukan segalanya. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan, malahan apa jadi pada esok hari pun kita tak tau. Kena selalu bersedia dan merancang untuk masa depan.

Dato Siti juga memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjadi francaisor kepada produknya ini. Nak keterangan lanjut bolehla layari simplysiti.com.

Produk Simply Siti ni dikatakan boleh didapati di cawangan watson. Aku tak redah lagi sebab baru tau hari ni. Haha...ketinggalan jugek aku nie.

Apapun, komen peribadi aku sebagai kaki kritik tak berbayar ni, kalau Dato Siti nak bersungguh memasarkan produk ni, buatlah sehabis baik. Bayar someone untuk design balik logo tu biar nampak lebih professional dan menarik. Dan harap-harap produk beliau ni memang Baek punya...

Komen lain tak pat bagi lagi sebab belum mencuba. Apa-apapun, tahniah kepada beliau. Maybe ada yang akan kata ini tuah beliau kerana berkahwin ngan orang kaya, tapi benda ni pun datang dari idea dan kudrat beliau juga.

Aku pun pernah berangan nak ada beuty product sendiri. Chemist hebat punyer dah ada, modal jer tak de. tapi bukan kosmetik produk okeyh...sebab aku memang makeup idiot. Maybe sabun mandi, hair shampoo. haha...berangan je lebih.

Anak Zaman Sekarang...Apa Yang Mereka Mahukan?

Mana yang lebih baik? Mengawal pergerakan anak-anak atau memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada mereka? Atau in between, dalam bahasa dangdutnya, yang sedang-sedang saja?

Terlalu mengawal dan mengongkong akan membuatkan mereka memberontak dalam cara yang lain, yang akan membawa kesan buruk di hari muka. Kebaikannya, cara ini mampu untuk mengelakkan mereka terjerumus ke alam yang tak berapa baik. yes....for a while. Tapi bila anak-anak sudah meningkat remaja nanti, mereka mungkin berhadapan dengan culture shock, membuatkan mereka terlalu hanyut untuk mencuba sesuatu yang baru. Yang juga mungkin sesuatu yang baik atau juga yang buruk. Dengan alasan mereka sudah cukup dewasa, sudah ada kerjaya, tak mengharapkan duit mak bapa lagi, and they can do whatever they want.

Memberikan kebebasan dan trust kepada mereka, membuatkan anak-anak merasa mereka bebas melakukan apa sahaja. mereka menganggap parents mereka sporting, always there to support them. Mungkin juga kepercayaan ini akan disalahgunakan. Namun cara ini juga boleh membawa kebaikan, sekiranya anak itu mampu menghargai kepercayaan yang kita berikan pada mereka. tapi semua manusia berbeza. Ada yang boleh menghargai, dan ada pula yang tidak. Mereka menjadi terlalu manja dan akan meminta lebih lagi. dan bila dah tertimpa bencana suatu hari nanti, mereka mungkin akan menuding jari pada kita. seperti cerita P.Ramlee, Anakku Sazali.

Yang sedang-sedang saja? Aku tak percaya situasi ini wujud. kerana both mengawal dan memberikan kebebasan biasanya berlaku secara berlebihan. Sukar untuk besederhana dalam situasi ini. Ini soal hati dan perasaan. Ada yang terlalu sayangkan anak sehinggakan sanggup menurut apa saja kemahuan mereka. Dan ada pula yang terlalu tegas.


Anak adalah anugerah. memetik dialog drama desperate housewife yang aku tonton tadi, "anak adalah anugerah yang mana membuatkan kita muntah-muntah dan sakit-sakit selama sembilan bulan sebelum mendapatkannya" . Anaklah anugerah yang buat kita ketawa, berduka dan segala macam perasaan.

Topik ini agak berat untuk difikirkan malam buta begini. tapi ia sedang menghantui fikiranku. Aku agak kecewa saat ni, so aku cuma boleh melihat sudut negatif pada setiap opsyen yang ada. maybe, may dear readers boleh share pendapat?


Selasa, 30 Mac 2010

Make Up Idiot


Nak sangat belajar make up! tapi niat tu selalu tak tercapai. Sebabnye? lenguh tangan tarik sana and tarik sini. coret sana coret sini.

Nak makeup camana? pakai lipbum pon tak reti, selalu sangat terkeluar dari garisan bibir. problem is, bibir aku xde garisan. ye ke tak de? Atau aku yang tak tau mana satu. haha....

nak pakai celak lagi le...aku takut. nampak sangat tajam.

pastu, bulu kening aku dah berserabut. Nak coret eye shadow pun tak bole. Mr. H kata dosa kalau cabut and cukur bulu kening. nak gunting2 sikit boleh la....arggh...bendul betul aku nie. Mr. H kata tak yah le make up. Tapi aku jeles nengok dua adik ku yang semakin pandai make up. Kat mana entah diorang belajar. mak aku tak ajar pun...

agaknya my first step ialah untuk mula membeli barang kosmetik. Lipstick maybeline aku dah lebih 3 tahun duduk dalam handbag. masih panjang dan tak terusik. Boleh expired ke lipstick? Yang lain-lain aku tak de. kalau aku dah beli sikit demi sikit maybe akan datang juga kerajinan nak belajar menconteng muka.

Aku biasa taruk krim muka and powder je. Tu wajib dari aku tingkatan satu. Aku rasa dah sampai masanya aku belajar make up. So, bila muka aku dah kedut-kedut satu hari nanti boleh la aku sorokkan.

Ingat Kiamat

tak tahu la kenapa hari ni aku dok terfikirkan pasal hari kiamat. Aku mencongak-congak dan merasakan hari itu semakin dekat. Ini membuatkan aku terburu-buru buat itu dan ini. Sampai masak untuk makan malam pun aku nak cepat. seolah ada yang hendak dikejar. yang pastinya aku merasa betul-betul tak selesa.

layakkah aku menghuni syurga?

sudah cukupkah ibadat ku?

sudah terampunkah segala dosaku?

adakah aku umat-Nya yang solehah?

persoalan-persoalan itu aku ulangi berkali-kali. tetap, jawapannya negatif. Ya Allah....panasnya api neraka. Tak sanggupnya aku berada di sana.

Sempatkah aku untuk merubah keadaan itu?

Mengingati kiamat membuatkan aku begitu ingin untuk berubah. Begitu ingin menjadi insan yang lebih baik. Tapi adakah aku akan mengingati kiamat esok hari? Atau aku akan lupa begitu sahaja kerana sifat lalaiku?

Alangkah baiknya jika aku mampu mempertahankan ingatan terhadap hari dimana kiamat bakal tiba. Setiap hari, setiap pagi sebaik sahaja mataku celik. Pasti hariku akan dipenuhi dengan amalan yang baik-baik.

Alangkah baiknya kalau aku ini bukan manusia yang lalai....


Isnin, 29 Mac 2010

Finest Friendship

“I do my thing and you do yours. I am not in this world to live up to your expectations, and you are not in this world to live up to mine. You are you and I am I, and if by chance we find each other, then it is beautiful. If not, it can't be helped.”...

"The finest kind of friendship is between people who expect a great deal of each other but never ask it”

agree??...

Khamis, 25 Mac 2010

Aku Baik Baik Saja

tak perlu kau tanya khabarku....
Aku baik-baik saja...
Tak perlu balas sms ku...
Aku tak mengharapkannya..
Kau sibuk, tiada masa buatku..
Aku tahu...
Tak perlu jaga hatiku..
Aku bukan selemah yang disangka
Aku bukan mudah terluka
Tak perlu hargai aku...
Tapi ingatlah satu hari nanti
Bila aku sudah tiada disisi
Aku baik-baik saja..

Rabu, 24 Mac 2010

Akulah Stalker....

ooops....mengendap bukanlah hobiku. Tapi sejak akhir-akhir ni itu je la yang mampu aku buat. Hehe...

Diletakkan di suatu tempat yang dipenuhi manusia setiap hari, dengan kerja yang sangat minimum, dalam jangka masa yang panjang aku yakin suatu hari nanti aku akan mula tertarik untuk menjadi pemerhati gerak geri manusia tak berbayar. Alangkah baiknya kalau berbayar, sure gaji aku boleh cecah puluh ribu sebulan. Hehe...

Anyway, GB masih belum sihat. Entah bila la. And entah siapala yang dengki sangat nak hack GB yang mulia tu. Cis! Tak boleh tengok orang senang! Apa diorang dapat kalau hack website ni ek? dapat duit puluh juta ke? Or hanya untuk kepuasan diri kerana berjaya menyusahkan orang lain? Tak de keje lain betulla....

So for the meantime aku pakai Innit dan Ozybloggers untuk ping blog. Innit ni toksah nak perkenalkan lagi ler, pasti semua dah tau. (eh...ada yang tak tau ke?) And Ozybloggers ni, aku menikut saranan sedara FIT. Ozybloggers ni lebey kurang GB jugek la...tapi tak semeriah komuniti di GB. Maklum ler...berpangkalan di Australia. tapi nampaknya ramai jugak Malaysian yang dah join. Nak join kena pakai twitter.

Mula-mula risau juga nak join OB ni, sebab masalah politik antara Malaysia and Aussie sekarang ni. Hehe....tapi rasanya problem tu belum melarat lagi. Akhirnya aku masuk jugek. Not bad....

Sorry gengblogger...aku mengkhianati cintamu. Tapi ini hanya buat sementara sahaja. Pulanglah dan aku akan kembali padamu...

Is It Just Me? What Happen to GengBlogger?

oh...kenapa masalah ni melanda aku? Adakah GengBlogger merajuk padaku sebab dah lama tak login? Adakah aku sepenting itu sampai die nak kene majuk kat aku? hehe...

siyes....dah dua hari baru sekarang ni ada chance nak bukak lappy. Cam biasa bukak email dulu, then FB dan finallay GB. But...Ooops.....

tyme nak buka Gb tu, dia tak terus load and bukak page GB macam biasa. Tetapi keluar benda macam ni....
|
|
|


Is it just me? Atau semua orang pon kena melalui step ni? Is it a problem with my lappy?

I tried to key in password and username banyak kali still tak boleh bukak. And aku tak boleh nak retrieve password and username dari email sebab seingat aku, aku join pakai facebook.


Now that I cant log in, aku juga takkan dapat tahu jawapannya dari forum. Sebab tak bole bukak. Maybe benda ni sudah diannounce kat forum sebelum ni, but aku takde jenguk GB sejak Monday. Haha...aku sedang bermain dengan teka teki...

Guys...please....can somebody explain? GB is like a Blackberry to me! Very Important! hehe....

Isnin, 22 Mac 2010

Perubahan!

Esok, Monday, 22 March 2010, semuanya bakal berubah. Yess! Bakal ada perubahan dalam rutin hidupku yang sudah telah bertahan hampir setahun lebih. esok, segalanya bakal bermula. hanya satu langkah kecil, tapi semuanya bakal berubah.

Moga-moga ada yang baik bakal datang. Moga-moga perubahan ini membawa pengalaman baru buatku, pengetahuan baru dan segalanya yang baru. Insyallah....

Siapa tak sukakan perubahan? Aku pasti ramai yang tak suka. Bila dah suka pada sesuatu, pasti sukar nak menerima perubahan. tapi percayalah, hidup ini memerlukan sedikit perubahan. Perubahan dalam pukul berapa nak bangun tidur, perubahan dalam makanan, perubahan dengan susun atur rumah, itu pun dah boleh dikira perubahan. Small matters that change everything!

Dulu aku memang bencikan perubahan. Kerana aku selesa dengan sesuatu yang sudah rutin, dan suasana lama dimana aku tak perlu belajar benda baru. Tapi itu semua sudah berubah. Sampai bila nak berada di takuk lama? Dunia sekarang begitu bergerak begitu pantas. Siapa lambat mengejar pasti terkebelakang.

Berubah bukan beerti perlu meninggalkan sesuatu yang lama! Berubah bermaksud menambah nilai baru dalam hidup. bak kata bahasa ekonominya, value added. Siapa tahu dengan sedikit perubahan ini, bakal bertambahlah idea untuk blogku yang tercinta ini? Insyallah....

Ya Allah Ya Tuhanku, rahmati dan berkatilah segala usahaku. Tetapkan dan kekalkanlah imanku pada Mu, jauhilah aku dari melalui jalan yang sesat dan melakukan perbuatan yang mungkar. Ya Allah....bukakanlah jalan rezeki buatku....

Jumaat, 19 Mac 2010

Fokus Sudah Lari

kemanakah larinya fokus ku ini? apsal dia tak jalan slow-slow jer. biar senang aku kejar. Huhu....

Aku perasan aku telah hilang fokus dalam arena blogging ni dalam 2 minggu kebelakangan. Aku rasa seolah aku sangat busy. Tapi bila difikir balik, aku tak de buat ape pon? haha.. maka dengan itu bolehlah disahkan bahawa aku busy dengan aktiviti yang tak membawa faedah langsung.

Maybe sebab sekarang ngah cuti sekolah? kakak aku yang teacher tu hari-hari lepak kat rumah. Aku penat melayan die, and kalau tak layan sepenuh jiwa dan raga macam tak best la plak.

Adik aku yang bongsu pulak dok tumpang lappy aku nak main game. Heran betul...kenapa la dia tak main kat lappy dia je.

Sibuk nak gi shopping sana sini, sibuk nak makan...haha...aku rasa ada kenaikan pada keberatan kebadananku. Yess!!! suke suke...

However...aku cuba untuk tidak hilang fokus lagi. Aku cuba untuk mencari material yang berguna untuk di publishkan kat blog aku ni. Sebab aku mula merasakan blog aku ni sudah lama menjadi blog yang merepek. Patut ler tak de orang masuk. Hoho....

Selasa, 16 Mac 2010

Thank You Mak an Bapak!

Ish...tak sangka jugak aku dah lama tak menghapdate blog haku ni. Terasa macam buzy tapi sebenarnya tak de buzy mende. Adik aku sudah berada disini. So, aku merasakan perhatian aku terganggu. Semacam ada tanggungjawab untuk melayan dia, padahal dua-dua membisu saja.

Walau apa pon, aku merasa sangat kenyang 24 jam semenjak adik aku ada di sini. Seba ape? Seba dia bawakkan supply makanan kegemaran aku dari kampung! Wah....kesian juga aku tengok dia bawak beg berat gila, dan dia pulak kurus macam lidi. Adik aku ni dulu berisi jugak, tapi sejak sakit teruk, dia kurus secara mendadak. Bapak minta tolong aku sumbatkan makanan banyak-banyak kasi badan dia naik balik. Boleh bapak...takde masalah...huhu...

Apa benda yang mak kirimkan dari kampung? Neh dia listnya....

  1. Tempoyak (1 botol choclair)
  2. Pekasam pucuk ubi
  3. Ikan terubok masin
  4. Cili padi (bukan calang-calang cili, first generation of cili. Sangat kecil tapi letak sebijik je dalam makanan sure hangat membara)
  5. Terung masam ( dah lama mencarik terung ni kat sini tapi tak jumpa. Maybe aku belum cari semua tempat kowt. terung ni bulat, dan kalo dah masak kaler kuning. Buat sup sangat sedap. Ada rasa masam-masam. Kalo ada sape tau kat mana nak cari, tolong ler bagitau so aku tak payah susahkan mak aku kat kampung. huhu...)
Last weekend kitorang gather kat rumah, semua adik beradik yang ada kat semenanjung ni lepak kat rumah ni. Semua ngan alasan nak makan tempoyak dan pekasam. Bahagia sungguh rasanya. Time tu baru perasan kat kampung tinggal 2 orang abang je. Yang lain-lain semua dah kat sini. Terus je rasa kesian kat mak dan bapak. jahat sungguh kami ni...tapi mak, bapak, we still lebyou...kami nak kumpul duit untuk mak dan bapak. nanti kite boleh buat rumah baru, kita beli keta baru. Kite boleh ubatkan mata bapak yang sekarang rabun memanjang. Kite nak belikan mak gelang mas, rantai mas, subang mas. Kami tau mak suka kumpul emas. kami tak kisah, sebab kami tau, itu je yang mak nak.

Mak, bapak,...nanti bulan Jun, kami semua pasti pulang. Riuh rendah la kampung nanti. Insyallah time tu nanti, kite dah ada kete baru. hadiah buat bapak...Insyallah....

Oh...aku bahagia....

Rabu, 10 Mac 2010

Mahu Handphone Macam Ni?

Dunia dah makin moden. Macam-macam benda baru dicipta.

Ni gambar yang aku kutip dari google buzz. Gambar window phone punya concept phone. Jangan tak tau, window pun dah buat handphone and begitu juga google memperkenalkan google phone.

Concept phone ni mempunyai housing yang transparent, sampai boleh nampak tangan kita kat belakang bila dipegang. Wah...menarik betul. Nasib baik tak boleh nampak benda dibalik kulit dan di sebalik baju. Huhu.... Agaknya setahun dua lagi ada phone macam ni pulak dicipta. X-ray phone!

Lagi menarik, tahap transparent housing phone ini juga bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, ia akan transparent dengan clearnya. kalau hujan, akan nampak water drop.






Apapun, masih lagi hanya konsep, belum dikeluarkan lagi. Ibarat Proton Emas kita...huhu...

Download Korean Drama

Remeber my request semalam? tentang kat mana nak download drama korea east of eden?

Sehari semalaman aku mencari. Memang betul-betul dah tahap nekad dah ni. Sebab aku risau next week aku tak dapat lagi nak follow kat rtm 2. Next week i'll be busy with my sistah coming over. Kena uruskan school die. Huhu....

So, tak pasti le kalau u all berkenan, tapi just for sharing, aku nak provide satu blog yang menyediakan korean drama download ni. Bukan je korean drama, japanesse and taiwan drama pon ada and also termasuk movie and music.

Kalau korang tercarik-carik silalah pergi ke Drama Island. A very simple blogspot site yang telah berjaya memuaskan kehendak ku. So, dengan itu, entry ini adalah kredit buat owner blog tersebut, walaupon dia tak faham bahasa aku. Hihi....

memanglah tak banyak lagi drama yang diuploadkan oleh owner ni. Tapi still dia dah upload benda yang aku carik. So tengkiu..tengkiu...

Go-go now...

macam-macam drama ada for free download.

Semoga bahagia....hehe...

Casey James, My Favourite A.I 9 Contestant

sape follow american idol 9? Ni first time aku follow benda alah ni. Huhu..boleh dikatakan tertunggu-tunggu every week sebab lepas american idol, Glee menyusul memeriahkan malam rabu yang indah. Hoho....

sape yang korang sokong? dengan tak segan silunya aku mengatakan aku suke sangat ngan budak Casy James, yang very the seksi. Rambut, muke...and apa-apa aje tentangnya. Cowboy look...Suaranya not bad, but yang paling best, bile dia nyanyi, dia dok senyum seksi je. Cair siot...Tak sabaunye nak menengok die esok. Huhu...

Dengar cite mamat ni penah masuk lokap sebab memandu dalam keadaan mabuk. diye ni jugak contestant kesayangan Kara, juri A.I 9. Asal die start nyanyi je, juri lain mesti nak tengok reaksi si Kara.



Inilah dia wajah tampan dan seksi casey James, contestant American Idol season 9 yang aku sangat minati. Seksi siot!

harap sangat dia menang.Nak vote, tak bley...tapi kalo dia tak menang A.I, pon, kalau jadik pelakon sure laku macam pisang panas!

Selasa, 9 Mac 2010

Korea Drama : East Of Eden

baru lepas tengok drama korea east of eden kat rtm 2. Tak tahan betul. Dah tak sabar nak tengok sampai habis. rasanya dah kat penghujung jugak la tu. maybe ada 5 or 6 episod lagi. Problemnya, tak de letak episod berapa bila cite ni main kat tv. Kalau ada pun, aku tak reti baca tulisan korea. Siannye...so main agak je.


Cite ni tengah menuju ke alam yang semakin membuatkan hati geram, marah, sakit hati, kejam, sedih. Sebenarnya cite ni memang sangat sedih dari mula lagi. Ada 56 episod semuanya, dalam 56 episod tu maybe ade less than 10 episode je yang aku tak tangkap leleh. haha...so girlish. Sampai diorang main bola pon aku boleh nangis. Kenapa? Sebab ada cerita sedih disebalik main bola. And tambah sakit hati, bila ada kes-kes politik kotor. Arrrgh...geramnya. Kenapalah orang jahat susah betul nak dikalahkan.

So, aku betul-betul dah tak sabar. Habis je tengok kat tv, terus google nak tengok online. Tak jumpa website yang bagus lagi.

Kawan-kawan sekalian, ada tak cadangan kat mana nak tengok drama korea online selain dari Mysoju.com? Bukan apa, kat Mysoju ni banyak sangat yang broken link.

Tolonglah saya....ini first time saya merayu pada blog yang hina dina ini...

Please..please...please...

Isnin, 8 Mac 2010

IPod Touch 8Gb, IPod Nano 8gb dan Ipod Shuffle 4gb Untuk Dimenangi!

Pernah dengar tentang Flarebiz Network? Atau majalah IM (Internet Marketing). kalau tak pernah dengar silalah rujuk kepada link ini:- http://www.majalahim.com/

Flarebiz Network ni adalah salah satu idol aku sejak mula berjinak-jinak nak mencari duit kat internet ni. Flarebiz network dinaungi oleh dua orang budak muda iaitu Adly a.k.a Labanon dan Zhafran. Memang tabik spring kat mereka berdua ni sebab dah berjaya dalam bidang IM pada usia yang sangat muda. Sekarang pon diorang dah ada office sendiri untuk menguruskan Flarebiz Network dan produk-produk mereka seperti Sistem NiagaKit.

Yang paling bestnya, hampir setiap bulan mereka menerbitkan majalah IM berbahasa Melayu dalam format pdf untuk di download secara percuma. Banyak tips yang boleh diperolehi dari situ sebab diorang juga menginterview para usahawan internet yang ada kat Malaysia nie.

Okeh...kalau berminat sila jenguk-jenguk website Majalahim ni ye.

Berbalik kepada tajuk diatas, tadi masa tengah check email, ternampak satu email dari flarebiz network ni yang mengajak menyertai peraduan sempena ulangtahun saudara Zhafran iaitu Peraduan Ulasan Sistem Niagakit dan menawarkan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik buat para blogger.

Kepada yang tak tau, Sistem NiagaKit ni adalah salah satu produk flarebiz Network, kepada yang tak pernah membeli produk ni, you all masih boleh join peraduan ni. Sila ikut langkah-langkah yang disediakan pada link ini:- http://www.majalahim.com/peraduan

Hadiah yang ditawarkan ialah :-

1) iPod Touch 8GB + Sistem Niagakit* + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1

2) iPod Nano 8GB + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1

3) iPod Shuffle 4GB + T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi x 1

4) 5 pemenang hadiah saguhati iaitu T-Shirt Istimewa dari Kartunis Ubi

Untuk keterangan lanjut, sila layari:


Peraduan ini hanya akan berlangsung selama 25 hari sahaja iaitu bermula 4hb Mac 2010 sehingga 29hb Mac 2010.

Pada yang dah lama mengidamkan Ipod Nano ni, jangan tunggu lagi. Inilah peluang keemasan buat anda semua. Peraduan ini adalah sangat mudah dan senang untuk anda sertai asalkan anda mempunyai blog sendiri.

Dan Akhirnya....

Kerana CB yang lembab, akhirnya aku termakan jugak tip tips yang berjaya aku jejaki untuk melajukan CB tersebut. Antara tips yang pernah aku baca ialah untuk tweak, tukar setting modem and also beli usb cable.

Dengan tekad yang betul-betul tak mampu digoyahkan lagi, aku berjaya jugak beli usb cable. Cuma tersilap beli. Ingat nak beli 5 meter, tapi dapat 3 meter je. Jadila.....Balik rumah, aku gantung CB aku tinggi-tinggi. Hari pertama dan kedua tak de perbezaan sangat. Only, mula malam tadi barulah suasana bertukar. Aku dah boleh senyum balik. Aku bagaikan jakun melihat page yang aku bukak loading dengan cepatnya, walaupun baru 2 minggu aku dilanda masalah CB slow melampau.

So, aku sarankan bagi you all yang ada problem broadband slow ni, ikut ler jejak langkah aku nie. Huhu...

And another mission completed. Last week aku juga berjaya menjalankan misi ku untuk meceriakan hati kawanku yang putus cinta. Bukan susah sangat pun, just make her happy a little while, make sure that she know that dia ada kawan yang menyayangi dan ambil berat pasal dia. And also, ikut je perangai dia satu hari. Pasti sembuh le kelukaan tu sedikit. Sikit pun jadi la...jangan tak de.

Aku seronok dapat membantu sahabat tersebut. Sebab bagiku, tujuan hidup aku hanyalah untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayangi. Family aku and my 3 precious friends. Aku tak boleh tengok atau tahu bahawa diorang sedih. Aku akan sedih sepanjang masa sehingga aku mampu mengubat kedukaan mereka.

Minggu ni, satu lagi misi akan bermula. Adik bongsuku akan terbang dari sarawak ke sini. Mak telah meletakkan dia dibawah tanggungjawab aku untuk menjaga dan menguruskan semua urusan studynya disini. Aku rasa bangga, sebab aku tahu mak percayakan aku. Mak tahu aku mampu.

Cuma aku rasa risau, mampukah aku bertahan dengan adik bongsuku ini? Sebab dulu-dulu masa kecik aku dan dia selalu gaduh besar sampai pernah tak bercakap selama 2 tahun walupun tidur sebelah-sebelah.

Apapun, aku pasti, aku sudah jauh berubah. Kini aku telah mengenal Allah dan agama Islam yang suci. Sifat burukku telah berjaya aku kikis.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah...

Gara Gara Celcom Broadband

Tak habis-habis lagi isu ketidakpuashatian aku dengan CB ni. Dah seharian slow gila, tiba-tiba pukul 2.oo pagi dia laju. Aku baru nak tutup lappy and tido. Tapi lihat dia punya speed sekarang ni, aku nak post jugak satu entry. Entry merapu, takut takde peluang nak post lagi esok.

Gara-gara CB ni, aku dah 2 minggu tak blogrunning. Kerana CB jugak, traffik aku jatuh merundum. Kalau dulu at least seminggu dapatla aku 50sen dari uncle nuff, sekarang dah 2 minggu tiada kemajuan. Oooh...sedih betul.

Gara-gara CB jugak, aku banyak ketinggalan isu-isu semasa. Gara-gara CB, aku tak de idea nak masak apa, sebab petang-petang aku pasti rajin menggogle resipi untuk dicuba.

Gara-gara CB, masa aku terbuang dengan main game memanjang. Naik lenguh tengkuk aku. Gara-gara CB aku terpaksa pergi bayar bil-bil kat pejabat pos. Kalo dulu boleh bayar via maybank2u je.

Gara-gara CB, aku dah lama tak download lagu baru.

Kenapa tak tukar ke Digi and Maxis? Sebab aku takut depa berdua pun ada perangai yang sama. Aku sabar je la buat masa ni. Baru 2 minggu. Maybe kalau dah dua bulan, aku takkan sabar lagi.

Moga-moga speed ni maintain begini esok. Dan juga hari-hari seterusnya. Please, please, please...kamu jangan selow...

Jumaat, 5 Mac 2010

Kawanku Putus Cinta

Apa korang buat kalau best friend korang putus cinta? Macam mana nak menceriakan mereka yang bermuram durja?

Dalam dua minggu nie 2 orang sahabatku yang tercinta mengalami putus cinta. Dua-dua berbintang scorpio membuatkan aku agak mencari hubungkaitnya. Namun, tak mau sampai syirik pula kan. Soal jodoh semua di tangan Allah. Namun ianya agak merunsingkan aku. Sebagai seorang yang agak sensitif dengan keaadaan semasa dan persekitaran, aku rasa macam 'useless' kerana tak dapat membantu apa-apa. maklumlah, tinggal pun jauh jauh. Lagipun kedua-duanya tidak tampil meluahkan perasaan padaku. Sejak aku kahwin nie, diorang seolah takut untuk semesra dulu. Still, aku rasa ingin membantu serba sedikit.

Yang seorang aku dapat tahu dari facebook, dan seorang lagi aku tahu dari ex-BFnya, sebab dia minta tolong aku tengok-tengokkan kawan aku nia. However, tanpa diorang declare sendiri problem tersebut padaku, aku tak berani sangat menyebok tanya itu dan ini dan juga mengagak-agak.

Apa tindakan you all dalam keadaan macam ni? Membiarkan sahaja? Tunggu sampai diorang minta tolong? Atau just menyebok je? Apa maknanya kawan kalau tak menolong kan? Menolong bukanlah bermaksud try to reconnect diorang kembali. Tapi cukuplah sekadar menceriakan keadaan.

Esok, aku plan nak ajak kawan aku yang sorang tu keluar. Biar dia yang decide nak buat apa. Just to make her happy and maybe forget all the problems.

Anyway, google punya google dapat juga beberapa tips bagaimana untuk menolong sahabat yang sedang mengalami breakup. Here we go:-

  1. Bersabar dan Memahami - Very important. Masa ini diorang sangat sensitif, suka hempas-hempas barang, hempas pintu, menjerit-jerit. Biarkan dan sabar.
  2. Menggalakkan dia untuk meluahkan perasaan (jika dibiarkan saja, mungkin akan menyebabkan dia melakukan perkara yang negatif. Jadi cubalah untuk menimbulkan topik yang ada kena mengena denga relationship diorang secara lembut dan halus. Bagai menarik benang dalam tepung)
  3. Biarkan dia bersedih -(memang sukar melihat mereka bersedih, tapi bersedih adalah salah satu proses break-up. So, bagilah mereka masa walau sedikit sebelum anda memulakan tugas menceriakan mereka)
  4. Memberikan sokongan moral
  5. Jangan mengutuk ex-couple kawan anda (kadang-kadang diorang break up, tapi di hati masih lagi sayang dan ingin semuanya kembali seperti sedia kala. jadi, jangan memburuk-burukkan ex-couple diorang. Sebaiknya jadilah pendengar yang setia.
  6. Jangan galakkan dia mencari pengganti dalam kadar segera
  7. Cuba elakkan dia dari terlibat dengan alkohol dan dadah
  8. Mengalihkan perhatiannya dengan aktiviti yang sihat ( window shopping, tengok wayang, pergi zoo, vacation)
  9. Kaunseling profesional ( kalau dah kronik sangat, ini adalah langkah terakhir)
Itu le dia sikit tips yang boleh korang lakukan untuk membantu kawan yang berak-up. Mungkin juga sesuai dengan yang bercerai? Mungkin tidak. Yang pasti, sesuai untuk girls. Sebab lelaki ada cara lain untuk menghadapi break up.

XOXO

Google Buzz Lagi

Ingat entry saya sebelum ni? About Google Buzz? Rasanya dah ada 3 minggu jugak google buzz ni "on air". Betulkah term tu? Ada siapa-siapa yang bergoogle Buzz?

Aku mengedit-edit profile buzz the first day ianya dilancarkan. And setakat ni dah follow 46 strangers and di follow of the same 46 starngers jugak. Cuma, tak nampak muka orang kita lagi. Maybe sebab aku tak de geng kot.

Aku jugak bukanlah demam sangat dengan Google Buzz ni and also twitter. Sebab tak berapa ada benda sangat nak diutarakan di samping keadaan Broadband yang gile slow sekarang ni. (tak habis-habis aku mengutuk CB nie...)

Tapi yang aku pelik ada beberapa follower aku yang begitu sibuk ngan Google Buzz ni. Sampaikan ada yang kata tak boleh bangun dari kerusi, tak jenguk FB and macam-macam lagi. Mostly omputeh and orang China la,,, Apa yang diorang buat ek?Aku tak faham.

By the way, google buzz ni macam best sebab boleh post panjang-panjang. Tapi tetap jugak tak memberikan erti padaku sebab aku tak de kawan. Haha...

I am the Lone Ranger. I admit it....too afraid to make new friend, too shy to make a first move dan yang paling menakutkan ialah, my best friends not into blog and buzz and twitter.

Sape pakai Google Buzz, angkat kaki! Biar aku jadi stalker kalian...huhu

Selasa, 2 Mac 2010

Pantang Makan!

Dah berapa hari dah aku tak menjenguk blogku yang tercinta ini. Disamping kesihatan yang tidak menizinkan, celcom broadband ini jugak membuatkan aku hilang mood. Baru lepas bayar extra bills, still slow cenggitu. Malam tadi tengok berita tengok celcom axiata mencatat untung. Aku rasa cuak sesangat. Mana tak untungnya, promotion gila-gila, tapi service macam....ntah..But anyway, finally petang-petang ni akhirnya dapat jugak masuk line walaupun masih agak slow.

Maybe sebab mood tengah ok, so aku layangkan je keslowannya ni. Lagipun I really need Internet right now untuk mencari resipi. Huhu...cooking time. Susah betul nak memasak bila tengah pantang makan itu dan ini. Dulu aku hari-hari masak ayam. Sekarang aku tak boleh langsung makan ayam until penyakit beransur pulih...Ooh...peliknye kan.

So dalam peti ais ada segala jenis ikan, tapi aku langsung tak reti nak masak camana. Dah dua hari dok goreng je, hari ni ingat nak buat berkuah sikit. Aku memang suka makan ikan, cuma tak reti nak masak je. Ada pari, ikan timah, ikan siakap, ikan bawal, ada sotong. And back up plan, tin sardin king cup. Kalau dah tak de idea sangat.

Kengkawan? Ada suggestion untuk resipi ikan yang best?

Anyway..sekadar berkongsi penderitaan dalam pantang ni, inilah dia list benda yang aku tak boleh makan buat seketika:-

  • Ayam ( semua jenis masakan, termasuk telur ayam, sup ayam, kfc or whatever, segala yang kena mengena ngan ayam dan kena mengena dengan telur ayam)
  • Segala jenis pisang termasuk keropok pisang
  • ikan terubuk, ikan talang, ikan tongkol, ikan kayu, ikan ayam, dan semua jenis ikan air tawar
  • ais krim
  • coklat, milo, ovaltine
  • durian

Nampak pendek je list tu..tapi semua yang tersenarai adalah feveretku dari sejak kecil. tersiksa betul menahan nafsu. Entah bilalah nak berakhir.