Khamis, 25 Februari 2010

Nuffnang! Gimme Bungalow!

Cis! Esok still hari kerja lagi. tapi aku dah rasa seronok semacam. Hari Jumaat cuti Maulidur Rasul. Meaning cuti panjang ler hujung minggu ni....

Yeah yeah....ngam-ngam dapat gaji plak tu. Nak shopping jugak! Teringin nak pergi ubah imej rambut! Nak buat camana ntah...nanti sampai saloon baru jenguk-jengukkan fesyen yang ada. Korea style? Huhu...tak sesuai ngan muka aku. Dah download beberapa software untuk hairstyle. Esok baru cadang nak godek-godek mencari style yang akan menambahkan keanggunanku.

En. Hubby kata Sunday company dia nak buat team building kat Kuantan. Huh....perpisahan melanda lagi. Tension betul...Hubby ajak aku pergi, aku dilantik dengan tidak rasminya menjadi fasilitator. What? Aku tak nak ler nanti bos dia pikir En. Hubby tak professional. Tapi En. Hubby tetap juga mengajak. Katanya informal je, just budak-budak bawah dia and En. Hubby yang akan memberi talk. Tugas aku cuma jadi tukang angkat barang and pastikan makan minum dan tempat tinggal terurus.

En. Hubby kata nak aku pergi sekali, then boleh ajar anak buah dia buat blog. Oh, begitu ke? Blog aku pon tak berapa best, inikan nak mengajar orang.

hati masih berbelah bahagi...nak pergi or tak pergi. Kalau tak pergi nanti rindu tahap gila sampai sakit kepala lagi. Kalau pergi, aku tak nak keprofesionalan En. Hubby tercalar. Aku je yang nak kisah pasal pandangan orang lain. dia plak tak kisah. Hehe...aku tau dia sayang aku gila-gila!

Teringin nak pindah rumah. Dapat gaji nak beli rumah ler...cis! macam la dapat gaji sejuta. Hurm...Bilalah nak dapat banglo Idaman.

Oh Nuffang...bilakah akan ada contest menang banglo?

Rabu, 24 Februari 2010

Berubah Sudah Template ku

Akhirnya! Aku sempat juga meluangkan masa mengubah template ku. Tidak secomel template orang lain. Aku agak fobia dengan benda comel-comel kerana ia tak melambangkan diriku.

Entry ini hanyalah untuk memberikan credit kepada deluxe template yang menjadi lokasi aku mencedok template yang berjaya menarik hatiku ini. Very me. Everyday di depan lappyku, dengan nescafe 2 kali sehari, mouse and diary.

However aku rasa template ni juga agak slow loading. Maybe ada mistake somewhere. Aku tak pandai bab-bab HTML, so nak periksa di mana silapnya pun aku tak tahu di mana nak bermula.

Last but not least, wahai template baruku, ceriakanlah aku setiap hari. Jadilah penyumbang inspirasi agar kekal jodoh kita. Jika tidak, kau pasti tak lama berada di sini.

XOXO

3 Doa

Dalam misi mencari ketenangan akibat kecelaruan minda sejak beberapa hari, aku mencapai buku yang dah lama dibeli tapi hanya sempat membaca beberapa bab sahaja. Tajuknya, Penenang Jiwa. Buku ni agak menarik kerana teknik penulisannya adalah berbentuk penceritaan.

Aku tertarik dengan doa seorang lelaki yang mahu bertaubat, Utbah al-Ghulam. Tiga doanya adalah seperti berikut:-

Doa Pertama

"Ya, Tuhanku, Jika Engkau terima taubatku serta mengampuni dosaku, muliakanlah aku dengan fahaman dan hafalan, sehingga aku hafal setiap ilmu dan ayat yang aku dengar"

Doa Kedua,

"Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan memiliki suara yang bagus. Sehingga orang yang mendengar ayat dariku bertambah iman dalam hatinya. Meskipun dia berhati keras."

Doa Ketiga

"Wahai Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari sesuatu yang tidak diduga."




Selasa, 23 Februari 2010

Everyone Is An Expert!

Pernah dengar kata-kata tu? Tiap kali kita rasa rendah diri, selalunya ada insan-insan berhati mulia yang akan berkata dengan nada memujuk "don't worry, semua manusia dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. carilah...pasti ada"

Hari ni aku merasa down sekali lagi. Terasa diri tak berguna. Tidak mampu menghasilkan apa-apa. Atau dalam bahasa industrinya, tidak produktif. Kemudian aku cuba kaji balik, apa kelebihan aku. Aku tak cantik..aku tak expert dalam apa-apa, hanya suam-suam kuku. Aku tak punya idea hebat. Aku tidak mempunyai keyakinan. Aku tiada pendirian, bagaikan lalang yang mudah berubah mengikut arah angin bertiup.

Oh...baru aku tahu apa kepakaran aku. Aku pakar dalam "copy paste". Dari zaman study aku memang pakar dalam bab ini. Tapi kesedaran itu langsung tidak membuatkan aku bangga. Sebab ianya sesuatu yang memalukan. Down lagi....

Petang tadi my sister datang rumah dan dia kata dia dah jumpa buku aku yang dia pinjam dulu. Dah 3 bulan dia cari, rupanya ada dalam beg lappynya. Barulah terpancar sinar happy diwajahku..

The secret by Rhonda Byrne. Inilah buku kesayanganku satu-satunya. Aku anggap ianya harta yang paling berharga buatku. Sebab apa? Buku ini adalah salah satu buku motivasi yang terlaris dalam dunia sekarang ni. Dah di translate dalam banyak bahasa. Bahasa Indonesia pun dah ada. Cuma Malaysia yang belum. (I always wonder, kenapa kita selalu di belakang Indonesia).



Memiliki buku ni, aku mampu untuk mengubah mood aku yang down ke pada lega and happy and most important, to be more thankful. Sebab apa? Tak perlu baca semua page. Just sehelai dua, you can find your happiness, sebab ia mengajar kita bagaimana untuk mencintai diri, lebih yakin, lebih bersyukur dan paling penting, membuka mata tentang betapa hebatnya diri kita. But of course, untuk kali pertama membaca kenalah baca sampai habis.

I always love motivation books. Dulu-dulu memang suka baca novel cintan cintun. Tapi sejak berkahwin, aku sedar I don't need all those anymore. Because I'm creating my own love story.

Suka untuk aku menyarankan kepada para pembacaku yang dihormati, jika ada masa, belilah buku ni. Hanya dalam RM70 or less. Kebanyakan book shop ada buku ni. And kalau nak review boleh check websitenya di SINI. Kat websitenya ada disediakan tool-tools yang boleh membantu.

The secret mengajar kita macam mana nak mengusai segalanya yang ada disekeliling kita dengan kuasa imaginasi. Mengajar kita bagaimana untuk mencintai diri. Sebenarnya terlalu banyak content yang berguna, maybe aku akan kupas next time. Sebab aku selalu overexcited tiap kali bercerita tentang buku ni. kalau diikutkan excited aku nie, penat le you all nak baca entry ni sampai habis kan..

Aku juga pernah recommend buku ni kat dean fakulti aku, dan dia juga membeli dan memuji. Ada banyak buku motivasi diluar sana. The Secret adalah permulaan yang baik. Jangan risau hanya kerana ianya buku dalam bahasa Inggeris. Ayat-ayatnya senang nak faham dan juga menggunakan easy English.

Akhir kata...Do grab yourself a copy...

Isnin, 22 Februari 2010

Berdosakah Bunuh Semut?


Ish..Ish...Ish...benda macam ni pun nak buat topik ke? Sebenarnya hari ni aku merasa berdosa tiba-tiba. Huh...tak tau kenape sehari dua ni jiwaku menjadi suci dan murni. Hahaha....

Bangun pagi tadi tengok mejaku ada semut-semut kecil Cis! Ni mesti angkara malam tadi makan coklat and minum air soya kat meja tu time tengah blogwalking. Cepat je aku ambik Shieldtox Waterbase kat dapur. Aku suka waterbase punya sebab tak berbau sangat. Spray punya spray lepas tu aku menanti ianya kering sedikit. Time untuk mengelap meja...

Oh...tiba-tiba saja aku rasa sedih melihat mayat mereka bergelimpangan. Ini semua adalah makhluk hidup. Semut juga ciptaan Allah. Aku terus terfikir, berdosakah aku membunuh semut-semut ini? Aku bukan pakar dalam soal agama, terdetik di hati meminta pandangan pembaca. Apa pandangan you all?

Sempat juga buat google search. Ada yang kata membunuh semut berdosa kalau dibuat suka-suka. Contohnya, nampak je semut lalu mesti nak tenyeh. Tapi tak berdosa membunuh semut kalau ia menganggu.

Ada juga yang berpendapat, kenapa nak fikir sangat pasal bunuh semut yang kecil dan kerdil? Padahal ayam, lembu yang besar pun kita lahap...(aku lega sedikit).

Tapi kalau tak dibunuh, bukankah ianya menganggu. Kadang-kadang menganggu makanan dan minuman kita, kadang-kadang menggigit.( sape suruh pengotor sangat kan....kalau rumah bersih mesti tak de semut)

Argh...aku bingung. Makin banyak persoalan aku makin bingung....

What say you?

What The Occassion?

Dam Doom Dong Dang Pang Ping Pong

sikit nak pukul 12 tengah malam tadi start bunyi mercun

sampai sekarang tak habis lagi

I love mercun, walaupun aku takut nak main

What the ocassion?

Aku terpinga-pinga tak pasti

Aku tanya hubby, he say maybe Chap Goh Meh

Chap Goh Meh?

Bukan ke lama lagi?

And kalau Chap Goh Meh bukanke esok pasti cuti?

Or is it menyambut Seminggu CNY?

Oh please...give me the answer, because I really don't know

Aku tak suka tidak menemui jawapan pada persoalanku

oh...then tadi masa aku tengah solat,

bunyi-bunyian ini menganggu kekhusyukanku

Mulalah datang imaginasi sayu dan pilu

Kita kat Malaysia bergembira dengan bunyi-bunyian ini

Berdentam dentum, tapi semua mendongak happy

Aku terbayang negara-negara yang tengah perang

Perasaan mereka tak sama dengan kita

Mereka takut, alert setiap masa,

Berjaga-jaga, tak tidur malam

Bimbang kediaman mereka menjadi mangsa

Janganlah satu masa nanti Malaysia dalam keadaan begitu

Oh...aku takkan marah pada bunyi mercun yang tak habis-habis ini

Aku mahu nikmati kedamaian ini

Semoga terus begini

But anyway....

what the ocassion?

Ahad, 21 Februari 2010

Siapa Ugly Betty?

Hari ni aku terpikir untuk menggoogle muka sebenar pelakon yang memainkan watak Betty dalam Ugly Betty. Aku takde la follow sangat cite nie sebab selalu tak kena ngan time aku. Cuma aku dok heran kenapa lama sangat dia pakai teeth braces die tu. Dah season berapa sekarang ek? Part tu aku malas nak google. Agaknya kalau dah bukak teeth braces dia tu tak jadi Ugly betty la nanti kot kan?



I beleive dah ramai kenal sape pelakonnya nie. Aku je yang agak ketinggalan zaman sebab baru nak berjinak-jinak ngan series nie. Tapi aku saje nak postkan jugak hasil googlelanku bagi mengisi rutin blog update aku. So...ni ler dia muka watak Betty tersebut..


America Ferrera

Namanya America Fererra. Mukanya boleh tahan lawa. Orangnya kelahiran L.A. Anak bongsu dari 6 adik beradik. Tak banyak data yang boleh menarik yang boleh dicarik kat Internet pasal America Ferrera ni kat Internet. Walau apapun, persoalan yang bermain dibenak terjawab sudah. Hati pun sudah puas.

Mission completed...

Sabtu, 20 Februari 2010

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Saya bukan kaum majoriti kat Malaysia. Tapi saya bangga jadi rakyat Malaysia.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun ada beribu masalah melanda negaraku yang tercinta. Masalah-masalah yang timbul ini membuatkan negara lebih matang dalam menanganinya, walaupun perlahan tapi sekurang-kurangnya ada perubahan.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun ada pelbagai pergolakan politik. Dah namanya politik dan sudah namanya demokrasi memang akan jadi macam-macam.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walaupun traffic jam teruk. Saya peduli apa...boleh layan hot.fm dalam keta, menyanyi melalak. Pada yang bekerja, boleh bagi alasan traffik jam tiap hari. Alasan yang kuno dan kolot tapi masih boleh pakai.

Saya bangga jadi rakyat malaysia sebab ada banyak bangsa dan kaum tapi tak de masalah diskriminasi kaum dan agama yang merundum. Jiran sebelah saya cina, jiran depan saya India. Tiap kali kuar lumah, bertembung kami senyum.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia sebab ada banyak kemudahan. Walaupun tak seperfect "australia" tapi Malaysia tetap saya banggakan. Sekurang-kurangnya rakyat tak kebulur. Ada tempat untuk orang cacat, ada tempat untuk belajar. Ada tempat bersukan. Ada tempat untuk anak yatim. Shopping complex pun bagus. KLCC, KL Tower, KLIA....semuanya buat saya bangga.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia kerana walaupun saya kaum minoriti, tapi kami tidak pernah diabaikan. Kami tetap mendapat faedah sebagaimana kaum-kaum yang lain.

Walaupun sekarang ni timbul banyak isu kat Malaysia, tapi saya tetap bangga jadi rakyat Malaysia. Negara mana tak ditimpa masalah? Negara mana yang aman selalu? Negara mana yang tak de kelemahan?

Malaysia tetap jadi pilihan! Ada banyak sebab saya bangga jadi rakyat Malaysia. Tapi tak larat nak menaip kerana terlalu bangga...

I LOVE MALAYSIA!!


Jumaat, 19 Februari 2010

Oprah oh Oprah...

Saya sangat suka Oprah! Bukan Oprahnye aje...talkshow nye pun saya suka. Walaupun kat hallmark tu selalu tayang talkshownye yang dah basi tetapi jugak saya suka. Sebab isunya jarang-jarang basi. Boleh digunakan bila-bila masa saja.

Oprah tak lawa. Oprah biasa-biasa saja. Siapa kata orang lawa je boleh jadi hebat? Tengoklah Snoop Dogg. Oprah hanya insan yang banyak idea. Sekarang Oprah dah banyak duit. Idea dan duit yang banyak memberikan kelebihan pada Oprah. Tapi kita jangan lupa, Oprah juga bermula dari bawah. Kita pun banyak idea, tapi tak berani bersuara. Oprah bawa orang-orang besar ke talkshownya untuk dijadikan contoh, membuka mata penonton.

Selalu juga terfikir, kenapa tak de talkshow yang best macam Oprah kat Malaysia ni. Yang boleh bagi motivation, yang boleh buat terharu, yang buat diri rasa ingin berubah menjadi lebih baik. Jangan marah saya! Saya tau rancangan Tanyalah Ustaz sangat bagus. Sangat menjawab persoalan bab-bab agama. Tapi kita manusia juga mahu meneroka bab-bab yang lain dalam hidup. Soal kerjaya, soal kewangan. Biar seimbang.

Aku hanya mampu mencemburui...menginginkan dan bermimpi. Kenapa? Sebab aku manusia yang tak punya keberanian. Aku insan yang hanya berani bersembunyi di balik lappy ku. Sampai bila nak jadi begini. Mahu berjaya tapi takut. Satu saja ayat kritikan pasti akan buat aku kecut perut. Bagaimana nak berdiri di depan ribuan mata memandang?

Khamis, 18 Februari 2010

Celcom Broadband Dan Nuffnang

Geram betul hari ni. Sehari suntuk try broadband aku buat hal. Slow tahap yang dah tak paham! Nasib baik aku mampu mengawal emosi. Kalau tak dah pecah dah aku kerjakan broadband aku ni. Tak faham la kenapa ade service gile poyo macam ni. Kejap slow and kejap laju. Oh....aku memang bersyukur time die laju okay....tapi tak salah kalau aku mengamuk kalau die slow. Apapun, aku bayar bill tiap bulan. Tak pernah tak bayar. So, service pun patutnye kena okay. Tak boleh on and off, slow and fast. Be consistent!

Rasa tak sabar betul berada dalam tahun mendatang. Tak sabar menunggu 2015. Maybe by that time, service provider broadband ni semakin banyak. Time tu sape2 je yang provide poor quality macam nie boleh ditinggalkan bila-bila masa je. Macam tukar sim card je. Can you imagine that? Bile line celcom buat hal, kite dengan senang hati pegi kedai, beli pulak dari provider yang lain. Lepas tu canangkan keburukannya. Padan muke dia....

Ooops...emo....

However, despite rasa geram yang teramat sangat, aku tetap rasa syukur. Kalau bukan kerana ke-slowan broadband nie, manalah aku ada masa nak main game-game yang dah lama aku tinggalkan.

Tengah malam broadband dah okay. Alhamdulillah....Tapi another happy news came to me...

Haha...seperti biasa jenguk nuffnang.

OOh....dah bertambah 50 SEN!!! Jadik Singgit lima posen.

Aku taula, sikit je tu. But, rasanya ramai yang faham perasaan newbie dalam bab mendapat earning pertama ni. tak perlu banyak, asalkan nampak hasilnya, sudah mampu membuatkan kita tersenyum lebar.

Aku dengan rasa rendah dirinya, tetap merasa happy...aku tau orang lain buat ratus-ratus. Dan dengan rasa insafnya...aku memaafkan kesalahan Celcom broadband pada ku...haha...boleh gitu?

Rabu, 17 Februari 2010

Can You Feel It?

Cuaca Semakin Panas,

Ramai yang mengambil keputusan pantas,

air cond bakal menggantikan kipas,

Tidakkah sedar ozon menipis semakin lekas?



Hoho...panas betul cuaca seminggu dua ni kan? Tidur pun payah. Kalau dapat tidur pun dah lewat pagi, pukul 2 or tiga. Walaupun cuti tetap terjaga awal. Pagi-pagi dah dengar bunyi mercun sana sini. Marah betul, tapi atas dasar satu Malaysia aku abaikan aje. Nanti sampai Hari Raya aku balas dendam.

Hubby cadang nak pasang air cond. Tapi aku rasa macam kipas pun dah kira okay. Putar maksimum, sampai terbang semua benda dalam rumah.

Alang-alang dah cite pasal cuaca panas ni, ingat lagi tak last year dunia diajak untuk vote for Earth Day. Kita diminta untuk off lampu pada malam akademi Fantasia. Huhu...Apa yang anda lakukan masa tu? Mengundi atau tidak? Off atau On? Terlibat atau tidak?

Selasa, 16 Februari 2010

Semua Salahku


Pernahkah terfikir?

Ingin sekali menjadi orang lain. Bukan diri sendiri.

Pernahkah rasa cemburu?

Akan kehebatan orang lain, akan kekayaan mereka?

Pernahkah terdetik,

Perasaan menyesal kerana hidup jadi sebegini?

Pernahkah terlintas...

Kita dilahirkan di hari, dan tempat yang salah?

Pernahkah bertanya pada diri?

Mungkinkah suatu hari nanti semua ini akan berubah?

Dan pernahkah berkata....

Semua ni salah aku sendiri,

Aku yang gagal merancang,

Aku yang malas berusaha,

Aku yang kecundang sebelum berperang,

Aku yang mundur ke belakang sedang yang lain giat berjuang,

Aku kalah kerna diriku sendiri.


Itu dia....puisi syahdu, tiada berima. Hasil dari keboringan yang melanda. Kerana berjam-jam mencari idea yang tak kunjung tiba. Sudah siap misi blogwalking, namun idea tak juga tiba. Selamat malam semua..

Sabtu, 13 Februari 2010

Rina Queen Tips Mengelakkan Mengantuk Masa Driving Jauh

Hari ni aku ada satu lagi tips menarik. Tips ni sesuai untuk mereka-mereka yang selalu drive jauh-jauh/travel beramai-ramai, and berdua pun dah okey. Memandangkan sekarang ni tengah cuti yang agak panjang, sure ramai yang nak balik kampung, ada yang maybe dah kat kampung, but boleh jugak gunakan tips ni masa balik bandar nanti.

Masa drive biasanya selalu rasa mengantuk kan? Walaupun ada radio pun maybe macam tension je kalau radio ada iklan panjang dan dj merepek. Kadang-kadang dj tu merepek funny stuff pun kite tetap ngantuk jugak sebab dah lama sangat driving. Walaupun ada orang disebelah atau dibelakang, kadang-kadang diorang ni dalam keadaan aktif hanya untuk jam pertama dan kedua. Bila dah berjam-jam biasanya diorang dah zzzzzzzz...atau semua dah diam. Dah tak de idea nak borak mende....

Pengalaman aku sendiri, selalu ikut hubby outstation and biasanya akulah co-pilot yang berjaya melewati walau 6 jam sekali pon. Sebabnya....aku tak nak hubby aku terlena. Dah kesian dia drive sorang-sorang and also, dah tabiat dia tak bagi orang lain drive.

So ini game yang kitorang selalu buat. Sure ketawa buas-buas sampai mata pon dah terasa segar.

Tipsnye ialah MAIN TEKA LAGU. Sound boring?

Ini cara nak main. Pilih satu lagu, tak kira lagu English atau lagu melayu. Lepas tu, translate lagu tu kebahasa yang satu lagi. Contohnya kalau lagu tu lagu English, translatekan ke bahasa melayu. Kekalkan tune kalau boleh (tapi biasanya bila dah translate, tune sure akan lari). Translatekan words by word. Tak payah le perfect sangat translation tu. Semakin broken kite translate, makin funny and sonok. Lepas tu mintak le makhluk yang ada dalam kete tu teka lagu apa. Sape dapat teka, dia punye turn pulak untuk translate lagu laen.

Best tak? hehe...I dont know about you, but cara ni selalu membuatkan kitorang gelak tak kering gusi sebab kadang-kadang tak dapat nak teka lagu tu, and also kadang-kadang translationya akan menjadi sangat pelik.

Meh aku bagi sikit lagu yang best untuk ditranslatekan.

Lagu Malam Ku Bermimpi - P. Ramlee & Saloma

Malam Ku Bermimpi
Hai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
.........

translationnye...

Night I dream...
Oh moon one star
say say I Infront of the window
I see darling smile looking


Lagu kau Pergi tanpa Pesan (Sharifah Aini)

Aduh...! Aduh..!
Aduh.. duh.. duh..
Kau pergi tanpa pesan
Ku nanti tiada datang


translationnye....

Ouch....ouch...
ouch...ouch...ouch..ouch...
you go without message
I wait no come

Nah...satu lagu omputeh plak...

Michael Jackson - Beat It lyrics
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it
Just beat it, beat it

translationnye....

Pukul je...pukul
Pukul je...pukul
Pukul je...pukul
Pukul je...pukul
( sikit ni pon dah cukup buat orang tergelak dog)

Best kalau boleh bagi contoh audio kan...terima je la seadanya buat masa ni. Ngeh..ngeh...

Cukup le contoh-contoh tu kowt...Korang kan kreatif. Aku bagi contoh lagu lagu lama ni sebab ianya sangat funny kalau di translate and also susah orang nak teka. Macam terer la.

Cuba try test....sure korang akan mengalami keseronokan yang luar biasa. Umur dah besar panjang sure banyak lagu yang korang tau kan...kan..kan...

Happy Chinesse New Year To All Those Who Celebrate it. Drive Safely and Play My Game...Oh ye...bole translate lagu cina ke english jugak kan?

Jumaat, 12 Februari 2010

Rina Queen Tempoyak Tumis!!

Hoho....ade benda nama tempoyak tumis? Mesti lah ada...sebab ianya fevret aku. Nak tau camana rupanya? Adeh...aku tak sempat nak snap gambar nye masa aku masak last Sunday. Sekarang ni tempoyak kat rumah dah habes. Aku dah google kat google Image, nampaknya tak de yang serupa ngan aku punya. So aku meletakkan gambar yang hanya sekadar menipu mata korang. Ngeh..ngeh...

Sape tak tau tempoyak? Melampau la..kalau tak tau. Kalau tak penah makan tak pe jugak. Sape penah makan tempoyak tumis? Sape alergik ngan tempoyak?

Aku tiada peduli. Memandangkan hari ni aku semacam tiada idea untuk post entry apa2, so aku ingin nak mengsharekan resipi tempoyak tumis. Sekadar peringatan, aku tak terer bab memasak, tapi aku memang terer masak benda yang aku suka, so kesedapannya adalah terjamin. Hoho..

Sebelum ni aku penah kasik resipi aku Rina Queen Sambal Belacan. Sekarang terimalah resipi Rina Queen Tempoyak Tumis!! Mesti ade yang sengih semacam ni. Yela...apasal resipi benda busuk-busuk je nih. Pedulik hapa, janji sodap.

Okayh...here we go

Rina Queen Tempoyak Tumis

Bahan-bahannya...
  • tempoyak secukup sukatan, sebanyak mana yang u all mahu
  • ikan bilis (sape suka ikan bilis boleh letak banyak2, kalau tak suke letak sikit, kalau anti sangat, tak letap pown tak pe)
  • cili padi ( kalo suke pedas )
  • gula pasir
  • minyak masak
Cara memasaknye...

  • Letakkan tempoyak mengikut banyak mana yang awak nak dalam mangkuk/ bekas.
  • taburkan satu sudu gula pasir ke atas tempoyak dan gaulkan sehingga agak-agak dah sebati.
  • Hiriskan 2-3 cili padi (belah 2 atau empat dalam bentuk memanjang)
  • panaskan kuali, bila dah panas, tuangkan minyak masak
  • bila minyak dah cukup panas, masukkan ikan bilis dan tumiskan.
  • Bila ikan bilis dah agak-agak nak ranggup, masukkan pula hirisan cili padi
  • tumiskan sehingga ikan bilis betul-betul ranggup tapi jangan sampai hangus!
  • Bila ikan bilis dah ranggup, silalah masukkan tempoyak yang sudah digaul dengan gula tadi ke dalam kuala.
  • Kacau dan gaulkan hingga ikan bilis yang ranggup tadi bergaul dengan tempoyak.
  • Bau dah naik dah kan?
  • Kacau lagi dan kacau lagi hingga tempoyak sudah mula kuning keemasan dan lebih best lagi kalau ada kerak sikit-sikit.
  • Dah kuning emas? Boleh lah angkat...masuk mangkuk, makan sampai kinyang.

Senang je kan...saya tak perlu garam, perasa....hanya tempoyak cukup rasa ( meniru iklan megi cukup rasa. Hoho).

Lagi satu, kalo korang ni jenis yang gelojoh tak paham, lepas hidang tempoyak dalam mangkuk, sure ada sisa-sisa taik minyak dalam kuali kan. Saya cadangkan, masukkan nasik dalam kuali tu, gaulkan dengan sisa-sisa minyak+tempoyak dalam kuali tu. pastu hidang dalam pinggan. Bule makan....sodap weii....

Walaubagaimanapun, saya perasan ada perbezaan antara tempoyak semenanjung ngan tempoyak sarawak. kadang-kadang tempoyak kat sini tak berapa masam. So, untuk membetulkan keadaan, masa menumis tadi boleh juga masukkan asam keping. Sekeping pun jadikla. And also kalau tempoyak tu tak cukup masam, jangan ler letak banyak sangat gula.

Apa rahsia kesedepan tempoyak tumis ni?
  • rasa sweet and sour tu kena balance
  • rasa pedas sikit tapi menambah kesedapan
  • ikan bilis yang ranggup menambahkan lagi powernya.
Sekian sahaja....silalah mencuba kalau sudi. Kalau tak sudi pun tak pe, yang penting aku dah ada idea nak post apa hari ni. Oh yeah.....

Khamis, 11 Februari 2010

Boleh Je kalau Tak Baca


serius....

ini entry dalam keadaan aku tengah stress

so boleh je kalau tak baca

aku rindu giler ngan hubby aku

kepala macam nak pecah

perut lapar tapi tak selera nak makan

Die pegi outstation dari semalam

malam nie balik, aku tak sabar siang berganti malam

aku nak call, tapi aku tau dia tengah busy

ada 2 presentation hari ni

dah sms tapi dia jawab pendek je

maksudnya tengah busy

aku tak suka ganggu kalau dia tengah sibuk

aku tau dia tak kisah, tapi aku memang tak nak ganggu

hasilnya aku jadik macam nak gila

cepat lah malam, cepatlah hari ni berakhir

agar dia cepat pulang

biar rindu ini terurai

biar penantian ini berakhir

baru pukul 3 petang

ada 7 jam lagi....

arrgghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Google Buzz Desperado


Sape yang terkejut time nak bukak email tadi? For gmail user la... Tiba-tiba ada benda baru kat google which is google buzz. Macam best kan? tak pasti lagi camana kehebatannya, tapi belum try belum tawu.




Meh kita pakat try nak? You add me I add you. Nanti kite shout pasal new blog post, boleh pakat baca-baca. Boleh ke macam tu? Apa salahnya...

Agaknya maybe sama function dengan twitter kot. Kalo boleh tolong naikkan traffik bagus jugakkan...benda free. tak de ruginya nak try.

Sape sudi katakan sudi...tidak aku ternanti-nanti.

Sudi-sudikanlah add kan aku, meh aku dengan tak malunya meletakkan email address aku supaya senang u all yang sudi search and add kan aku.

Kenapakah aku kedengaran begitu desperado? Ooh...aku hanya insan biasa yang ingin mempopularkan diriku. Oopss...silap, sebenarnya untuk tujuan networking. Untuk kebaikan bersama. i klik u, u klik I...

shahrina.abdullah@gmail.com

nah...aku kasik besau besau. Search for me okay....

terbukti tak ke-desperadoanku?

Rabu, 10 Februari 2010

Kenapa Iklan Nuffnang Tidur Siang dan Bangun Kala Malam Menjelma

Aku baru saja jenguk website Nuffnang dan membaca ruangan "Top 10 Helpdesk Questions". Aku harus memberikan pujian kepada Nuffnang kerana rajin menjawab persoalan yang dikemukakan. Antara persoalan yang aku tertanya-tanya minggu ni dan tak sempat nak cari jawapannya lagi ialah, kenapa iklan nuffang selalunya muncul di malam hari dan jarang-jarang muncul waktu siang. Ternyata persoalan itu terjawab kat "Top 10 Helpdesk Questions". Bagi yang tak tahu lagi, maka aku teringin berkongsi. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku yakin ramai budak yang baru yang tertanya-tanya seperti aku jugak.

So..back to the question Mengapa iklan Nuffang saya 'tidur' di siang hari dan hanya 'bangun' pada malam hari? Berikut adalah jawapannya :-


  • Pengiklan selalunya membeli kempen untuk berjalan selama jangka waktu tertentu.

  • Sebagai contoh, jika pengiklan membeli satu kempen mCPM yang akan menjangkau hingga 700 pengunjung unik ke blog anda selama 7 hari, iaitu setiap hari, maka unit iklan anda akan menampilkan iklan dari pemasang iklan kepada 100 pengunjung unik terawal ke blog anda . (700 bahagi 7 hari sama dengan 100)

  • Kerana hari baru bermula pada 12:00a.m iaitu 12 tengah malam, maka iklan akan dipaparkan mulai dari saat itu hingga kuota hariannya sebanyak 100 pengunjung unik telah penuh/diisi, Bila dah habis kuota 100 pengunjung ni, iklan tersebut akan berhenti ditayangkan untuk hari tersebut. (merujuk kepada contoh diatas)

  • Rutin ini akan berulang apabila tiba pukul 12 tengah malam berikutnya. (ngeh ngeh...macam cite hantu pulak).

  • Begitu juga dengan kempen CPC.

  • Contohnya , jika pengiklan membeli 700 klik untuk kempen berlangsung selama 14 hari, 50 klik akan dibahagikan untuk semua blog dalam rangkaian Nuffnang setiap hari. (700 bahagi 14 sama dengan 50)

  • Setiap hari iklan CPC akan dipaparkan pada semua blog yang tidak melayani kempen mCPM apapun saat itu, dan apabila 50 klik telah dilakukan pada iklan tersebut untuk hari itu, maka iklan tidak akan dipaparkan lagi sampai hari yang baru bermula lagi pukul iaitu pada pukul 12.00 tengah malam. (merujuk kepada contoh diatas)

  • Kesimpulannya, iklan Nuffnang tidak 'tidur' dan 'bangun' dan bermimpi tapi ianya berjalan berdasarkan peruntukan kempen dan perilaku pengunjung ke blog.

Harap maaf kalau terkeliru dengan terjemahan aku ni. Kalau confuse, sila la jenguk website Nuffnang for clearer view. Mekaseh....

Gong Xi Fa Cai dan Plan Aku

Next week monday and maybe teusday cuti Chinesse new year. Apa agakya yang aku nak buat hari tu nanti? Makan buah limau, memang dah sahlah..sebab dah 2 minggu stok limau memenuhi rumah. Dah penat aku pikir satu hari ni.

My best friend akan balik KL this weekend. Dah habis belajar ni jarang sangat jumpa. So plan nak jumpa next week. The problem is kawan2 aku yang bertiga tu mintak aku tolong pikirkan nak buat apa sebab aku lah yang paling free. Full time housewife and not to forget...blogger.

Ingat nak pergi karaoke...agak-agak red box bukak tak tahun baru cina? Boleh melalak puas-puas. Lama tank nyanyi lagu Hampa, Toki. Lagu wajib aku. Lama tak nyanyi lagu Hurt Christina Akurela yang susah sangat nak dapat high tone nye tue.. Duit dah agak kering, tong tong pun jadik lah...Nuffnang pon baru dapat singgit. Hoho...

Ingat nak pergi cameron highland jugak. Tapi aku malas nak travel jauh-jauh. Fuh....kat mana yek best nak gather ngan geng-geng bas skolah aku nie... Kawan aku yang sorang tu suka gi tengok wayang. Tapi bagi aku, kalau jumpa pon skali setahun, takkan nak tengok wayang kot? Tak boleh bising-bising, tak boleh berbual and gelak buas.

Siapa ada idea? Makan malam aku tau ler kat mana best. One whole day melepak dengan kawan-kawan, penat jugak fikirkan jadual. Dari breakfast hingga ke dinner. I want to make it exciting. Nak ambik gambar banyak-banyak upload kat facebook. Hoho...Albums of the 4 stooges.

Shahrina, Irma, Jane and Sharon...friends forever...

Selasa, 9 Februari 2010

Gucci dan Nichii



Apakah beza antara Gucci dan Nichii? Sunnguh besar bezanya. Ibarat aku dan Britney Spears. Gucci adalah jenama yang terkenal, mahal manakala Nichii pula ialah outlet untuk more affordable womens wear. Setakat ni Nichii belum ada lagi mens wear, kalau tak silap aku.

Tadi masa basuh pinggan aku teringat situasi lucu 2 minggu yang lepas kat Mid Valley. Masa tu aku bawak kakak aku shopping nak belanja duit bonus hujung tahunyang tak sempat nak dibelanjakan lagi. Memandangkan kakak aku ni tak cerewet pasal brand, so aku ingat nak bawak dia pi jenguk Nichii Fashion city. Masalahnya, aku dah lama tak pergi Mid Valley so tak tau Nichii tu tingkat mana. Nak teroka sendiri aku memang malas sebab bukan kicik Mid Valley tu kan. So aku ambik option tanya kat girls yang jaga counter kat bawah.

Aku: excuse me dik...nak tanya sikit, kat sini ada Nichii kan?

countergal: Gucci? Kat sini tak de Gucci. Kat sini yang paling mahal Guess (aku tak pasti brand ape yg dia sebut masa tu) je kak...

aku : eh dik...kite tanya yang murah, bukan yang mahal. Nichii bukan Gucci...(aku tergelak)

countergal: oooo...Nichii....ada kat tingkat...(berapa ntah...dah lupe)

Kitorang pun berlalu dengan gelak lucu. Aku tak salahkan budak tu, sebab faham-faham je lah weekend biasanya mid valley bersesak-sesak dan bising. Cuma aku rasa lucu camana budak tu boleh imagine aku dan kerabat aku yang sempoi dan not so fashionable ni nak beli Gucci. Nichi ngan Gucci jauh beza tu...

Anyway...sape kata kite yang tak kayo ni bole beli Gucci. Jenguk ler kedai second hand macam Scoop. Kat Scoop ni ada jual macam-macam barangan branded second hand and also don't know how many hand. Quality adalah terjamin sebab Charmaine and Melanie yang empunya kedai tu memang cerewet dalam soal menerima barangan yang hendak dijual. Scoop ni ada kat Plaza Damas, Sri Hartamas. Pasal aku dah pernah and berpuas hati, maka aku boleh la rekomen.

Oh..dah terpromote pulak...

Isnin, 8 Februari 2010

Rindu

Hari ni mood rindu pada kampung dan family kat kampung. Dah lama juga tak balik kampung, rasanya dah setahun 2 bulan. last sekali balik pun November 2008, kalau tak silap. Rasa rindu sangat kat mak dan ayah, lebih-lebih lagi pada anak kakak aku, Angel. Harga tiket mahal, adalah satu-satunya alasaan yang aku boleh berikan. Walaupun Airasia selalu ada promosi murah, tapi aku tak dapat nak book tiket awal atas sebab jadual yang tidak boleh diduga.

Walaupun selalu call family kat kampung, tapi perasaannya tak sama dengan kegembiraan bila berada di kampung. lebih-lebih lagi kalau over the phone, jarang sangat dapat bercakap dengan ayah. Ayah aku malas sikit pasal handphone nie..Tambahan pula tak boleh nak borak lama. Line pun tak berapa elok, maklumlah kampung nun tersorok dibelakang bukit.

Hari ni aku terfikir, bahawa aku sangat beruntung. Kenapa beruntung? Sebab aku anak ke-5 dari 8 adik beradik. So aku ada 2 abang, 2 kakak, 2 adik pompuan dan 1 adik lelaki. Lucky tak? Aku berpeluang mengecap nikmat memiliki semua title yang harus ada dalam family. Ada mak dan ayah, ada atuk dan nenek, abang, kakak, adik lelaki, adik pompuan dan anak sedara. yang belum ada cuma cucu. Hoho....

Rasanya pasti ramai yang cemburu, lebih-lebih lagi kalau dilahirkan sebagai anak tunggal. kalau adik beradik ramai, tapi dilahirkan sebagai anak sulung atau anak bongsu, memang ada keistimewaan, tapi tak sama dengan yang berada di tengah. Yang sulung kena jadi leader, bawak perangai elok-elok untuk dijadikan contoh kepada adik-adik, yang bongsu pula, kalau tidak dimanjakan, maybe akan dibuli. Macam adik bongsu aku...

Dulu kat kampung, rumah riuh rendah. Zaman kecik-kecik dulu, masa tu letrik pun tak masuk kampung lagi, bila hari dah mula gelap je, kitorang mula main sorok-sorok. Bukan main seronok. Bergaduh pasal turn siapa nak pergi kebun dan sawah esok hari, siapa nak cuci kain, siapa nak sapu rumah dan siapa nak masak. Sekarang ni semua tu tinggal kenangan. Aku rindu sangat nak pergi kebun, ambil bau hutan dan pokok.

Aku ingat lagi, rumah aku dapat tv pertama ketika aku darjah tiga. Sebelum tu ayah tak mampu nak beli tv maybe sebab duit makan pun tak cukup, sebab anak ramai. Mana nak sekolah lagi... Tv tu dibeli atas hasil aku dan adik-adik mengutip buah 'engkabang' dan dijual. Siapa tak tahu buah 'engkabang'? Buah ni bermusim jugak, setahun sekali. Buah engkabang boleh dijadikan minyak masak dan jugak buat mentega. mak belikan basikal untuk kitorang punggah buah ni dari dalam hutan. Sehari boleh dapat 2-3 guni. Basikal terbabas semasa turun bukit, sebab membawa beban guni besar kat belakang. Tapi kitorang tak pernah nangis, sebab perasaan seronok mengalahkan rasa sakit. Menuruni bukit curam dengan basikal seronok macam main game dekat genting highlands. Bezanya, ada luka buat kenangan.

Habis musim engkabang, kena petik koko dan lada. Sikit demi sikit, kami semakin membesar dengan hasil tanaman itu. Sekarang ni dapat berjumpa hanya setahun sekali, bila menjelang Hari gawai. Itu pun tak confirm lagi semua balik.

Sekarang masanya membalas jasa mak dan ayah. Bila difikirkan balik, aku sayu dan sebak mengingat kembali jerih payah mak dan ayah membesarkan kami suatu masa dulu. Syukurlah...sekarang kami sudah dewasa dan ada kerjaya masing-masing. Syukurlah mak dan ayah tak pernah putus asa.

Mak, ayah...nantikan kepulangan ku...
mak ayah...I Love You Both...

Ahad, 7 Februari 2010

Bahasa Melayu A1, Tapi....

Hohoho.....macam ye je title kat atas tu. Siapa dapat A1 untuk bahasa Melayu time SPM dulu? Cepat! Angkat bakul sindili punye!

Aku dulu dari darjah satu sampai tingkatan 6 and sampai la masuk Universiti kalau ada je exam yang kena mengena dengan Bahasa Melayu, sure aku akan dapat A, tak kiralah tatabahasa, pemahaman, karangan dan jugak lisan. Aku pun tak faham kenapa...haha...sebab senang sangat kot! Bahasa hari0hari kite dengar, tengok berita, dengar radio, baca buku macam novel, buku teks, newspaper, semuanya bahasa Melayu. Mana tak dapat A nye.. ye dak? Walaupun aku bukan berbangsa melayu, tetapi hanyalah dari kaum minoriti kat Malaysia yang besau nie, tapi itu tak menjadikkan alasan untuk aku dapat B. Kalau dapat B aku dah rasa down gila. Hahah!

Kalau suruh buat karangan je, aku pon mula ler melarut-larut panjang lebar sampai terlebih jumlah perkataan. yang tu tak pe. Sebab boleh aje kan....tapi kalau suruh buat 'rumusan" atau bahasa omputehnya summary, masa aku habis untuk membuang ayat-ayat yang tak penting. Sape penah jadik macam ni? Bukankah itu sudah cukup untuk mencerminkan betapa lawyer buruknye kite nih! huhu...

Tapi yang aku herannya, walaupun dapat A bahasa melayu, dan jugak sangat loyar buruk, sekali-sekali aku buntu jugak mencari idea nak update blog. Nie pasai buntu ler kuar tajuk nie....mengikut rentak jari je! Kenapa agaknya boleh jadi buntu? Meh aku keluarkan sikit point yang membuatkan aku buntu mencari idea untuk update blog:-

  • sebab tak de benda menarik berlau dalam hidup hari ni
  • sebab tak baca paper dan tengok tv
  • sebab tak berblogwalking, dan kalau berblogwalking pun idea tu tak mampu untuk hadir
  • sebab terlalu menjaga budi pekerti. Adat manusia, kalau nak cite apa jadik dalam life, sure banyak cite. Tapi takkan sampai perihal rumahtangga pon nak cite kowt...
  • sebab terlalu skema....haha...dulu aku tak cam ni, cakap main lepas je. TApi sejak selalu ada kes kutuk mengutuk antara blogger, and kes-kes yang sampai masuk makhamah, aku rasa eloklah aku mengskemakan diri...
  • sebab aku lebih banyak loyar buruk dari entri berguna untuk disharekan macam tips ke, tutorial ke....

Huh...kira banyak jugek la tu kan. Sedar tak sedar dah pun panjang post aku ni, dari tak de idea ke ada idea. Kenapa perlu panjang? Because I like it longer....oopss...ni bukan entry untuk contest "why i like it longer" tu ek..

Sebenarnya kalau tak de idea, kita sentiasa boleh copy paste info berguna dari site lain untuk di share. Nak kasi credit kat owner pun bole, tak kasi pun bole..Satu lagi tips dari aku, yang aku tahu tips nie bagus, cuma aku malas nak buat je...hoho...

  • carik tips, tutorial dari website omputeh yang best-best lepas tu translate ke bahasa melayu (kalo blog korang pakai bahasa melayu) menggunakan google translate. Tak tau apa tu google translate? Pergi taip je words "google translate" kat search engine, sure dapat. Nak translate ni satu hal sebab kena edit lagi pasal translationnya bersepah.
sekian bebelan tengah malam.....


Sabtu, 6 Februari 2010

Reasons To Love Your Woman


Whatever u give a woman, she will make it greater...


Give her sperm, she will give u a baby. ...


Give her a house, she will give u a home....


Give her groceries, she will give u a meal. ..


Give her a smile n she will give u her heart. ..


She multiplies and enlarges what she is given. ..


So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit.....


Khamis, 4 Februari 2010

Tips Menggunakan Kapersky Percuma Seumur Hidup


Hari ni aku rasa bermurah hati hendak mengsharekan tips untuk menggunakan kapersky secara percuma seumur hidup. Tips ni aku dapat dari seorang blogger Malaysia jugak, malangnya aku dah lupa siapa. Pada orang tu, sorry and thanks to you.

Tips ni bukanlah crack, or serial number. Tapi merupakan cara untuk instal and menguninstalkannya. So, kalau berminat bolehlah cuba. Saya menggunakan Kapersky 2010 free trial dah 5 bulan. Tempoh free trial sebenarnya ialah 30 hari.

Kalau nak beli boleh jugak..kalau nak free ikutlah langkah-langkah dibawah. Harap membantu..


  1. Download Kaspersky Anti Virus dari Kaspersky Lab.
  2. Sudah siap download, sila install.
  3. Bila tiba part activate tu pilihlah activate trial version.
  4. Biasanya tempoh percubaan adalah 30 hari.

Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti bila dah tamat tempoh 30 hari:-
  1. Setelah cukup 30 hari, Pasti ada banyak mesej dari Kaspersky, sampai rimas dibuatnya.
  2. Jalan mudah, uninstall Kasperksy (sama macam uninstall lain-lain software).
  3. Sudah siap uninstall (biasanya kena reboot komputer), rebootlah komputer.
  4. Macam biasa pada run taip regedit dan tekan enter. Hasilnya akan keluarlah window tentu dapat register edit punya.
  5. remove hkey_local_machine\software\KasperskyLab\LicStorage (kalau tiada maknanya masa uninstall dia sudah remove).
  6. kemudian remove hkey_local_machine\software\Microsoft\Cryptography\RNG (RNG ni adalah random number generator - remove aje)
  7. Kemudian remove hkey_local_machine\software\Microsoft\SystemCertificates\SPC\Certificates
  8. Okay dah siap remove 3 benda tersebut.
  9. Run install Kaspersky semula macam biasa (lebih mudah pastikan sudah ada sambungan ke internet terlebih dahulu).
  10. Ulangi install dengan activate trial version seperti biasa.
  11. Ulangi step 1 hingga 15 setelah tamat tempoh 30 hari.
Itu saja...mudah kan...sekali sebulan dan percuma seumur hidup!

My Full Driving License (CDL)

Bestnye..!!! Hari ni akhirnya aku berjaya jugak berkunjung ke JPJ untuk menukar driving license ku dari P ke CDL.

Tarik luput aku sepatutnya renew lesen aku actually is 8 Feb 2009. Tapi memandangkan kat belakang lesen tu ada tulis "lesen "P" perlu ditukarkan kepada "CDL" tidak melebihi satu tahun daripada tarikh akhir lesen", maka aku sengaja menangguh-nangguhkan pengrenewannya. Tangguh punya tangguh, tarik akhir aku boleh renew tinggal berapa hari je lagi.

Sempat jugak awek kaunter tu tegur, "3 hari je lagi kalau awak tak datang renew awak kena ambik ujian memandu balik". Aku macam biasa buat sengih manja je la.

Kenapa aku baru nak renew? Tak takut ke kena tangkap kalo driving dengan lesen yang dah expired? haha....sebenarnya sejak aku dapat lesen P tu, aku tak pernah drive keta lagi. Aku sangat takut!!!! Cesss.....macam tak aci je aku dah dapat CDL kan?

Selalu jugak aku kena perli ngan adik beradik aku...macam mana la aku yang takut sangat nak drive ni boleh lulus ujian memandu. Diorang syak aku kenyit-kenyit mata kat abang JPJ. Huh....diorang memandang rendah akan kebolehanku! Masa tu memang aku bersungguh-sungguh, sebab aku tetapkan tekad, sangat penting untuk aku lulus. Dengan semangat tu la jugak akhirnya aku dah lulus.

By the way..ingatkan kena fee ratus ratus rm...rupanya nak renew untuk setahun bayar RM30 je. Huhu...best nye....bila la agaknya aku nak drive yek? Menunggu aku mendapat hadiah Boxster kot? Entahkan bila....

Hehe...comey tak boxster s nih...


Aku menyinggah pergi saloon. Hair cut day! Sekarang ni cuaca sangat panas. Tekad aku untuk mencipta sejarah menyimpan rambut panjang terpaksa aku korbankan. Rasa rimas betul dengan cuaca sekarang. Sekejap-kejap kena mandi dan kalau tak cuci rambut memang tak puas. Selalu cuci rambut yang panjang susah jugak sebab selalu sangat hair fall, membazir syampoo, conditioner, treatment dan serum dan lamanya nak tunggu kering. Huh....

Teringat zaman sekolah dulu. Kalau frust menonggeng dengan cinta monyet je mesti potong rambut sebagai petanda dah break. Semua student pun macam tu tak kira lelaki or perempuan. Kalau yang lelaki, mesti nak skin head. Sekarang ni kalau teringat berkerut jugak dahi aku sebab tak faham kenapa kena potong rambut kalau putus cinta.

Adakah untuk menandakan sedang available, or apekah?...aku sungguh tak faham..

Rabu, 3 Februari 2010

Lelaki Iran Botak Kena Tangkap Seludup Syabu

Tadi tengok Buletin utama, rutin aku tiap malam. Bagiku memang wajib sejak aku kecik lagi nak tahu masalah negara.

Ada satu berita yang aku rasa very funny walaupun kes berat.

3 orang lelaki Iran ditangkap kat KLIA kerana disyaki menyeludup syabu. Syabu itu disembunyikan dalam botol penyembur rambut/hairspray. The funny part is, ketiga-tiga lelaki Iran ni botak belaka...

Kenapa lucu? Sebab tak logik betul orang botak bawak hairspray. 12 botol pulak tu...Dah tak de taktik lain ke? Sekali tengok pun mesti kita akan syak something wrong. Apa ke jadahnya bawak hairspray kalo kepala dah botak?

Apa-apa pun, tahniah kepada polis negara kita ni. sejak akhir-akhir ni banyak aktiviti penyeludupan dadah kat airport berjaya di tumpaskan. Dah macam-macam taktik yang kecundang termasuklah taktik menelan bungkusan dadah yang begitu banyak semata-mata untuk menyembunyikan agenda busuk diorang.

One after another taktik, lepas ni mesti penyeludup dadah ni dah mati akal mencari cara nak seludup dadah ke Malaysia.

Selasa, 2 Februari 2010

Perlukah Perempuan Dalam Keadaan Haid Mengkadaq Solat?

Fuh...tajuk bukan main. Seperti yang pernah aku postkan sebelum ini, aku masih baru dalam mengenal Islam, jadi post aku kali ini hanyalah satu perkongsian daripada informasi yang di emailkan oleh sahabat kepadaku. Mungkin dah ramai yang tau, atau mungkin juga ramai yang tak tau. Kepada yang tak tau...sama-samalah kita beringat. Kepada yang dah tau, mungkin ada pendapat tertentu?

Petikan di bawah adalah 100% asli daripada apa yang aku terima dari email, tidak diedit.


Email tersebut seperti berikut:

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

  1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
  2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
  • Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
  • Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
  • Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
  • perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
  • Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
  • Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
  • maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!